Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Anggota RELA Jadi Tonto Dicekup

GEORGETOWN: Seorang lelaki dipercayai anggota RELA menyalahgunakan kuasa untuk menjadi penghubung sindiket perjudian komputer internet di sekitar bandar ini.

Difahamkan, lelaki itu menggunakan walkie talkie untuk memberi maklumat jika ada serbuan polis di premis judi itu.


Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar bandar ini, kelmarin, oleh sepasukan polis Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bukit Aman.

Dalam operasi tiga jam bermula 4 petang, 13 pengunjung dan 13 penjaga premis ditahan untuk siasatan lanjut. Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Asisten Supritenden Mohd Sauti Harun berkata, polis merampas 168 komputer yang diubah suai menjadi mesin judi dam wang tunai berjumlah RM6,880.00.

Seorang lelaki yang mempunyai kad kuasa anggota RELA turut ditahan dalam serbuan itu dan kita masih menyiasat sama ada dia bertindak sebagai tonto untuk sindiket judi itu.

"Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 80 tahun dan mereka dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya," katanya. (Metro Ahad 5 Jun 2011)


Komen Penulis: Banyak kes-kes jenayah dan salah laku melibatkan anggota RELA sekarang ini. Adakah pihak tertinggi RELA tidak melakukan pemantauan terhadap disiplin anggota mereka dan apakah RELA mengamalkan sistem tangkap muat sahaja dalam urusan pengambilan anggota?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...