بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
TERPULANGLAH pada pendirian masing-masing
dalam isu boikot ni. Tapi saya tak nampak ada keperluan untuk menjadi
pelanggan Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald sebab kita ada
alternatif lain.
- Kalau saya dan keluarga rasa nak makan ayam goreng, kita ada Radic Fried Chiken (RFC) keluaran orang MALAYSIA beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU. Istimewa lagi ayam yang digunakan adalah ayam yang setiap hari telah diperdengarkan dengan kalimah suci ayat Al-Quran. Bukan setakat ayam goreng jer korang boleh dapat, korang nak makan apa, nak satey ayam, nasi ayam, nasi lemak, mee kari.. pergilah try tengok. InsyaAllah korang puas hati.

- Kalau rasa nak makan burger pulak, bersepah kat tepi jalan ada orang jual burger. Memang rasanya tak sesedap burger McDonald tapi come on la bro, lebih baik kita tolong perniagaan anak bangsa kita sendiri yang berniaga kecil-kecilan daripada kita sibuk nak menolong golongan yang dah kaya raya tapi bila time bayar zakat dan bersedekah amal jariah macam hampeh. Come on la... Kata nak tolong anak bangsa sendiri. KORANG KAN PEJUANG BANGSA TULEN..
Kalau direnung-renungkan, untuk apa kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Israel ini dibuat? Apa faedahnya pada orang yang sertai boikot? Rasanya, tak ada faedah peribadi pun. Tapi kalau kita fikir-fikirkan balik, rakyat Palestin yang kena bunuh oleh zionis tu adalah saudara seagama kita sendiri. Kalau kita rasa mereka tu saudara kita, maka kita perlulah ambil perhatian dari sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri". [Bukhari dan Muslim]
No comments:
Post a Comment