Powered By Blogger
Showing posts with label Siasah. Show all posts
Showing posts with label Siasah. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Hudud: Adun Kemelah Sepatutnya Menyertai PAS

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

NAMPAKNYA isu berkenaan cadangan Adun Kemelah, Johor yang mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum Hudud menjadi suatu isu yang semakin menarik. Rujuk laporan di sini

Menariknya adalah apabila cabaran Adun tersebut kepada PAS telah bersambut apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Tuan Guru Haji Nik Mat dengan penuh rasa kesyukuran menyatakan sokongan terhadap cadangan tersebut biarpun bukan Kelantan yang mendahului kerana isu siapa yang dahului dan siapa yang terkemudian bukan suatu perkara yang penting untuk di kelam kabutkan. Rujuk laporan di sini

Isu cadangan Adun Kemelah dari Umno tersebut menjadi semakin menarik apabila cadangan beliau tersebut menyebabkan sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional iaitu parti MCA melenting marah. 

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan. dan Chua menyatakan bahawa parti yang dipimpinnya itu pasti menentanga usaha seperti itu. Rujuk laporan di sini

Penulis tidak hairan dengan tindak balas dari presiden MCA itu kerana memang telah diketahui bahawa parti MCA tidak pernah menyokong perlaksanaan hukum Hudud bahkan secara terang-terangan menyatakan penentangannya. Dan bukanlah menjadi sesuatu yang pelik kerana penentangan MCA itu sebenarnya berpunca dari kegagalan Umno itu sendiri sebagai pemimpin komponen BN untuk mentarbiahkan atau memberi penerangan kepada MCA. Bahkan, bukan setakat gagal memberi penerangan tetapi sebaliknya majoriti pemimpin Umno itu sendiri seolah-olah 2 X 5 dengan parti bukan Islam tersebut.

Presiden Umno sendiri tak mahu laksana hudud
Bilamana majoriti pemimpin Umno termasuklah tuan presidennya sendiripun seolah-olah 2 X 5 dengan MCA, maka apatah lagi dengan anak buah mereka. Bila bos sendiri dah tolak hukum syariat Allah SWT ini, maka takkanlah anak buah nak berbeza pandangan dengan bos mereka. Mungkin ada yang berani berbeza pendapat tetapi rasanya tidaklah ramai. Mungkin Adun Kemelah salah seorangnya yang berani. Ada yang berbeza pandangan tapi tak berani nak mengulas atau menyatakan pandangan dan ada pula yang memang jahil murakkab, main menyondol sahaja mengikut kata bos-bos yang songsang itu.

Penulis lihat, dalam isu ini nampaknya Adun Kemelah dibiarkan bersendirian oleh rakan-rakan sendiri dalam parti Umno. Tidak ada yang berani untuk menyokong cadangan beliau itu. Yang ada memberi sokongan kepadanya dalam isu ini adalah kalangan dari parti yang cuba untuk beliau kenakan itu sendiri iaitu parti PAS. Tengoklah sendiri, bilamana beliau beri cadangan itu, siapakah yang secara terbuka menyatakan sokongan? Mursyidul Am PAS sendiri. Dalam masa Mursyidul Am PAS menyatakan sokongan, dimana suara rakan-rakan separti dengan Adun Kemelah. Malang sekali, nampaknya tidak ada suara yang menyatakan sokongan. Yang adanya adalah kenyataan yang seolah-olah hendak membiarkan Adun Kemelah terkapai-kapai sendirian menjawab serangan dari parti MCA. 

Tengoklah sendiri, bilamana Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor sendiri iaitu Datuk Zainal Abidin Osman seolah-olah cuba untuk mengelak bilamana beliau mengatakan cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan. Beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor sendiri tidak berani menentukan dan membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan. Lebih malang lagi nasib Adun Kemelah itu, bilamana Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin pula enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan. Rujuk laporan di sini

Penulis lihat dalam isu ini, Adun Kemelah sebenarnya sepatutnya sudah dapat menyedari bahawa beliau sebenarnya tersilap memilih wadah perjuangan. Sepatutnya beliau menyedari bahawa Umno tidak mungkin mahu untuk mengangkat undang-undang syariat sebagai perundangan negara ini. Dan beliau sepatutnya sudah boleh menyedari bahawa wadah perjuangan sebenarnya yang sepatutnya beliau sertai adalah parti PAS. Sehubungan itu, Penulis dengan ikhlas hati mencadangkan supaya Adun Kemelah meninggalkan Umno dan menyertai wadah perjuangan PAS. Banyak ilmu yang masih perlu dipelajari serta didalami oleh Adun Kemelah dan InsyaAllah, para dae'i yang ramai di dalam PAS akan berlapang dada untuk membantu Adun Kemelah untuk memahami apa itu syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Monday, July 2, 2012

Beranikah Umno Johor Laksanakan Hudud?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

DALAM mesyuarat penggal pertama Persidangan Pertama Dewan Undangan Johor ke-12 pada 20 Jun lalu, Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat telah mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud 'sebenar'  yang menurutnya berbeza dengan 'hudud PAS'.

