Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Sejak Bila Umno Sokong Hudud?

BELEK punya belek dan layan punya layan facebook, penulis terjumpa satu group yang menamakan diri sebagai Ahli Umno Menyokong Hudud. Penulis sertakan akaun group tersebut di sini 
Profile Picture group tersebut
Pening kepala penulis fikirkan sejak bila pulak Umno ni sokong hudud. Apa yang penulis ingat sejak dari dulu lagi para pemimpin Umno baik Mahathir, Najib dan ramai lagi sering mengeluarkan kenyataan yang menghina dan mempersendakan hukum Allah tersebut.

Penulis nak ingatkan di sini, jangan hanya kerana nak tarik sokongan orang melayu dalam PRU13, baru Umno sibuk nak sokong hudud tapi bila dah dapat kekalkan kuasa, jangan kata nak laksanakan, yang selama ini kata sokong, tiba-tiba senyap membisu. Lebih teruk lagi kalau balik asal, hukum Allah tersebut kembali dipermain-mainkan.

Dan penulis masih lagi ingat, draf hukum hudud dan ta'zir telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan setelah PAS mengambil alih kepimpinan Negeri Kelantan begitu juga dengan Terengganu semasa di tadbir oleh PAS dan Sultan bagi kedua-dua negeri tersebut telahpun menandatangani draf undang-undang tersebut. Tapi yang berlaku, perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana halangan Umno yang menggunakan Perlembagaan Persekutuan sebagai alasan.

Jadi pada pandangan penulis, akaun group facebook yang dibuat oleh orang Umno ini tidak lebih dari bahan permainan mereka sahaja. Penulis juga amat yakin bahawa Umno tidak pernah ikhlas dalam menegakkan hukum Islam di negara ini.

p/s: Macamana nak laksanakan hudud dan ta'zir kalau pemimpin sendiripun gagal nak tarbiah anak bini sendiri untuk tutup aurat dan jaga akhlak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...