Powered By Blogger
Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Syria: Pemuda PAS Terjerat?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MALAYSIAKINI 15 Jun 2012 telah menyiarkan satu artikel tulisan Amin Iskandar bertajuk 'Perangkap Anti - Assad Amerika Jerat Pemuda PAS' yang mana isi kandungan jelas mendakwa Dewan Pemuda PAS termasuk dalam perangkap dalam isu Syria yang dijuarai oleh Amerika. Rujuk artikel tersebut di sini 

Kalau ikut pada pandangan penulis tersebut, gerakan untuk menjatuhkan Basyar al-Assad adalah didalangi oleh Amerika dan penulis tersebut juga berpendapat tindakan menyokong gerakan tersebut umpama memberi keuntungan kepada Yahudi Israel. Penulis tersebut juga dengan nada sindiran mengatakan;
"Jika tidak arif dengan politik antarabangsa, banyak-banyakanlah membaca. Dengan adanya Internet, kita sudah boleh mengakses kepada gedung ilmu yang luas.Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order."

Rakyat Syria bangkit menentang kekejaman rejim Bashar al-Assad
Atas tuduhan penulis artikel tersebut (Amin Iskandar), Penulis siarkan di bawah, jawapan dari admin satu laman facebook yang dinamakan 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria';
Kami menerima pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu yang berlaku di Syria tentang satu artikel yang disiarkan di dalam Malaysiakini bertajuk "Perangkap anti-Asad Amerika Jerat Pemuda PAS".
Antara petikan artikel tersebut ialah :
1) "...Tinggallah Syria menjadi batu penghalang kepada cita-cita untuk menguasai Timur Tengah dan menjamin keselamatan Israel. Bashar Al-Assad tegak berdiri melawan Amerika Syarikat dan Israel yang mahu mewujudkan New World Order..."
ULASAN: Jika diselak sejarah, tidak pernah satu peluru pun yang pernah dihalakan oleh Syria kepada Israel walaupun mereka berada berdekatan dengan Israel. Bahkan semasa era Hafiz Asad, Bukit Golan (yang berada disempadan Syria) telah diserahkan kepada Israel dengan percuma dan perkara tersebut menimbulkan kemarahan rakyat dan para ulama' di Syria.
Jadi bagaimana mungkin Syria boleh dikatan sebagai penghalang kepada Israel dan Barat?