Beliau juga turut mencabar PAS supaya menyokong cadangan beliau itu sekiranya PAS benar-benar ingin mendaulatkan hukum Allah tersebut walaupun cadangan tersebut datangnya dari Umno. Rujuk laporan di sini

Mengulas cadangan dan cabaran dari Adun tersebut, Menteri Besar Kelantan yang juga merangkap Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Tuan Guru Haji Nik Mat menyatakan rasa bersyukur beliau atas 'kesedaran' Adun Kemelah tersebut dan menyatakan bahawa Adun tersebut tidak perlu cabar mencabar kerana beliau menyokong penuh cadangan tersebut.

Justeru, harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan sambil mengajak Umno agar bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenarnya kepada masyarakat Malaysia. Tuan Guru juga menyatakan bahawa beliau menunggu untuk melihat langkah seterusnya dari pihak Umno. Rujuk laporan di sini

Pada pendapat Penulis, cadangan Adun Kemelah itu sesuatu yang berani. Namun begitu, Penulis berani katakan bahawa cadangan tersebut akan hanya tinggal cadangan sahaja kerana pemimpin tertinggi Umno sendiri iaitu Perdana Menteri yang merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak sendiri pernah melafazkan bahawa Malaysia tidak akan melaksanakan hukum hudud. Lihat video di bawah


Dari satu sudut, cadangan dan cabaran Adun Kemelah tersebut Penulis lihat menyanggah kenyataan Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed yang pernah menyatakan bahawa hukum hudud tiada di dalam Al-Qur'an dan sebaliknya hanyalah ciptaan ahli-ahli fiqh.

Penulis juga melihat cadangan dan cabaran dari Adun Kemelah itu adalah dengan niat untuk memalukan PAS serta mempertikaikan draf hudud dan ta'zir yang telah digubal oleh Kerajaan PAS Kelantan dan juga Kerajaan Terengganu ketika di bawah pentadbiran PAS.

Namun begitu, ekoran dari cadangan dan cabaran Adun tersebut jelas memperlihatkan kedangkalan serta kejahilan ilmu Adun tersebut dalam soal berhubung hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun begitu, Penulis amat bersetuju dengan kenyataan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tapi walau macam manapun, Penulis berpendapat selagi Umno mengekalkan pemikiran dan sistem Umno sekarang ini yang berasaskan kepada pemikiran dan sistem penjajah British, maka lupakanlah sahaja niat nak tengok Umno laksanakan hukum hudud di Malaysia ini kerana Umno memang tidak mahu melaksanakan hukum hudud. 

Dan kalau kita benar-benar bersungguh dan ikhlas mahu melihat hukum Allah terlaksana bukan hanya sekadar hudud sahaja maka tanggungjawab kita semua untuk mengangkat pemimpin PAS untuk menerajui Putrajaya.

Di Sini Dinar Dan Dirham, Di Sana Dengki Dan Dendam

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
MEMANDANGKAN isu Dinar dan Dirham Kelantan sekarang ini dihangatkan kembali oleh puak-puak Umno yang sebenarnya pada pendapat Penulis, mereka menentang bukan kerana matawang tersebut tetapi menentang  kerana ianya diperkenalkan oleh kerajaan yang berbeza pendirian politik, maka Penulis menyiarkan kembali tulisan Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat. Tulisan beliau ini telah ditulis pada 18 Ogos 2010.

Berikut adalah tulisan beliau tersebut:-
Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade. Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam Al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajaan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

Sunday, June 17, 2012

Ibrahim Ali Kata Kelantan Akan Sunyi Menjelang 2020. Sama-Sama Kita Tengok

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PASIR MAS – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yakin dalam masa 10 tahun akan datang, Kelantan akan kehilangan anak muda sebaliknya dipenuhi oleh warga emas.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keadaan ini berlaku kerana kurangnya usaha Kerajaan Pas, membangunkan Kelantan sepertimana negeri lain di Malaysia.

Menurutnya, ramai belia di sini, terpaksa mencari pekerjaan di luar dan tidak dapat pulang kerana kurangnya penawaran bidang pekerjaan kepada mereka di sini.

“Tidak mustahil, 10 tahun akan datang kampung-kampung sunyi sebaliknya akan dipenuhi warga emas,” katanya.

Beliau meletakkan kesalahan ini di bahu pemerintahan Pas, kerana terlalu mementingkan politik sehingga mengabaikan keperluan belia di Kelantan.

Sedangkan katanya, Kelantan boleh menjadi negeri tersohor di Malaysia malah popular hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya membangunkan Kelantan dengan menarik pelabur, seperti membina hotel lima bintang di pusat peranginan, di Pantai Tujuh, Pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, turut mencadangkan Pas mengubah suasana negeri dengan pembinaan tambatan banjir, lapangan terbang dan banyak lagi.

