Powered By Blogger
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Pertemuan Kuala Sungai. Lihatlah Kebesaran Allah SWT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
CONFLUENCE (kuala) merupakan istilah geografi yang digunakan untuk menggambarkan pertembungan antara dua atau lebih sumber aliran air. Gambar-gambar di bawah ini adalah antara tempat pertembungan air sungai yang terkenal dan ianya mempunyai warna air yang jelas berbeza disebabkan sungai-sungai tersebut mengandungi komposisi air yang berlainan.

Kuala sungai Rhone dan Arve, Switzerland
Kuala sungai Danube, Inn dan Ilz, German
Kuala sungai Drava dan Danube, Croatia
Kuala sungai Green and Colorado, Utah, USA
Kuala sungai Jialing dan Yangtze, China
Kuala sungai Monongahela dan Allegheny, Pennsylvania, USA
Kuala sungai Mosel dan Rhine, Germany
Kuala sungai Ohio dan Mississippi, Illinois, USA
Kuala sungai Rio Negro dan Rio Solimoes, Brazil
Kuala sungai Rio Uruguay dan tributary, Argentina
Kuala sungai Thompson dan Fraser, Canada
Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa atas segala apa ciptaanNya. Maka sama-samalah kita renungkan akan KebesaranNya.
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. [Ar-Ra'd:3]

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. [An-Naml:61]

Friday, April 20, 2012

Memang Wujud IC Ada Tarikh Luput

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KECOH dalam laman sosial bila didedahkan terdapat kad pengenalan (IC) yang mempunyai tarikh luput. Penulis rasa dalam hal ini, ramai yang masih belum memahami dan mengetahui akan hal ini jadi atas rasa tanggungjawab supaya kita tidak jadi bahan ketawa orang lain. Dan Penulis berharap agar kita tidak terlalu cepat melatah dalam hal ini.

Untuk makluman, terdapat lima (5) katagori IC di Malaysia ini. Katagori yang pertama adalah IC Warganegara atau lebih kita kenali sebagai IC biru. IC ini dikeluarkan untuk warganegara Malaysia yang sah dan sebagai warganegara yang sah, pemegangnya layak untuk menjadi pemilih dalam pilihanraya di negara kita.

Untuk Katagori yang kedua pula adalah IC Pemastautin Tetap (PR) atau lebih dikenali sebagai IC merah. IC ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang telah tinggal di Malaysia untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, IC ini juga dikeluarkan kepada beberapa katagori warga asing di Malaysia antaranya, isteri atau suami kepada warganegara, golongan profesional yang memberi sumbangan kepada negara dan beberapa lagi katagori warga asing. Pemegang IC ini apabila cukup suatu tempoh masa yang ditetapkan layak untuk memohon untuk mendapatkan taraf warganegara. Dalam tempoh memegang IC merah ini, pemegangnya tidak layak untuk menjadi pemilih dalam pilihanraya di negara kita.

Katagori yang ketiga pula adalah IC Penduduk Sementara atau dikenali sebagai IC hijau. IC ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang lahir di Malaysia di mana kedua-dua orang tua pemegangnya adalah warga asing. IC ini mempunyai tarikh luput. Untuk mendapatkan IC ini, pemohon perlu mendapatkan seorang penaja dari kalangan warganegara dan perlu mendapat pengesahan dari ketua kampung atau orang-orang penting di mana beliau tinggal yang mengesahkan bahawa beliau ini lahir di Malaysia. Untuk IC ini, pemegangnya perlu meninggalkan negara ini apabila IC beliau tamat tempoh sahlaku atau akan di katagorikan pula sebagai PATI. Untuk katagori ini, pemiliknya tidak layak untuk menjadi pemilih berdaftar. Cuma satu perkara yang memusykilkan penulis dalam hal ini. Kalau tak silap penulis IC ini pernah dimansuhkan suatu ketika dulu. Penulis tak berapa ingat pada tahun berapa. Atas alasan apa pula IC ini diwujudkan kembali oleh Kerajaan Malaysia?

