PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk membina sebuah stadium bolasepak yang baru di Kelantan sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada Umno-BN pada Pilihan Raya Ke 13 nanti.
Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.
"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.
"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.
Inilah stadium yang dikatakan sebagai stadium 'rukas' oleh Najib |
Kata janji manis Najib itu diungkapkan beliau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pasukan Bolasepak Kelantan di Sekolah Kebangsaan Machang 1 hari ini.
Minda Penulis ingin mengingatkan bahawa, janji Najib itu sebenarnya tidak lebih dari satu cubaan beliau untuk merasuah rakyat Kelantan. Namun begitu hasil pemerhatian, Minda Penulis amat yakin bahawa majoriti rakyat Negeri Kelantan menolak janji Najib tersebut dan akan tetap memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada PRU13 nanti,
Minda Penulis juga yakin bahawa rakyat Kelantan begitu bijak untuk membuat penilaian samada sesebuah janji itu berunsur politik ataupun tidak. Minda Penulis juga yakin bahawa majoriti rakyat Kelantan tidak mahu stadium yang hendak dibina itu bakal menerima nasib sebagaimana nasib Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh menyembah bumi pada usia tidak sampai setahun.
Minda Penulis juga ingin menasihati Najib, Tok Pa, Awang Adek dan Anuar Musa agar tidak menganggap rakyat Kelantan sebagai rakyat yang boleh diperbodoh-bodohkan dan ditipu dengan sesuka hati. Ingin Minda Penulis tegaskan di sini bahawa kami rakyat Negeri Kelantan akan tetap berdiri di belakang Baginda Sultan Muhammad Ke V dan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
p/s: Bukan setakat Stadium di Kelantan sahaja yang masih pakai scoreboard lama. Di negeri-negeri yang masih diperintah oleh Umno-BN sendiripun masih ada stadium yang menggunakan scoreboard lama. So ape cer bro Jib?....
No comments:
Post a Comment