Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Siapa Kata Ulama diketepikan Oleh PAS?

SEMASA membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah membuat cadangan agar Majlis Syura Ulamak membuat audit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS. Audit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.

Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu dan berkata bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan. Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan audit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura.

Tidak sukar untuk penulis bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden itu kerana pada pandangan penulis, cadangan tersebut sekiranya dilaksanakan akan lebih memperkasakan parti dan sekaligus akan menolak tanggapan bahawa PAS sudah meminggirkan ulama. Bagi penulis, apa yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden membuktikan bahawa semua peringkat dalam parti masih menyayangi, menghormati dan menyanjung tinggi kepimpinan ulama. Tahniah buat Abang Mat atas cadangan yang berkualiti tersebut

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...