Katagori yang keempat pula adalah IC untuk bekas banduan. Untuk katagori ini, warna yang ditetapkan adalah warna coklat. IC ini dikeluarkan kepada bekas banduan warganegara Malaysia sahaja dan beliau mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih yang sah.

Katagori kelima pula adalah IC untuk kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai Mykid. Yang ini takkan tak tahu lagi kot. Hehehe….

Apapun, Penulis harap kita tidak terlalu cepat melatah jika ada sesuatu yang meragukan. Cuba rujuk terlebih dahulu dengan orang-orang yang berkenaan dengan isu tersebut yang mana kita boleh percayai integriti beliau. Kalau kita terlalu cepat melatah sedangkan kita tidak arif dengan sesuatu isu tersebut, takut nanti kita sendiri akan malu dan diketawakan oleh lawan kita.

Saturday, March 24, 2012

Fakta Tanah Rizab Melayu Yang Dirampas

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERIKUT adalah beberapa fakta tanah rizab Melayu yang telah dirampas dan tergadai oleh kerakusan kerajaan kepimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno. 
  • Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar (1995)
  • 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas
  • 9 Ribu hektar Rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada Bukan Rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja diganti
  • Pada tahun 1990 seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ
  • 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk New Town Ship
  • 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan
  • 1993, sebanyak 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam udang
  • Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar
  • 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserah kepada Singapura
  • Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun

Wednesday, March 21, 2012

Menjawab Tuduhan Ramai Rakyat Kelantan Berhijrah Keluar

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENJAWAB tuduhan mereka yang menyatakan rakyat Kelantan ramai berhijrah ke luar (dan sebahagiannya menjadi penjual tomyam di Pasir Salak). Sila ikuti fakta berikut:

Di dalam buku Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang diterbitkan pada Oktober 2007, dinyatakan bahawa:

Bilangan rakyat Pahang yang berhijrah keluar pada tahun 2003 ialah 23,460 manakala bilangan anak negeri lain yang masuk ke negeri Pahang ialah 23,410.

Manakala rakyat Kelantan yang berhijrah keluar pada tahun tersebut ialah 21,950 manakala anak negeri lain yang masuk ialah 24,460.

Fakta:
1. Bilangan rakyat Pahang yang keluar lebih ramai dari bilangan rakyat Kelantan yang keluar (statistik 2003)

Rakyat Pahang:- 23,460 orang
Rakyat Kelantan:- 21,950 orang
Perbezaan:- 1,510 orang

2. Bilangan anak negeri luar Kelantan yang masuk ke Kelantan mencari rezeki lebih ramai daripada yang keluar dari Kelantan (statistik 2003)

Keluar:- 21,950 orang
Masuk:- 24,460 orang
Perbezaan:- 2,510 orang

Untuk rekod, jumlah rakyat Kelantan mengikut statistik tahun 2010 adalah seramai 1,459,994 orang. Ini bermakna peratusan rakyat Kelantan yang berhijrah keluar dari Kelantan tidak sampai 2 % sahaja.

Thursday, March 15, 2012

Pertikai Al-Bukhari: Layakkah Tun Mahathir

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed sekali lagi menimbulkan kontroversi dalam isu yang membabitkan agama Islam. Kali ini beliau dikatakan telah mempertikaikan tahap keilmuan Imam al-Bukhari iaitu seorang pakar ilmu hadis.

Antara kata-kata Tun Mahathir yang dilihat sebagai mempertikaikan Imam al-Bukhari itu adalah:-

i) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
ii) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
iii) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
iv) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?
lihat tulisan beliau di sini.

Penulis rasa biarlah mereka yang lebih arif dalam hal ini menjawab setiap persoalan Tun Mahathir. Cuma di sini, penulis ingin berkongsi sedikit biodata Imam al-Bukhari dan biodata Tun Mahathir untuk sama-sama kita buat perbandingan sama ada layakkah Tun Mahathir untuk mempertikaikan tahap keilmuan Imam al-Bukhari yang telah banyak mengkaji hadis Nabi s.a.w demi untuk kepentingan umat Islam seluruhnya.

Imam al-Bukhari r.a
Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari, adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadis sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokhara) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan ibadat haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali. Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.