Beliau turut menyokong usaha Pas untuk membina lebuh raya, namun memohon derma daripada rakyat adalah tidak adil, kerana ia adalah tanggungjawab pemerintahKerajaan Negeri.

“Belia perlu sedar, kerana jika keadaan ini berterusan, saya risau keadaan ini akan membawa Kelantan ke arah negeri mundur menjelang 2020,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Pemuda 1Malaysia, di Pertubuhan Peladang Kangkong.

Dalam majlis ini, seramai 1,000 belia hadir bagi mendengar amanat Ibrahim, bersama Exco Pemuda Umno Malaysia, Lokman Noor Adam, seterusnya menonton perlawanan bola sepak, Euro semalam. Rujuk pautan Sinar Harian

Komen Penulis:- Penulis akan simpan laporan media ini sebagai bahan bukti. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Tahun 2020 nanti kalau ramalan Pak Berahim yang tak sedar diri ni tak betul, apa kata atas dasar maruah, demo tubik dari Negeri Kelate. Gi lah demo jadi rakyat negeri mano hok sesuai dengan jiwo demo hok brehi nnopak supo kkatok.

Thursday, June 14, 2012

Haji Atau Pilihanraya Menurut Perbahasan Syara'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERSOALAN mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.

Hukum Mengerjakan Haji


Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” [HR Bukhari dan Muslim]

Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.”  [Surah Al-Baqarah: 197]

Para ulama’ sepakat bahawa kewajipan haji adalah sekali sahaja bagi yang berkemampuan. Adapun kali yang kedua dan selebihnya merupakan ibadah tambahan yang dilakukan oleh individu tersebut sahaja, bukan atas dasar kewajipan. Hal ini dilihat kepada Nabi SAW tidak melaksanakan haji melainkan sekali sahaja iaitu Haji Wada’.

Syarat wajib Haji ialah:

1- Islam
2- Baligh
3- Berakal
4- Merdeka
5- Berkemampuan

Berkemampuan di sini dimaksudkan dengan cukup bekalan untuk melaksanakan ibadah Haji serta perjalanan yang ingin dilalui selamat ke atas jiwanya dan hartanya. Jika seseorang muslim tersebut tidak mencukupi salah satu syarat ini maka Haji tidak wajib ke atasnya.

Dalam Mazhab As-Syafi'e, kewajipan Haji tidak wajib melaksanakannya di awal waktu, bahkan terpulang kepada seseorang muslim untuk melaksanakannya pada bila-bila masa (ketika mencukupi syarat-syarat wajib) sebelum luput kewajipan tersebut iaitu kematian dan sakit sehingga menyebabkannya tidak mampu.

Sehubungan itu, sekiranya seseorang muslim tersebut mengetahui walau secara sangkaan yang kuat (zhan) akan seperti kematiaan dan sakit yang teruk maka haram baginya untuk melewatkan kewajipan haji sehingga menyebabkan luput kewajipan haji ke atasnya. Namun jika ia tidak mengetahui walau secara sangkaan yang kuat maka hukum kewajipan Haji kembali kepada asal iaitu terpulang kepadanya untuk melaksanakan kewajipan Haji pada bila-bila masa (apabila mencukupi syarat-syarat wajib).

Justeru, berdasarkan ilmu usul feqh berkenaan dengan kewajipan Haji ini, ia termasuk dalam kategori wajib muwassa’ (luas) iaitu wajib melakukan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan tersebut sebelum luput kewajipan itu.

Maka kesimpulan mengenai kewajipan Haji dapat dibuat beberapa perkara :

- Wajib dan merupakan salah satu rukun Islam
- Kewajipan hanya sekali sahaja
- Kewajipan apabila mencukupi 5 syarat wajib
- Termasuk dalam wajib muwassa’ (luas) iaitu boleh melaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan sebelum luput kewajipan dengan sebab kematian atau sakit yang teruk

Hukum Mengundi

Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.

Berkata al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna: “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”

Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :



ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب

Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat iaitu :

- Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang syaitan sebanyak 2 peringkat
- Jihad menentang golongan kafir sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang golongan zalim, bid’ah dan fasik sebanyak 3 peringkat

Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian ‘tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah’ dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman”

Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu:

1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik
2- Waktu, masa, tenaga serta harta yang dibelanjakan bagi memenangkan pihak yang adil dan menarik masyarakat kepada perjuangan Islam dan menerima perundangan Islam merupakan jihad sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan Allah SWT membeli jiwa serta harta mereka dengan bayaran syurga
3- Termasuk juga dalam konteks menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia menyeru masyarakat dalam memilih perjuangan Islam dan menolak pihak yang zalim. Pihak yang tidak melaksanakan Islam adalah pihak yang zalim
4- Undi juga dikira sebagai salah satu konsep nasihat iaitu menasihati pemimpin. Ia termasuk dalam seruan Islam berkenaan agama sebagai konsep nasihat.
5- Termasuk dalam kewajipan masa kini iaitu menentang kerajaan yang zalim. Mengalahkan pihak dengan undian sebagaimana mengalahkan pihak musuh di medan perang. Tuntutannya mengalahkan pihak kezaliman dan memenangkan Islam walau dalam bentuk yang berbeza.

Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa:

1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud: “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”
2- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”
3- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”

Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara:

- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam
- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali
- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya

Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat

Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat.

Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut.

Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah.”

Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah.

Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada:

Feqh Muwazanat:–

1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama.
2- Hasil kewajipan menunaikan Haji adalah kembali kepada individu yang melakukan Haji tersebut. Hasil kewajipan mengundi adalah kembali kepada umum iaitu pemerintah Islam yang diundi dan menang akan membawa maslahat umum dalam pemerintahannya.
3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.

Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu

- Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama)
- Kadar menyeluruh samada umum atau individu. Haji (individu) dan mengundi (umum)
- Kesan waktu mudharat samada pasti atau tidak. Haji (pasti berlaku mudharat tetapi tahun tersebut sahaja) dan mengundi (pasti berlaku mudharat tetapi untuk tempoh 5 tahun)

Feqh Aulawiyat:-

- Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib.
- Haji tidak segera iaitu termasuk dalam konteks wajib muassa’ (luas), tempoh melaksanakannya sebelum luput kewajipan iaitu kematian atau sakit teruk. Mengundi termasuk dalam konteks wajib mudhaiyyaq (sempit), tempoh melaksanakannya ialah dalam waktu kewajipan tersebut ketika dalam pilihanraya.

Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa :

1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama.
2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum.
3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa’) manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq).
4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya.

Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara:

1- Pihak kerajaan (mana-mana negara terutama Negara-negara Islam), elakkan daripada berlakunya pertembungan tarikh antara pilihanraya dan ibadah Haji bagi meraikan syiar Islam iaitu Haji agar umat Islam dapat fokus untuk melaksanakan ibadah Haji sepenuhnya.
2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini.
3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi).
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.
5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas).
6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi).

Wallahu a’lam….

Disediakan oleh:
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012


Rujukan :

1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam
2- Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar As-Sharouq
3- Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dr Abdul Aziz Azzam, cetakan Dar Al-Hadis Al-Kaherah
4- Dhawabit Al-Maslahat, Dr Muhamad Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr
5- Nihayah As-Sul Syarh Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, cetakan Dar Ibnu Hazm
6- Hasyiah Baijuri, cetakan Dar Al-Maktab Al-Islami

Sumber:- Harakahdaily

Tuesday, June 5, 2012

Peserta Himpunan Hijau Dibayar?

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DUA 'M' (Mahathir dan Muhyiddin) mendakwa peserta-peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 1 Jun 2012 baru-baru ini yang berlangsung di Stadium Alor Setar, Kedah telah dibayar.   Apa ke bangang punya tuduhan.

Okaylah. Kita andaikan macam ni saja. Andai kata betul peserta-peserta tersebut dibayar, berapakah bayaran yang diterima oleh setiap orang peserta? Kita andaikan saja RM50. Kalau itu jumlahnya, rasanya tak berbaloi. Kalau untuk peserta-peserta yang memang tinggal menetap di Alor Setar atau kawasan sekitarnya, jumlah tersebut boleh diterima. Tapi bagi peserta-peserta yang datangnya dari Kelantan, Terengganu atau Johor dan lain-lain negeri yang agak jauh dari Kedah rasanya jumlah tersebut tidak berbaloi dan merugikan. Minyak kereta saja dah berapa RM kena bayar. Jadi rasanya jumlah tersebut agak tidak munasabah.

Kalau RM50 tidak munasabah, kita upkan lagi RM50 menjadikan ianya sebanyak RM100 untuk setiap peserta. Satu jumlah yang boleh diterima. Okaylah! RM100 tadi kita darabkan pula dengan jumlah peserta yang hadir. Dikatakan jumlah peserta yang hadir melebihi 100 ribu orang. Kita andaikan sajalah seramai 100 ribu orang. RM100 didarabkan dengan 100 ribu orang peserta. Berapa jumlah yang perlu dibayar oleh penganjur himpunan tersebut. Jumlah kesemua yang perlu dibayar adalah sebanyak RM10 juta. 

Banyak betul duit penganjur nak belanjakan RM10 juta untuk bayar peserta. Ishh... Tak dapat akal penulis nak terima PAS ada duit sebanyak itu.

Namun begitu, penulis percaya bahawa semua peserta-peserta himpunan tersebut tetap akan dapat bayaran masing-masing. Tapi bukan dibayar oleh PAS atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat dan juga bukan dibayar dengan 'Wang Tunai' atau 'Cek' atau 'Bank Draf' atau 'Money Order'. Penulis percaya semua peserta akan dapat bayaran masing-masing di akhirat nanti. Macamana bentuk bayaran yang akan diterima nanti, tunggulah di akhirat nanti.