Kanak2 tidak terkecuali dari menjadi mangsa kekejaman rejim al-Assad
2) "..Oleh kerana gagal mewujudkan kebangkitan rakyat Syria melawan Assad seperti di Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat-Israel menaja kumpulan pemberontak bersenjata..."
ULASAN: Ini merupakan tuduhan yang sangat berat dan tidak berasas kepada Tentera Bebas Syria. Hal ini kerana, sudah banyak kenyataan dan pendedahan yang kami bawakan bahawa tidak ada satu pun bantuan yang TBS terima daripada mana-mana kuasa tentera.
Untuk makluman, kami sentiasa berhubung dengan beberapa pasukan TBS untuk mendapat maklumat terkini dan mereka menyebut bahawa mereka juga tidak sesekali bersedia menerima campur tangan kuasa luar. Akan tetapi mereka hanya mendapat bantuan mujahidin luar yang masuk secara individu ke dalam Syria membantu TBS.
3) "....Kita harus bertanya, jika benar rakyat Syria bangkit melawan pemerintahan Bashar Al-Assad, mengapa tidak terjadi demonstrasi besar-besaran seperti di Tunisia dan Mesir? Mengapa pula kebangkitan rakyat Syria dengan menggunakan senjata? Jika tidak ada tajaan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel, kumpulan pemberontak tidak akan mampu mempunyai bekalan senjata canggih...."
ULASAN: Pada awal kebangkitan rakyat Syria, memang mereka melakukan perhimpunan secara besar-besaran untuk mendesak rejim Basyar berundur. Akan tetapi, rejim Basyar menggunakan kekerasan kepada rakyat yang bangkit dengan menggunakan pihak Syabbih (tali barut yang berpakaian biasa) dan juga tentera untuk menembak dan membunuh rakyat.
Oleh yang demikian, dalam Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan dirinya apabila diserang. Bahkan juga Ijma' Ulama' Dunia dan juga Rabithah Ulama' Syria telah mengeluarkan fatwa bahawa wajib membunuh Basyar ekoran beberapa tindakan ganas yang dilakukan oleh mereka membunuh dan menyembelih rakyat awam.
Logikkah apabila kita dibunuh dan disembelih, kita berdiam diri tanpa mengambil inisiatif untuk mempertahankan diri? Oleh kerana itulah, pada pertengahan kebangkitan mereka, mereka menubuhkan Tentera Bebas Syria untuk melindungi dan menyahut seruan jihad melawan rejim Basyar.
Kekejaman rejim al-Assad tiada bezanya dengan kekejaman rejim zionis Israel
4) "...Syria sekutu rapat Iran di Timur Tengah. Apabila Syria dapat dikuasai, dengan mudah Hamas dan Hezbollah dihapuskan sekali gus melemahkan Iran..."
ULASAN: Iran bukanlah ancaman buat AS, tapi sebenarnya sekutu yang paling dipercayai di Timur Tengah. AS-Israel tidak akan sampai bila-bila pun menyerang Iran walaupun terang-terangan mereka membangun senjata nuklear. Kerana apa? Kerana Iran sebenarnya sekutu rapat AS (walaupun ditonjolkan sebagai anti-AS).
Cuba bawakan kepada kami sudah berapa operasi yang dilakukan oleh Iran mahupun Hizbullah untuk menghalau Israel daripada bumi Palestin? Dan pula HAMAS telah menukarkan pusat operasinya yang pada awalnya berada di Syria ke tempat lain
ekoran tidak bersetuju terhadap tindakan ganas yang diambil oleh rejim Basyar terhadap rakyatnya.
Gerakan HAMAS mengakui telah menasihati rejim Syria agar tidak mengasari rakyat pada awal kebangkitan, tetapi ia tidak diendahkan oleh rejim tersebut seperti yang dinyatakan oleh jurucakap rasmi pergerakan tersebut, Sami Abu Zuhri.
Sebelum itu juga, Ketua Biro Politiknya Khaled Mash'al menolak untuk bertemu dengan Basyar walaupun diatur oleh Ketua Perisikan negara itu. Wajar disebutkan, pendirian HAMAS juga jelas apabila menolak untuk menandatangani kenyataan beberapa kumpulan Palestin yang menyokong Basyar dan menolak menyertai himpunan menyokong Basyar yang diadakan di khemah-khemah pelarian Palestin sebelum daripada ini.
5) "..Jangan kerana terlalu ekstrim dengan mahzab Sunnah Wal Jamaah, kita terpengaruh dengan agenda Amerika Syarikat-Israel untuk mewujudkan new world order..."
ULASAN: Kenyataan penulis ini sangat diragui. Ahli Sunnah wal Jamaah bukan Mazhab, tetapi pegangan dan i'tiqad. Isu ini bukan pertembungan mazhab beraliran dan yang bertopengkan agama, tetapi ia pertembungan antara Iman dan kufur. Bagaimana boleh tentera pro Bashar memaksa rakyat Syria sujud dan menyatakan kalimah kufur "laillahaila bashar".
Kami juga sudah menyiarkan banyak artikel berkenaan pegangan dan aqidah Syiah Nusairiyyah. Antaranya boleh rujuk pautan ini : http://goo.gl/0gXof
-----
Nasihat kami :
1. Dapatkan maklumat daripada sumber primer untuk memahami situasi yang berlaku.
2. Rujuk juga tulisan-tulisan berbahasa Arab dari timur tengah untuk tahu situasi sebenar. Kalau rujuk tulisan dari Barat semata-mata, tidak menggambarkan keadaan sebenar, dan bias.
3. Teruskan gerak kerja kita untuk membantu kebangkitan rakyat Syria dengan doa, sumbangan dan sebaran maklumat kita.
4. Hati-hati dengan anasir-anasir Syiah yang cuba mengelirukan isu yang berlaku di Syria.
5. Tunjukkan sokongan kita kepada mana-mana pihak mahupun NGO yang ingin membantu rakyat Syria.
6. Jika ada sebarang persoalan ataupun kemusykilan, boleh inbox kepada kami. Insya-Allah kami akan cuba jelaskan.
Teruskan doa kita, insya-Allah semoga Allah merahmati kita semua
Rujuk jawapan di pautan asal di sini.

p/s: Amin Iskandar nampaknya jahil dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku di Syria. Beliau juga nampaknya jahil sehingga gagal membezakan antara mazhab dengan aqidah (pegangan atau i'tiqad). Timbul persoalan dalam kepala Penulis, apakah Amin Iskandar ini seorang Sunni atau Syiah? Wallahua'lam

Monday, June 11, 2012

Pemuda PAS Tubuh Pasukan Khas Isu Syria

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menubuhkan pasukan khas bagi membantah kekejaman dan penindasan regim Bashar Assad ke atas rakyat Syria.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pasukan khas yang dipengerusikan Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa itu secara konsisten akan merayu kerajaan Syria menghentikan tindakan kejam ke atas rakyatnya.