Tun Mahathir Mohamed
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember1925). Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas.

Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia - kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri  sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya "Che Det" dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki Melayu di seberang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran Inggeris di Alor Setar iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia - kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau adalah: Marina Mahathir, Mirzan Mahathir, Melinda Mahathir, Mokhzani Mahathir, Mukhriz Mahathir, Maizura, Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne.

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif. Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. 

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut.. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya.

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.
 
Garis masa:-
1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;
Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
1973: Dilantik sebagai senator.
1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)
Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;
Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;
Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.
1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;
Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
Anugerah:-
2003 - Darjah Kerabat (DK) Kedah
2003 - Satria Bintang Sarawak (SBS); Membawa gelaran Pehin Sri

Wednesday, November 16, 2011

Lebih 152 Ribu Anak Luar Nikah 2008 - 2010

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SERAMAI 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).



Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

Saturday, November 12, 2011

Fakta-Fakta Menarik Tentang Darah

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


1. Manusia dicipta oleh Allah SWT dari setitis air mani lalu membentuk menjadi segumpal darah dan seterusnya sehinggalah menjadi makhluk yang sempurna. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang paling baik." (Surah Al-Mu'minun; 14)


2.  Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah sahaja dalam tubuh kita.

3.  Darah membentuk 7% daripada berat badan manusia.


4.  Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75% daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

5.  Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

6.  Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

7.  Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

8.  Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

9.  Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

10. Pada 1928, William Harvey (1578 - 1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telahpun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis  tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.

Tuesday, November 8, 2011

Presiden UMNO Dan PAS. Kenali Dan Bandingkan Sendiri

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Barisan Presiden UMNO
1. Dato' Onn bin Ja'far. kenali beliau di sini
2. Tunku Abdul Rahman Petra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. kenali beliau di sini
3. Tun Abdul Razak bin Hussein. kenali beliau di sini
4. Tun Hussein bin Dato' Onn. kenali beliau di sini
5. Tun Mahathir bin Mohamed. kenali beliau di sini
6. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. kenali beliau di sini
7. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. kenali beliau di sini

Barisan Presiden PAS

1. Ahmad bin Fuad. (tiada maklumat ditemui)
2. Dato' Dr Haji Abbas Alias. kenali beliau di sini
3. Burhanuddin bin Muhammad Nur Al-Helmy. kenali beliau di sini
4. Tan Seri Dato' Dr Mohd Asri bin Muda. kenali beliau di sini
5. Tuan Guru Haji Yusof bin Haji Abdullah ar-Rawi. kenali beliau di sini
6. Al-Fadhil Ustaz Fadzil bin Mohd Noor. kenali beliau di sini
7. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. kenali beliau di sini

Monday, November 7, 2011

Dikatakan Pupus Tetapi Sebenarnya Tidak

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BANYAK haiwan di dunia ini yang berada dalam senarai haiwan-haiwan yang sedang mengalami proses kepupusan ataupun pupus terus. Namun ada juga andaian yang salah dibuat tentang sesetengah haiwan yang dikatakan telah pupus tapi sebenarnya masih wujud di muka bumi kita. Antara haiwan yang telah dikenalpasti masih belum pupus adalah:-

Tikus New Holland
Tikus ini ialah jenis tikus yang pertama sekali diceritakan pada tahun 1843. Namun ia telah menghilang daripada penglihatan selepas tarikh tersebut dan dianggap sebagai telah pupus sehinggalah pada tahun 1967 ia ditemui semula. Namun begitu tikus jenis ini hanya boleh ditemui di Australia. Tikus jenis ini kini disenaraikan sebagai haiwan perlindungan dan jumlah populasinya semakin mengurang dan sesetengahnya adalah disebabkan kebakaran 'Liar Ash Wednesday' pada tahun 1983 yang berlaku di Australia.

 Terror Skink
Terror Skink ataupun nama saintifiknya 'phoboscincus bocourti' telah lama dikatakan pupus sehinggalah satu spesimen telah ditemui di New Caledonia pada tahun 2003. Skink itu berukuran sekitar 50 sentimeter dan mempunyai gigi berpusing yang tajam dan tidak normal bagi seekor skink kerana mereka sebenarnya adalah haiwan omnivor. Satu lagi jenis skink yang telah berjaya ditemui ialah pada tahun 1876 juga di New Caledonia.

