MINDA PENULIS tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh wartawan Harian Metro pada 21 Julai 2011. Dalam artikel yang bertajuk SMS 'seksi' tipu pengguna, wartawan Zulfa Mohamad melaporkan:-
KEPALA BATAS: "Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggalkan msj (mesej) gambar untuk kamu," begitulah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima seorang lelaki.
Bagaimanapun, SMS itu bukan dihantar isteri kepada suaminya tetapi dipercayai taktik terbaru pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah melalui kiriman pesanan berkenaan yang menawarkan gambar wanita seksi kepada pemilik telefon bombit secara rambang.
SMS itu sengaja dihantar dipercayai bagi memperdayakan lelaki melihat gambar wanita seksi membolehkan kredit panggilan mereka dipotong sebaik membalas SMS untuk pendaftaran.
Penerima SMS berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainal, 35, berkata, dia menerima mesej menawarkan gambar wanita memakai bikini dari beberapa nombor telefon bimbit tidak dikenalinya.
Katanya, pada mulanya dia tidak mempedulikan SMS itu kerana menganggapnya seperti SMS yang menawarkan hadiah.
"Beberapa hari kemudian saya dapat SMS sama daripada nombor berlainan menawarkan gambar wanita seksi.
"Saya balas mesej seperti diarahkan kepada nombor 32*** dan mengejutkan apabila kredit dipotong RM4 sebaik mendaftar.
"Bagaimanapun, gambar itu tidak diterima menyebabkan saya mengesyaki ia penipuan," katanya.
Menurut Zainal, dia belum membuat aduan tetapi berharap pihak berkaitan dapat memantau syarikat telekomunikasi yang cuba memerangkap orang ramai melalui SMS.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Utara, Mohd Nasri Hassan berkata, taktik menghantar mesej kepada pemilik telefon bimbit itu satu bentuk penipuan.
"Kami belum menerima aduan berhubung perkara itu dan mereka yang menerima mesej seperti itu boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia )SKMM)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanjangkan isu itu kepada Forum Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut.
Komen Minda Penulis:- Siapa suruh gatal-gatal pergi layan mesej macam tu? Nampak sangat Zainal tu miang nak tengok gambar perempuan seksi. Terimalah nasib sendiri. Sebagai orang Islam, dah tahu menonton aurat perempuan bukan muhrim atau menonton gambar@video lucah itu satu kesalahan pada hukum agama kenapa bodoh sangat nak buat jugak.
Minda Penulis walaubagaimanapun berharap agar pihak berkuasa dapat memantau syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia ini, kerana pada pandangan Minda Penulis, sindiket ini tidak akan dapat beroperasi tanpa kerjasama dari individu dalam syarikat telekomunikasi terbabit. Jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap individu atau syarikat terbabit jika terbukti melakukan kesalahan bersekongkol dengan sindiket penipuan.
No comments:
Post a Comment