EKORAN dari perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, pihak polis mendakwa seramai 31 orang ditahan pihak berkuasa ketika melalui Plaza Tol Gombak dan di Jalan Templer Rawang dalam sekatan yang diadakan disitu.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, mereka ditahan selepas polis membuat pemeriksaan menjumpai baju BERSIH dan sebahagiannya ingin masuk ke ibu negara bagi menyertai perhimpunan haram.
Abdul Rahim juga turut mendakwa polis turut menahan dua lelaki dalam sekatan dan apabila saringan air kencing dilakukan mendapati kedua-duanya positif dadah.
Abdul Rahim juga turut mendakwa bahawa seorang lelaki yang dikehendaki polis Puchong akibat kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh turut ditahan dalam sekatan tersebut.
Namun begitu semua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah (KAJ) dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut kemudiannya dilepaskan dengan ikat jamin polis.
Sumber:- Harian Metro Edisi Timur Isnin 11 Julai 2011 muka surat 14
Pada pandangan Minda Penulis, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Gombak tersebut adalah amat tidak masuk akal. Ini adalah kerana semua saspek ditahan mengikut Seksyen 105 KAJ sedangkan sepatutnya saspek bagi kes penagihan dadah dan kes pembunuhan tersebut sepatutnya ditahan mengikut Seksyen 117 KAJ.
Sepatutnya juga, kesemua saspek yang ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah dan kes pembunuhan perlu ditahan dan dalam tempoh tidak lebih dari 24 jam perlu dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan suatu perintah tahanan reman dan bukannya dilepaskan dengan jaminan polis.
Oleh yang demikian, Minda Penulis meragui kebenaran akan dakwaan yang dibuat oleh pihak polis tersebut. Pada pandangan Minda Penulis dakwaan yang dibuat oleh pihak polis tersebut dan dilaporkan oleh media itu sebenarnya tidak lebih dari satu cubaan untuk memburuk-burukkan imej perhimpunan tersebut.
Minda Penulis juga beranggapan bahawa dakwaan dan kenyataan tersebut tidak lebih dari satu lawak jenaka dari pihak polis.
No comments:
Post a Comment