Cacing Tanah Giant Palouse
Cacing ini berasal dari Amerika Utara. Ia telah dianggap sebagai pupus pada tahun 1980an, namun baru-baru ini telah muncul semula. Tidak banayk maklumat yang diketahui tentang cacing tanah ini, namun maklumat yang ada adalah sangat menghairankan. Cacing tanah ini boleh membesar ke saiz 3 kaki dan jika dipegang akan mengeluarkan bau seperti bunga lili. Malahan cacing jenis ini juga dikatakan mampu untuk meludah sebagai salah satu cara ia membuat pertahanan diri melawan musuh. Cacing ini adalah satu haiwan albino.


Takahe
Takahe ialah sejenis burung yang tidak boleh terbang dan merupakan penduduk asal Pulau Selatan di New Zealand. Selepas 4 spesimen yang terakhir diambil pada tahun 1898, spesis burung ini dikatakan telah pupus. Namun setelah beberapa pencarian yang ekstensif dilakukan untuk mencari burung tersebut, ia berjaya ditemui semula berdekatan dengan Tasik De Anau pada tahun 1948. Namun kini haiwan itu sekali lagi berada di ambang kepupusan.


Pygmy Possum Pergunungan
Haiwan ini mula-mula sekali diceritakan sebagai sebuah fosil Pleistocene pada tahun 1896. Ia berjaya ditemui semula dalam keadaan hidup pada tahun 1966 dalam sebuah rumah ski di Gunung Hotham, Australia. Possum itu bersaiz seekor tikus dan dijumpai di kawasan pergunungan berbatu. Possum betinanya akan tinggal di bahagian atas pergunungan manakalan possum jantan pula akan tinggal di bahagian yang lebih ke bawah di pergunungan tersebut. Dalam usaha untuk mengawan, possum jantan akan mengembara mendaki ke atas untuk bertemu possum betina. Dalam perjalanan tersebut, mereka terpaksa melintasi sebahagian jalanraya menjadikan nyawa mereka dalam keadaan bahaya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan Australia telah membinakan mereka sebuah 'terowong cinta' di bawah laluan jalanraya tersebut.


Gracilidris
sejenis semut noktunal yang sebelum ini hanya diketahui kewujudannya melalui rekod fosil. Malahan satu-satunya fosil yang diketahui wujud tentang semut ini ialah spesimen amber. Namun semut jenis ini telah berjaya ditemui hidup pada tahun 2006 namun sehingga ke hari ini, hanya sedikit maklumat diketahui tentangnya. semut-semut ini hidup dalam koloni-koloni kecil dan akan bersarang di dalam tanah.

 Petrel Bermuda
Sejenis burung laut nocturnal yang akan membuat sarangnya di kawasan tanah. Ia telah dianggap pupus kira-kira selama 330 tahun. Ia sebenarnya ialah burung rasi bagi Bermuda dan berjaya ditemui semula dalam keadaan hidup pada tahun 1951 apabila 18 pasangan berjaya ditemui. Ia kononnya dipupuskan selepas kerajaan Inggeris tinggal di Bermuda dan telah memperkenalkan kucing, tikus dan anjing. Burung ini mempunyai bunyian panggilan yang menakutkan yang menyebabkan para pelayar dari Sepanyol percaya yang pulau tersebuta dihantui oleh syaitan. Oleh sebab itu, pihak Sepanyol tidak pernah tinggal di pulau tersebut.


Tikus Batu Laotian
Turut dikenali sebagi tikus tupai pertama sekali diketahui kewujudannya ialah pada tahun 2005 oleh seorang saintis yang telah meletakkan haiwan tersebut dalam kumpulan yang satu spesis dengannya iaitu dari jenis Laoanastidae. setahun kemudian, klasifikasi itu telah dicabut oleh orang lain yang mempercayai bahawa tikus batu itu sebenarnya ialah sebahagian daripada kumpulan keluarga Diatomyidae yang telah pupus di zaman Micene. Haiwan tersebut ialah seperti tikus gelap yang besar tetapi mempunyai ekor seperti seekor tupai. Apa yang mengejutkan ialah spesimen pertama yang ditemui ialah ketika dijual sebagai daging di sebuah pasar di Laos.


