Powered By Blogger
Showing posts with label Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Muktamar. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Siapa Kata Ulama diketepikan Oleh PAS?

SEMASA membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah membuat cadangan agar Majlis Syura Ulamak membuat audit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS. Audit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu dan berkata bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan. Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan audit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.

Tidak sukar untuk penulis bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden itu kerana pada pandangan penulis, cadangan tersebut sekiranya dilaksanakan akan lebih memperkasakan parti dan sekaligus akan menolak tanggapan bahawa PAS sudah meminggirkan ulama. Bagi penulis, apa yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden membuktikan bahawa semua peringkat dalam parti masih menyayangi, menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan ulama. Tahniah buat Abang Mat atas cadangan yang berkualiti tersebut

Saturday, June 4, 2011

Kepimpinan PAS Pusat Sessi 2011 - 2013

PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


TIMBALAN PRESIDEN
Haji Mohamad Sabu – 420 undi


NAIB PRESIDEN
1. YB Dato' Husam Musa -  660 undi
2. YB Dato' Mahfuz Omar – 616 undi
3. YB Salahuddin Ayub – 753 undi



AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – 430 undi
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin – 579 undi
3. YB Hj Abdul Wahid Endut – 556 undi
4. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik - 527 undi
5. YB Ir. Amiruddin Hamzah – 576 undi
6. YB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 421 undi
7. YB Dr Dzulkefly Ahmad -  702 undi
8. Hj Hanipa Maidin – 735 undi
9. YB Dato’ Dr. Hassan Mohamad Ali – 437 undi
10. YB Dato’ Kamarudin Jaffar – 739 undi
11. YB Hj. Khalid Abd Samad – 643 undi
12. Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. YB Dato' Ustaz Mohd Amar Abdullah – 470 undi
15. YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli - 765 undi
16. YB Dr. Mujahid Yusof Rawa – 651 undi
17. Ustazah Nuridah Salleh - 416 undi
18. YB Dr. Siti Mariah Mahmud – 445 undi

Friday, June 3, 2011

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat Sessi 2011 - 2013

PEMILIHAN kepimpinan Pemuda PAS Pusat menyaksikan penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS kekal tanpa bertanding milik Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi manakala anakanda Mursyidul Am PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula telah terpilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu termasuk penyandang jawatan tersebut.  

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.



Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss  Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat Sessi 2011 - 2013

MUKTAMAR PAS ke 57 turut menyaksikan ahli parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Siti Zailah Binti Mohd Yusof telah terpilih untuk mengetuai Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sessi 2011 - 2013. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap

Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr  

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi


JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat 2011 - 2013

MUKTAMAR PAS ke 57 yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan semua kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat bagi sessi 2009 - 2011 kekal untuk sessi 2011 - 2013 tanpa bertanding. Berikut adalah senarai kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat:-

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamdan bin Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abdul Manaf bin Othman

Ketua
Ustaz Harun bin Taib (Datuk/YB)

Timbalan Ketua
Ustaz Ahmad bin Yakob (Datuk)

Naib Ketua
Mahfodz bin Mohamad (Dr/Datuk)

Setiausaha: Ustaz Muhammad Zain bin Abdul Rahman
Penolong Setiausaha 1: Ustaz Badruzzaman bin Yusof (Dr)
Penolong Setiausaha 2: Ustaz Azahari bin Aripin (Dr)
Penolong Setiausaha 3: Ustaz Shahbudin bin Ngah (Dr)

Bendahari: Ustaz Khairuddin bin Razali

Ketua Penerangan: Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

Ketua Pengarah Pilihanraya: Ustaz Husain bin Awang (Datuk)

Ahli Jawatankuasa Kerja:
Ustaz Mohamed bin Daud Al-lraqi (Datuk)
Ustaz Hassan bin Mohamad (Datuk)
Ustaz Mohamad bin Mustaffa (YB)
Ustaz Salleh Sani bin Harun Al-Hafiz
Ustaz Abdullah bin Abdul Razak
Ustaz Abu Bakar bin Abdullah
Ustaz Abdul Ghani bin Shamsuddin
Ustaz Ismail bin Noh
Ustaz Abdullah bin Husain
Ustaz Jaliluddin bin Abdul Wahid
Ustaz Soid bin Md. Amin
Ustaz Wan Abdul Halim bin Wan Chik
Ustaz Khirul Muntanazar bin Ismail
Ustaz Mokhtar bin Senik
Ustaz Mustafa bin Shaari
Ustaz Zolkharnain bin Abidin Al-Hafiz
Ustaz Nor Najhan bin Mohd Salleh
Ustaz Mohd. Khairi bin Zainuddin

Pemeriksa Kira-kira 1: Ustaz Ibrahim bin Omar
Pemeriksa Kira-kira 2: Ustaz Mohd Noor bin Din
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...