"DPPM merayu kerajaan syria supaya mengasihani rakyat mereka terutamanya orang tua, wanita dan kanak-kanak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Pasukan khas itu juga katanya mendesak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) segera campurtangan bagi menangani krisis di Syria.

Selain itu, mereka mengecam keras campurtangan luar ke atas Syria sehingga mencetuskan perang saudara yang rumit untuk diselesaikan.

"DPPM juga mendesak kerajaan Malaysia menutup kedutaan syria dan memberi tekanan kepada mereka agar tidak boleh beroperasi di negara ini, sehingga kekejaman dihentikan," katanya lagi.

Semalam, kira-kira seratus orang menyertai demontrasi anjuran DPPM di hadapan kedutaan Syria selepas solat Jumaat.

Mereka menggesa kerajaan Malaysia segera menutup kedutaan syria dan menghalau duta Syria ke Malaysia.- Parti Islam SeMalaysia

Friday, March 16, 2012

Ulama' Al-Azhar Seru Bashar Al-Assad Dibunuh

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ULAMA' di Al-Azhar, lembaga tertinggi di dunia Muslim Sunni, telah mengeluarkan fatwa yang menyerukan pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan warga awam dalam penumpasan mematikan terhadap aksi protes anti-rejim.

"Bashar Al-Assad sang pembunuh mesti dibunuh," kata Nasr Farid Washil, mantan Mufti Mesir, di akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan pada hari Rabu kelmarin, 14 Mac.

"Dia (Assad) yang melepaskan sebuah peluru melawan rakyatnya sendiri mesti dikutuk dan seorang penjenayah perang yang wajib dihukum."

Lebih dari 8.000 rakyat Syria telah terbunuh dalam aksi protes menuntut diakhirinya 11-tahun pemerintahan Assad oleh tindakan keras mematikan yang dilakukan oleh pasukan keamanan Assad.

Para ulama Al-Azhar sepakat menyerukan pembunuhan Assad terkait atas pertumpahan darah warga awam yang terjadi setiap hari di Syria.

"Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kemestian setelah dia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa para wanita mereka sendiri," kata Dr Hasyim Islam, seorang anggota komite Fatwa Al-Azhar.

Dia menekankan bahwa Islam melarang pembunuhan manusia tanpa alasan yang syari.

"Kejahatan yang dilakukan oleh Bashar Al-Assad sang pembunuh dilarang oleh Islam dan tindakannya tersebut tidak akan mewujudkan keamanan," tegasnya.

Syeikh Abdul-Munim Al-Bari, mantan pimpinan front ulama Al-Azhar juga setuju dengan fatwa Assad wajib dibunuh.

"Presiden Syria Bashar Al-Assad harus dibunuh kerana membantu pembantaian brutal yang dilakukan terhadap warga awam di Syria," ujarnya.

Al-Bari, yang juga mantan anggota komite Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua norma agama dan manusia.

"Dia layak mendapat hukuman dengan cepat."(fq/oi)

Sunday, March 4, 2012

Kemelut Syria : Umat Islam Wajib Prihatin

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Berasaskan nas nabawi yang mafhumnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Seterusnya sabda Nabi SAW yang mafhumnya: “Siapa yang tidak prihatin hal ehwal umat Islam, maka dia bukan di kalangan mereka.” (Hadis riwayat Hakim)

Justeru, atas semangat ukhwah Islamiah yang prihatin, cakna dan kasihkan saudara mereka sesama Islam, maka Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dan padu kepada saudara seIslam di Syria yang sedang ditindas, dibunuh, dipenjara tanpa hak yang sebenarnya.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : "Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji." (Surah al-Buruj: 8)

Sokongan ini selari dengan resolusi dan bayan yang dikemukakan oleh Persatuan Ulama Sedunia seramai 107 orang yang dipengerusikan oleh Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Antara ulama yang menyatakan sokongan ialah:

•Syeikh Abdullah bin Biah, Timbalan Persatuan Ulama Sedunia.
•Syeikh Sadiq al-Ghiryani, Ulama Besar Libya.
•Syeikh Nasir Farid Wasil, Mantan Mufti Mesir.
•Dr. Ali Jumuah, Mufti Mesir.
•Dr. Salman bin Fahad al-Udah.
•Syeikh Nabil al-Iwadi.
•Dr. Isam al-Basyir.
•Dr. Abd Majid al-Zandani.
•Syeikh Iwadh al-Qarani.
•Dr. Tariq Suwaidan.

Dengan situasi yang terkini amat wajar pemimpin OIC, para ulama dan umat Islam di seluruh dunia wajar memberi tekanan kepada rejim Asad di Syria agar berundur dengan menyantuni suara dan hasrat rakyat.

Dalam masa yang sama sebarang campur tangan kuasa asing dan bukan Islam melibatkan ketenteraan sepertimana berlaku di Iraq juga perlu ditolak kerana akhirnya hanya menambahkan kemusnahan negara dan tamadun umat yang dibina.

Antara resolusi awal yang dicadangkan ialah diadakan Qunut Nazilah sebagai senjata spiritual bagi mukmin serta memberi bantuan kepada penduduk Syria.

Bagi menambahkan lagi kefahaman dengan situasi semasa dan terkini di Bumi Syam, pihak Lajnah Penyelidikan PAS bercadang untuk mengadakan Seminar Khas berkenaan isu terkini Kemelut Syria pada 25 MAC 2012 akan datang.

Sekian,

 
Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat
1 MAC 2012 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1433H

Monday, February 27, 2012

Sheikh Yusuf Qardawi menyeru bangsa Arab bangkit mempertahankan Al-Aqsa

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BEIRUT, (PIC)-- Pemimpin Kesatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa Sheikh Yousuf Al-Qaradawi meminta orang Arab melindungi Masjidil Aqsa dan menghadapi percubaan Yahudi untuk mencemarinya.

Dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan pada Isnin lalu oleh Yayasan Al Quds Antarabangsa, Sheikh Qaradawi menegaskan yang Masjidil Aqsa ialah satu garisan merah dan Muslim tidak akan berdiam dirijika orang Yahudi mengulang serangan mereka di Masjidil Aqsa.

Dia mendorong rakyat Palestin dalam tanah yang diduduki mereka dan di negara-negara jiran, Mesir, Jordan dan Syria, bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa dan membebaskannya dari pendudukan Yahudi.

Wednesday, February 15, 2012

Syria Arah Tunisia dan Libya Tutup Kedutaan

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SYRIA telah meminta kerajaan Libya dan Tunisia untuk menutup kedutaan mereka di Damsyik dalam waktu 72 jam, jurucakap kementerian luar negeri mengatakan, Sabtu kelmarin, setelah kedua negara Afrika Utara tersebut mengumumkan langkah yang sama membantah rejim Syria.

Libya mengatakan pada hari Khamis lalu bahawa mereka mengusir para diplomat Syria dan kakitangannya dari Tripoli serta memberikan waktu tiga hari untuk meninggalkan negara itu.

Dan minggu lalu pemerintah Tunisia mengatakan telah memulai prosedur untuk mengusir Duta Besar Syria dan menarik pengakuan mereka atas kepemimpinan Syria di bawah Presiden Bashar al- Assad.


p/s: Kerajaan Malaysia patut mengambil langkah yang sama dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria

Tuesday, February 14, 2012

Info Revolusi Syria

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

NOTA ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria, Syeikh Hassan di UPM yang datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Peristiwa Syria
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidatina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6% darinya merupakan Syiah Alawie, 10% beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

Bermula zaman ayahnya
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

Punca kebangkitan
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

Bentuk kezaliman yang berlaku sepanjang tempoh saurah

  • Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4 ribu orang rakyat Syria.
  • 239 ribu orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
  • Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
  • 9 ribu tahanan ditahan.
  • 413 orang telah syahid di dalam penjara.
  • Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
  • Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
  • Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
  • Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
  • Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah. Hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

Fatwa ulama' tentang saurah di Syria
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" - Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

Perkara terbaru

  • Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 ribu tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
  • Pertubuhan-pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
  • Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
  • 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
  • 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

Kenapakah kita kurang mengetahui dengan jelas isu Syria?

  • Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.
  • Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
  • Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
  • Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
  • Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

Peranan kita selaku seorang muslim dan selaku seorang manusia

  • Mendoakan saudara kita di Syria
  • Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  • Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81; "Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

Jzkki akh Abu Abdullah

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Universiti Putra Malaysia)

Saturday, November 26, 2011

Ugut Beku Bantuan Kewangan Jika Palestin Bersatu

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SUMBER berita Israel, Isnin lalu, melaporkan Amerika Syarikat (AS) menghantar mesej rahsia kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah yang menegaskan sebarang rancangan untuk mencapai perpaduan dengan kerajaan Hamas di Genting Gaza akan menyebabkan pembekuan serta-merta bantuan kewangan dari Washington kepada PA.

Menurut akhbar Israel Today, Presiden AS, Barack Obama mahu Hamas mengiktiraf semua tanah rampasan Israel dan berhenti memerangi rejim Zionis melalui surat yang dihantar wakilnya kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas jika kedua kerajaan Palestin itu mahu bergabung.

Sekutu Obama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga menegaskan akan berhenti memindahkan wang kutipan cukai kepada PA jika kerajaan Palestin itu bergabung dengan Hamas.

Namun, wakil perunding Palestin, Saeb Erekat berkata, AS telah pun menghentikan bantuan kewangan kepada PA sejak Palestin diterima menjadi anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa, menunjukkan sikap biadap sekutu Zionis itu yang tidak menghormati keputusan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Tuesday, October 18, 2011

Aktivis Jamaat Dihukum Mati

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Moulana Delwar Hossain Sayedi
DHAKA: Mahkamah Tinggi Bangladesh dalam kenyataannya pada Isnin 10 Oktober lalu, memutuskan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemimpin Jamaat-e-Islami negara itu, merangkap ketua Parti Islam Pembangkang, Moulana Delwar Hossain Sayedi yang dituduh terlibat dalam kancah peperangan melibatkan pemisahan antara Pakistan dan Bangladesh pada 1971.

Moulana Delwar Hossain Sayedi, 71, walaubagaimanapun membantah keputusan yang dibacakan di hadapannya kerana beliau mengaku tidak bersalah. Walaupun sedia menerima hukuman gantung, beliau mempertikaikan keputusan itu yang menyifatkannya sebagai tidak adil kerana mahkamah gagal mengemukakan bukti yang beliau bersalah terlibat dalam perang saudara yang membawa kepada pemisahan Pakistan-Bangladesh.

Parti Islam terbesar di Bangladesh
Jamaat-e-Islami yang merupakan sebuah parti politik Islam terbesar di Bangladesh ketika ini, disabitkan menentang kemerdekaan Bangladesh daripada Pakistan dan bertempur bersama dengan tentera Pakistan untuk memisahkan wilayah yang kemudian menjadi Pakistan Timur, yang dikenali sekarang sebagai Bangladesh.

Tuduhan ke atas Moulana Delwar Hossain Sayedi bukanlah perkara baru dalam sejarah Bangladesh, kerana beliau telah didahului dengan ribuan pimpinan Jamaat-e-Islami yang dipenjara tanpa bukti seperti Maulana Motiur Rahman Nizami dan Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami, Ali Ahsan Mujahid yang disabitkan dengan kesalahan yang sama.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri Bangladesh, Maulana Delwar Hossain Sayedi bukanlah orang pertama menjalani hukuman seumpama itu, malah terdahulu daripadanya di kalangan pimpinan tertinggi Jamaat-e-Islami yang dituduh melakukan kesalahan yang sama, malah akan ada lagi individu yang dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima nasib yang sama.

Peguambela Moulana Delwar Hossain Sayedi, Tajul Islam walaubagaimanapun menolak dakwaan itu dan mendakwa ia sebagai satu unsur politik untuk menyekat pengaruh Jamaat-e-Islami yang semakin dapat diterima di kalangan rakyat yang mula menampakkan kebencian mereka kepada parti pemerintah iaitu Parti Nasionalis Bangladesh yang sejak akhir-akhir ini merancang pelbagai pendekatan untuk menyekat kemaraan parti Islam itu. - Alsahaab

Thursday, October 13, 2011

Video Yang Wajib Di Tonton Oleh Umat Islam

بِسْــــمِ ا الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, October 8, 2011

Media Australia Gelar Orang Asia Sebagai Monyet

MINDA PENULIS rasa marah bilamana media Australia dikesan menggelarkan orang Asia dan berkulit hitam sebagai monyet. Lebih biadab lagi bila media tersebut didapati mengambil contoh warga emas bernama Wook yang berkahwin dengan seorang lelaki berumur 30an sebagai modal jenaka.