Monday, May 21, 2012

Ada Lagi Pegawai Kanan PDRM Akan Sertai PAS

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BEKAS Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari kini dengan rasminya telah menyertai PAS. Lihat sini

Kita panjatkan kesyukuran ke hadhrat Ilahi atas limpah kurniaNya yang telah menggerakkan dan membuka hati Datuk Fauzi untuk menyertai perjuangan PAS dalam usaha untuk mendaulatkan hukum syari'at Allah SWT di negara kita.  Dan kita juga bersyukur kerana bukan sahaja Datuk Fauzi sahaja yang kini menyertai perjuangan PAS (yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berupa fitnah seperti tuduhan sesat, tergelincir, kafir dan berbagai-bagai lagi tuduhan) bahkan ramai lagi mereka-mereka yang telah sedia dikenali ramai termasuklah dari kalangan artis-artis tanahair kita.

Kembali kepada penyertaan Datuk Fauzi ke dalam PAS, beliau dikenali dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur sehinggakan tindakan beliau tersebut pernah mendapat kecaman dari seorang menteri kabinet  yang menyifatkan tindakan beliau itu akan menghalau pelancong asing.

Penulis sebenarnya tidak berapa terkejut dengan penyertaan Datuk Fauzi ke dalam PAS kerana semasa beliau masih lagi dalam perkhidmatan polis, beliau dilihat sebagai seorang penjawat awam yang sememangnya mempunyai hemah yang tinggi. Beliau juga banyak melakukan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka-mereka yang bergelumang dengan industri maksiat di negara kita walaupun tindakan beliau tersebut tidak begitu digemari oleh banyak pihak termasuklah pemerintah sendiri.

Penulis menjangkakan selepas ini, akan lebih ramai lagi penjawat awam termasuklah dari pegawai kanan PDRM sendiri akan menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Dan penulis sedang membayangkan seorang lagi pegawai kanan PDRM yang juga berpangkat Datuk bakal menyertai PAS apabila beliau telah bersara kelak (Penulis mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa beliau akan menyertai  PAS). InsyaAllah... Namun begitu, penulis tidak akan nyatakan siapa orangnya tersebut. Biarkanlah ianya menjadi teka-teki buat masa ini.

Sunday, May 13, 2012

Yuran Sekolah Agama Kelantan: Awang Adek Fikir Rakyat Kelantan Bodoh Ke?

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
PRU13: BN Janji Mansuh Yuran Sekolah Agama Kelantan
 
BACHOK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memansuhkan yuran pengajian sebanyak RM190 setahun yang dikenakan kepada murid sekolah agama di Kelantan sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yuran yang dikenakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini sangat membebankan golongan ibu bapa.

"Kita berjanji akan memansuhkan yuran berkenaan, jika diberi kepercayaan (memerintah)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas rungutan ibu bapa yang terpaksa menanggung bayaran yang tinggi untuk anak mereka yang sedang belajar di sekolah agama.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata selain memansuhkan yuran itu, kerajaan BN juga berjanji untuk menaikkan taraf sekolah agama rakyat di negeri itu yang dalam keadaan kekurangan.

Beliau berkata ini termasuk gaji guru dan kakitangan yang kini agak rendah dan tidak diberi taraf pencen walaupun telah berkhidmat lebih 20 tahun.

Ramai di kalangan mereka telah mengadu kepadanya mengenainya dan saya sangat bersimpati dengan nasib mereka, katanya. - Bernama (Sinar Harian)

Komen:- Penulis ada seorang anak yang sedang belajar di sebuah sekolah agama kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Penulis hanya dikenakan bayaran yuran tahunan sebanyak RM145 setahun bukannya RM190 seperti dakwaan Awang Adek dan pada pendapat penulis, jumlah RM145 tersebut tidaklah menjadi suatu beban dan ianya adalah satu saham akhirat untuk bekalan anak-anak.


Penulis memahami bahawa YIK bukanlah suatu agensi yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan maka yuran yang dikenakan tersebut adalah munasabah untuk menampung pelbagai kos yang terpaksa ditanggung oleh YIK. Namun begitu, YIK tidak dilupakan oleh kerajaan negeri Kelantan sekarang ini kerana Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS tetap memberikan peruntukan tahunan kepada YIK untuk membantu operasi YIK.


Kita juga seharusnya sedar dan tidak lupa, siapa yang menyekat bantuan tahunan sekolah-sekolah agama rakyat. Bukannya PAS yang menyekat bantuan tersebut tetapi Umno BN lah yang zalim tersebut. Jadi kalau selama ini, Umno yang menyekat bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), maka apa rasionalnya janji-janji Awang Adek untuk memansuhkan yuran tahunan tersebut?


Terus terang penulis katakan bahawa penulis tidak percaya langsung dengan janji-janji yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno termasuklah Awang Adek. Pada pendapat penulis, janji-janji Awang Adek itu adalah janji-janji menjelang pilihanraya yang akan dilupakan apabila selesai pilihanraya walaupun parti racist tersebut diberi mandat oleh rakyat. Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada seluruh pengundi di Kelantan agar tidak menggadaikan masa depan anak-anak kita dan janganlah memberikan undi kepada golongan yang menipu untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata.

p/s:- Yuran RM190 setahun korang bising. Rokok RM10 sehari tak pulak nak memekak. RM10 sehari, kalau sebulan dah RM300. Kalau setahun dah berapa korang belanjakan? Bangang!!!

Saturday, April 21, 2012

Siapa Kena Tibai?

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TERTARIK membaca laporan berita akhbar tentang kewujudan sebuah kelab menentang Ketua Pembangkang, Datik Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).

Kelab yang diketuai oleh Muhammad Zahid Md Arip itu ditubuhkan bersama oleh 28 individu antaranya, Ezam Mohd Noor, Datuk Zulkifli Nordin, S. Nallakarupan, Wee Cho Keong, Anuar Shaari, Ruslan Kassim, Aminah Abdullah, Hamidzun Khairudun, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.

Tidak kisahlah nak tubuhkan apa sekalipun. Cuma apa yang agak menarik perhatian Penulis, adalah wujudnya jawatan Mursyidul Am dalam kelab tersebut yang disandang oleh Muhammad Zahid Md Arip sendiri.

Penulis rasa, mereka-mereka yang menubuhkan kelab ini sebenarnya tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan 'Mursyidul Am' dan apakah kriteria yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang itu untuk dipilih menyandang jawatan tersebut. Setahu penulis, maksud perkataan 'Mursyidul' ini diambil dari perkataan mursyid dan ianya dikaitkan dengan guru-guru agama yang terbukti memiliki pengetahuan yang tinggi dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam. Dari situlah maka wujudnya jawatan "Mursyidul Am' yang setakat ini digunakan oleh gerakan-gerakan Islam di dunia ini, antaranya Ikhwanul Muslimin dan PAS.

Dunia mengetahui Ikhwanul Muslimin diiktiraf oleh dunia Islam sebagai sebuah gerakan Islam dan gerakan tersebut memiliki Mursyidul Amnya sendiri. Begitu juga dengan PAS yang turut diiktiraf oleh dunia Islam sebagai sebuah gerakan Islam yang mana Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya diiktiraf sebagai antara individu Islam yang paling berpengaruh. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga amat dihormati oleh ulama'-ulama' luar negara sebagai seorang tokoh yang mempunyai ilmu yang tinggi. Maka selayaknyalah jawatan tersebut disandang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Penulis tertanya-tanya, apakah kriteria yang digunapakai untuk mengangkat Muhammad Zahid ini sebagai 'Mursyidul Am'? Setakat manakah ilmu agama yang dimilikinya itu? Adakah ilmunya itu memberi manafaat kepada ramai umat Islam sehingga melayakkan dia digelar al-Mursyidul Am? Terserahlah kepada masyarakat untuk membuat penilaian.

Satu lagi perkara yang menarik rasa ingin tahu Penulis adalah bilamana Muhammad Zahid ditanya oleh wartawan, bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu. Mengikut laporan akhbar, Muhammad Zahid menyatakan cukup mudah untuk menjadi ahli, iaitu cukup dengan hanya niat di dalam hati, "Sahaja aku sertai Tibai kerana Allah Taala".

Kalau orang Islam yang mahu jadi ahli bolehlah berniat macam tu. Tapi macamana pula dengan orang bukan Islam seperti S. Nallakarupan, Wee Cho Keong, Ng Lum Yong dan lain-lain lagi? Mana mungkin mereka sertai Tibai kerana Allah Taala kerana kenyataannya mereka tidak beriman langsung kepada Allah Taala.

Sebenarnya Penulis tidak percaya dengan keikhlasan pemimpin-pemimpin yang menubuhkan Tibai ini. Penulis percaya kelab ini ditubuhkan bukan kerana Allah Taala tetapi kerana kepentingan politik dan hasad dengki yang ada dalam diri mereka itu sendiri. Dan Penulis juga percaya bahawa kelab ini tidak akan kemana-mana. Tidak ramai yang akan sertai kelab ini yang mana akhirnya Tibai tak mampu menibai tetapi sebaliknya pula akan ditibai.

Monday, April 16, 2012

Orang Asli Luar Buat Kecoh Di Kelantan

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Orang Asli luar Kelantan jadi alat politik
Aslani M, (Harakahdaily)
16 Apr 2012



KOTA BHARU, 16 April: Pada Febuari lalu sekumpulan Orang Asal dipercayai didalangi Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) mengadakan demontrasi dan sekatan jalan raya di Kuala Betis, Gua Musang.

Ekoran itu penduduk Orang Asal tempatan, Ajom A/L Alang membuat laporan polis kerana tidak senang dengan tindakan JOAS yang disifatkan menganggu kehidupan mereka.

Ini kerana kumpulan terbabit sebahagian besar bukan penduduk Orang Asal tempatan, sebaliknya didatangkan dari Perak dan Pahang.

Dan semalam pula kumpulan sama yang mahu dikenali sebagai Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan mengadakan demontrasi di hadapan kompleks Kota Darulnaim.