Mana pergi suara Perkasa, Umno dan Kementerian Luar? Buatlah bantahan rasmi kepada kerajaan Australia terhadap kebiadapan media ini. Ini soal maruah negara dan rakyat Malaysia...

Saturday, June 4, 2011

Belanda Bebas Anggota Jemaah Islamiah

ARMSTERDAM: Sebuah mahkamah di Belanda baru-baru ini telah membebaskan seorang penduduk berketurunan Algeria dari tuduhan melibatkan diri dengan Jemaah Islamiah. Walaubagaimanapun beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun atas kesalahan Imigresen iaitu memalsukan pasport dan beberapa dokumen perjalanan lain yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Rabah Idogy, 46 dikatakan menetap di sebuah apartment di bandar Armsterdam dan sering diekori oleh pasukan keselamatan negara itu sejak berlakunya peristiwa 11 September 2001 yang mengakibatkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York musnah. Pihak berkuasa Belanda terpaksa mengambil masa sehingga sepuluh tahun untuk mengumpul maklumat berkaitan suspek.

Empat orang rakan serumahnya juga ditahan kerana dituduh merancang pengeboman ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Paris tahun lalu, walaubagaimanapun mereka dibebaskan tanpa sebarang syarat dan boleh memulakan hidup baru di Belanda sama seperti warganegara yang lain.
Idogy ketika tangkapan dibuat tidak berada di situ, namun pihak polis antarabangsa (Interpol) dapat menjejakinya dan beliau berada di Jerman semasa tangkapan dibuat untuk dibicarakan di mahkamah Belanda kerana beliau lebih lama menetap di bandar Armsterdam berbanding di Jerman.

Pihak pendakwa raya tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam aktiviti keganasan hanya disabitkan sebagai salah seorang anggota Jemaah Islamiah yang disebut oleh pentadbiran Washington sebagai salah satu kumpulan yang perlu diberi perhatian sewajarnya - Aljazeera

Komen penulis:- pihak berkuasa Belanda nampaknya lebih adil dan telus dalam melaksanakan undang-undang berbanding di Malaysia.  Tertuduh dalam kes ini masih lagi diberikan hak untuk membela diri di mahkamah. Kalau di Malaysia, sudah tentu tertuduh dalam kes-kes sebegini akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa diberi peluang membela diri.

Thursday, June 2, 2011

Kumpulan Murtad Tubuh Majlis Tertinggi

BONN: Sekumpulan golongan murtad di Jerman berikrar menubuhkan majlis tertinggi golongan murtad dengan diberi nama 'Majlis Tertinggi Orang Islam Terdahulu'. Mereka mendapat sokongan padu daripada anggota-anggota yang kebanyakannya terdiri daripada warga Jerman yang pernah memeluk agama Islam.

Demikian menurut ketuanya, Mena 'Ehdy yang berketurunan Iran. Beliau mendakwa bahawa beliau kecewa dengan Islam kerana kononnya banyak menyekat kebebasan wanita, justeru dengan adanya majlis tersebut, hak-hak asasi yang melibatkan wanita akan dapat diperjuangkan hingga ke akar umbi walaupun mendapat bantahan daripada penduduk Islam yang komited kepada agama.

Menurutnya, walaupun beliau berasal dan dilahirkan dari keluarga Islam, namun beliau bertekad tidak melaksanakan tuntutan agama Islam yang menurutnya masih banyak lagi yang kurang dalam pelbagai aspek, terutama dari sudut pemakaian Muslimah yang diperintahkan untuk memakai hijab yang disifatkannya sebagai cara untuk kembali kepada kemunduran, kerana ia sesuai untuk dipakai di padang pasir yang banyak debu seperti penduduk di padang-padang pasir khususnya negara-negara Arab Timur Tengah.

Hasrat penubuhan majlis tersebut menurutnya, telah lama dipendamkan sejak tahun lalu hinggalah baru-baru ini hasratnya itu tercapai dengan bantuan beberapa orang rakan wanita lain yang memiliki cita rasa yang sama dengannya yang menyatakan kekecewaan yang amat mendalam kerana undang-undang Islam perlu dinilai semula dan perlu dibuat kajian menyeluruh.