Mereka datang dengan empat bas yang disewa khas dan sebahagian besar dipercayai bukan penduduk tempatan, sebaliknya datang dari Perak dan Pahang.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, kumpulan Orang Asal itu dilihat berada di hadapan Kota Darulnaim sebelum jam 8 pagi, ketika pejabat kerajaan belum beroperasi.

“Sebahagian besar mereka dipercayai bukan penduduk Orang Asal tempatan. Pihak terbabit sengaja mahu menimbulkan persepsi negetif terhadap kerajaan negeri dengan mengungkit-ungkit perkara yang sama.

“Sedangkan kerajaan negeri sudah menjelaskan tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti sesetengah negeri lain.

“Biar pun begitu kerajaan tetap mewartakan tanah bagi kepentingan masyarakat mereka. Perkara itu sudah difahami penduduk Orang Asal tempatan kecuali mereka yang tinggal di Perak atau Pahang,” katanya di sini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan penduduk Orang Asal demontrasi dan menyerah memorandum mendesak kerajaan Kelantan mewartakan tanah adat mereka.

Sementara itu di Kuala Krai, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan kawasan seluas 100 hektar di Pos Jedip dalam proses untuk diwartakan sebagai penempatan masyarakat Orang Asal.

Selain itu katanya, pada 2010 kerajaan negeri menyerah surat hak milik tanah kepada 89 penduduk Orang Asal di Pos Sendrop, Lojing.

“Kawasan lain termasuk Kuala Betis juga akan diwartakan sebagai kawasan penempatan Orang Asal dan tidak berbangkit kerajaan negeri mengenepikan masyarakat Orang Asal di Kelantan,” katanya selepas majlis penyampaian geran tanah dan bantuan sosial di Mengkebang.

Menurutnya juga tidak ada istilah tanah adat Orang Asal di Kelantan seperti didakwa kumpulan terbabit.

Beliau juga menafikan kerajaan negeri melulus aktiviti pembangunan berhampiran penempatan Orang Asal di Gua Musang.

Sunday, March 18, 2012

Bertolak Ansurlah Dalam Berpakat

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


AWAL bulan ini, media telah melaporkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu meminta untuk bertanding di 3 kerusi Parlimen dan 11 Dun pada Pilihanraya 13 (PRU13) akan datang. Permintaan dan hasrat tersebut telah dinyatakan oleh pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Untuk rekod, pada PRU12, PKR telah bertanding di 2 kerusi Parlimen iaitu Dungun dan Kemaman serta 5 kerusi DUN iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Kota Putera dan Permaisuri, namun semua calon mereka tewas di tangan calon BN.

Mengulas hasrat PKR tersebut, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut menyatakan permintaan PKR Terengganu untuk bertanding di 3 kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sekadar hasrat parti itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut, berkata ini kerana keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan pusat Pakatan Rakyat.

"Itu hasrat dia. Dia nak bertanding. Kita juga ada hasrat sendiri, tapi kita tak naklah beritahu," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu. Lihat laporan di sini.

Penulis berpendapat dalam hal ini, kepimpinan PKR Terengganu tidak perlu melenting sekiranya hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh kepimpinan PAS Terengganu. Ini adalah kerana penulis berpendapat, Terengganu mempunyai lebih banyak cawangan PAS berbanding PKR, begitu juga dengan ahli serta penyokong, yang mana penulis percaya lebih ramai ahli serta penyokong PAS jika hendak dibandingkan dengan ahli serta penyokong PKR

Respon secara rambang yang penulis dapat menunjukkan majoriti rakyat Terengganu dan juga di Kelantan sebenarnya lebih memberikan sokongan kepada PAS berbanding PKR. Jadi dalam hal ini, penulis lebih bersetuju sekiranya PKR kekalkan dahulu kerusi yang telah sedia ditandingi dan buktikan terlebih dahulu bahawa PKR boleh mendapat sokongan majoriti rakyat di kawasan tersebut dalam usaha untuk merealisasikan impian ke Putrajaya. Manakala selebihnya boleh dipertimbangkan setelah impian tercapai.

Lagipun, penulis rasa tidak salah jika PKR lebih bertolak ansur dengan PAS dan tidak bersikap terlalu tamak. Ini adalah kerana, pada perkiraan penulis, kerusi (seluruh negara) yang ditandingi oleh PKR sudah sedia lebih banyak jika dibandingkan dengan PAS.

Penulis juga berpendapat, sekiranya PAS boleh bertolak ansur dengan PKR sedangkan kalau hendak dikirakan, PAS adalah parti yang lebih senior berbanding PKR, maka apalah salahnya jika PKR juga mampu mengurangkan sedikit kehendak diri demi untuk menjaga persefahaman yang telah dijalinkan.

Jadi rasanya, tak perlulah untuk diperbalahkan perkara ini. Bincangkan dengan sebaik-baiknya dan bertolak ansurlah antara satu sama lain. Buangkan sikap ego dan tamak pada kuasa yang sifatnya hanyalah sementara dan tidak berkekalan.

Saturday, March 17, 2012

Kenapa PAS Tolak Bersama Umno..

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ANTARA sebab mengapa PAS menolak untuk bersama dengan Umno walaupun didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali adalah:-
  • Apabila PAS memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.
  • Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu tetapi semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak pula menyekat royalti minyak kepada Sabah. Ini menunjukkan Umno sebenar tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak orang melayu.
  • Sewaktu menyertai kerajaan perikatan, PAS berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila PAS mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN. 

Tuesday, March 6, 2012

Pemimpin Umno Gua Musang Desak Ku Li Undur

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ENAM BELAS pemimpin akar umbi Umno di kawasan Parlimen Gua Musang mendesak ahli parlimen mereka Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua bahagian di situ supaya berundur secara terhormat dan tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Berita Harian dan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa desakan itu dibuat pada mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Umno Bandar Lama Ab Wahab Yunus dan dihadiri oleh tiga ketua bahagian, enam ketua cawangan dan wakil-wakil dari Kesedar serta Felda.

Ab Wahab mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak lagi mempunyai pengaruh, sama ada di peringkat pusat tetapi juga di bahagian itu, dan bahawa bekas Menteri Kewangan itu seolah-olah telah hilang pendirian beliau mengenai Umno dan BN.

"Kita rasa kecewa dengan sikap kepemimpinan Tengku Razaleigh yang sejak kebelakangan ini bersuara tidak sehaluan dengan pucuk kepemimpinan parti seolah-olah sebelah kakinya sudah berada dalam pembangkang,” katanya dipetik Berita Harian.

Sinar pula memetiknya berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya dipetik akhbar itu.

Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang, Ab Aziz Mohamad pula berkata ramai ahli parti dalam bahagian itu tidak sanggup lagi merestui Tengku Razaeligh sebagai pemimpin kerana banyak karenah serta mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Menurut Sinar lagi, Ab Aziz berkata pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya. - Malaysiakini

Komen: Nampaknya dalam kalangan pemimpin Umno Gua Musang mempunyai sikap tidak suka dengan pendirian tegas Ku Li terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat Kelantan.

Kita dapat lihat, pemimpin-pemimpin ini tidak hirau dengan kepentingan rakyat Kelantan terutamanya dalam isu tuntutan royalti petroleum yang mana dalam hal ini Ku Li begitu tegas dengan pendirian beliau yang menyatakan bahawa Kelantan memang mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang ditemui di perairan Kelantan dalam bentuk royalti.

Begitu juga dengan pendirian tegas Ku Li yang senada dengan majoriti rakyat Kelantan yang menolak penghinaan Perdana Menteri terhadap negeri Kelantan dengan mendakwa Kelantan adalah negeri termiskin di Malaysia nampaknya tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno Gua Musang yang lain.

Penulis lihat dalam hal ini, kebanyakan pemimpin Umno termasuklah di Gua Musang lebih rela menjilat air liur pemimpin nombor satu mereka daripada mempertahankan hak rakyat Kelantan. Tujuannya mudah untuk dinilai, iaitu agar masing-masing diberi tempat oleh Umno untuk menjadi calon pada PRU akan datang. Jadi walau apa sekalipun bentuk penghinaan yang diterima oleh rakyat Kelantan mesti diiyakan sahaja oleh mereka walaupun dengan perbuatan mereka itu, maruah mereka jatuh pada tahap yang paling hina sekali.

Lantaklah apa nak jadi pada Umno Gua Musang. Penulis berpandangan, sekiranya Ku Li menarik diri (penulis tak fikir Ku Li akan tarik diri) dari bertanding ataupun Ku Li digugurkan oleh kepimpinan Umno, maka kerusi parlimen Gua Musang akan terlepas dari tangan Umno. Ini kerana penulis berpandangan, Ku Li masih lagi mempunyai pengaruh yang amat kuat di kalangan rakyat Gua Musang terutamanya di kalangan masyarakat orang asal Gua Musang.

Penulis juga berpandangan sekiranya Ku Li tidak dicalonkan oleh Umno pada PRU akan datang dan beliau memilih untuk bertanding sebagai calon bebas maka bakal akan wujud pertandingan 3 penjuru antara Umno, Pakatan Rakyat (PR) dan Bebas (Ku Li). Sekiranya ini berlaku, persaingan sebenar dalam PRU tersebut adalah antara calon PR menentang Ku Li. Ini adalah kerana undi untuk calon PR tetap akan kekal (mungkin bertambah) dan undi Umno akan berkurang. Penulis kata undi Umno akan berkurang adalah kerana, masyarakat orang asal akan tetap dengan kepimpinan Ku Li dan undi penyokong Umno pula akan berpecah dua antara kekal menyokong calon Umno atau menyokong Ku Li.

Apapun, sama-sama kita lihat apa kesudahannya nanti kemelut dalam Umno Gua Musang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...