Setelah mengadakan banyak siri pertemuan dengan golongan wanita di seluruh Jerman, beliau mendapati ramai di kalangan mereka menyatakan kesukaran untuk mendapatkan hak jika menampilkan diri sebagai sebagai muslimah. Hasil daripada pertemuan itu, beliau mengandaikan bahawa dengan tertubuhnya majlis tertinggi itu, segala masalah akan dapat diatasi dengan kadar segera.

Menurut laporan itu lagi, beliau akan berusaha untuk memastikan agar golongan wanita di Jerman khususnya akan mendapat pembelaan dengan tidak perlu memakai tudung kepala (hijab) kerana ia dianggap sebagai pakaian yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipakai pada era globalisasi - Alshaab

Komen penulis: Golongan seperti ini telah sedia wujud di Malaysia bahkan mereka telah menubuhkan satu pertubuhan yang berselindung di sebalik nama NGO, cuma mereka masih lagi mengaku beragama Islam atau tidak berani untuk menzahirkan kemurtadan mereka.

Sunday, April 24, 2011

PESALAH DAN HAKIM SAMA-SAMA SIAL

Terry Jones laknatullah
PADERI KENA PENJARA 1 JAM
Ketua gereja bakar naskah al-Quran cuba buat bantahan di luar masjid

DETROIT: Paderi Amerika Syarikat yang membakar naskah al-Quran hingga mencetuskan kejadian keganasan di Afghanistan dipenjarakan selama satu jam, kelmarin selepas mahkamah mengharamkan bantahannya di luar masjid di sini. 
Hakim tempatan memenjarakan Terry Jones dari Gainesville, Florida dan pembantunya, Wayne Sapp selepas mahkamah mendapat tahu mengenai rancangan mereka untuk mengadakan bantahan di luar Pusat Islam AS di Dearbon boleh mendorong kepada insiden keganasan.
Ketika hadir di mahkamah, Jones mempertikaikan kitab suci umat Islam itu dengan mengatakan 'al-Quran mendorong aktiviti pengganas di seluruh dunia'. Dia juga memberitahu dia berhak untuk membantah Islam dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.
"Pindaan Pertama tidak memberi faedah jika ia menyekat kita untuk menyuarakan sesuatu isu," katanya.
Namun, Ketua Polis Dearbon, Ronald Haddad mendakwa, jabatannya menerima maklumat daripada penduduk tempatan mengenai ancaman serius oleh Jones dan menekankan bantahannya itu boleh menimbulkan insiden keganasan.
Pendakwaraya Robert Moran berkata, bantahan Jones tidak mempunyai kaitan dengan Pindaan Pertama Perlembagaan dan perkara perlu diutamakan adalah keselamatan serta keamanan masyarakat.
Hakim Mark Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp dipenjarakan kerana enggan membayar denda AS$1 (RM3). Namun selepas satu jam berada di dalam penjara, kedua-duanya mengubah fikiran lalu membayar denda itu sebelum dibebaskan. - AFP
Sumber:- Metro Ahad 24 April 2011.

Kesimpulannya, hukuman yang dikenakan oleh mahkamah tersebut adalah terlalu rendah berbanding kesalahan yang telah dilakukan oleh Terry Jones dan pembantunya. Denda yang hanya berjumlah AS$1 bersamaan RM3 yang ditetapkan oleh hakim perbicaraan itu sendiri bersifat suatu penghinaan terhadap agama dan umat Islam. Kita tidak mengharapkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman mati terhadap Jones dan Sapp kerana ianya suatu hukuman mustahil ditetapkan oleh mahkamah tersebut tetapi sewajarnya Jones dan pembantu beliau sepatutnya dikenakan hukuman penjara untuk satu tempoh yang lama sebagai peringatan buat mereka dan orang lain yang berhasrat untuk menghina agama lain.

Apa yang dapat dilihat dari keputusan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Jones dan pembantu beliau adalah hukuman tersebut tidak akan menakutkan mereka jauh sekali untuk menimbulkan keinsafan dalam hati mereka. Dan hukuman tersebut juga tidak mampu untuk meredakan kemarahan umat Islam diseluruh dunia atas kebiadapan yang dilakukan oleh mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...