Cicak Besar La Palma
Cicak ini dikatakan telah pupus bermula sejak tahun 1500. Ia sebelumnya tinggal di La Palma di pulau Canary dan dipercayai pengenalan kucing-kucing telah menyebabkan kejutan atau kepupusannya. Namun pada tahun 2007, ia berjaya ditemui semula di lokasi asalnya walaupun kepercayaan bahawa satu-satunya cicak yang masih ada di Pulau Canary ialah di Gran Canaria.


Coelacanth
Ikan jenis ini dianggap telah pupus sejak zaman Cretaceous lagi. Namun pada tahun 1938 ia ditemui semula di beberapa lokasi di negara-negara Afrika dan ia sebahagian daripada 'Lazarus Taxon' iaitu salah satu kumpulan organisma yang telah menghilang dari rekod fosil hanya untuk muncul semula kemudiannya. Coelacanth mula-mula sekali diketahui wujud kira-kira 410 juta tahun yang lalu. Ikan-ikan ini biasanya tinggal di bawah lautan berdekatan lantai lautan namun dalam sesetengah keadaan akan berada di permukaan air. Ia diketahui pernah hidup sehingga mencecah ke 15 kaki panjang namun tidak terdapat satu pun catatan yang menunjukkan ia pernah menyerang manusia kerana ia tinggal begitu dalam sekali di laut.

Sunday, November 6, 2011

Penumpang-Penumpang Tunggal Terselamat Dalam Kemalangan Udara

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WALAUPUN nahas yang melibatkan kapal terbang kadangkalanya sangat mengerikan, namun hakikat sebenar, pengangkutan udara ialah cara pengangkutan yang paling selamat berbanding pengangkutan-pengangkutan yang lain tetapi risikonya tetap ada. Namun menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam satu-satu kemalangan udara tentulah menjadi satu fenomena yang luarbiasa bagi individu yang terselamat tersebut. Berikut ialah antara penumpang-penumpang tunggal yang terselamat dalam pelbagai kejadian nahas udara yang telah berlaku dalam sejarah dunia.


Tarikh nahas: 19 Januari 2006
Jenis kapal terbang: Antonov An-24
Operator: Slovak Air Force
Tempat nahas: Hejce, Hungary
Jumlah penumpang dan krew: 43 orang
Kematian: 42 orang
Mangsa terselamat: Leftenan Pertama Martin Farkas
Sebab nahas: Kesilapan juruterbang

KAPAL TERBANG ini sedang menerbangkan tentera yang bertanggungjawab sebagai anggota pasukan pengaman. Namun kapal terbang itu telah terhempas di kawasan tanah yang berhutan dan juga dituruni salji di Bukit Borso pada ketinggian 700 meter ataupun 2,300 kaki berdekatan dengan sebuah perkampungan di Hungary bernama Hejce di Kota Telkibanya. Kapal Terbang itu telah terlanggar bahagian atas pokok-pokok sebelum terbakar dan terhempas. Mayat-mayat penumpang dan juga serpihan pesawat telah berterabur di merata tempat dalam kawasan yang luas.

Michaela Farkasova iaitu isteri kepada Leftenan Pertama Martin Farkas melaporkan yang dia telah menerima panggilan telefon dari telefon bimbit suaminya yang telah memberitahunya bahawa pesawat dinaikinya telah terhempas di dalam hutan. Beliau telah meminta isterinya untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja menyelamat. Dan tidak lama selepas panggilan itu dibuat, Martin telah berjaya ditemui. Mengikut penyelamat, Martin memang sangat bertuah kerana masih hidup kerana dia dijumpai di bahagian tandas pesawat yang hanya mengalami sedikit kerosakan. Martin pula mengalami sedikit kecederaan iaitu bengkak di otaknya dan kecederaan bahagian paru-parunya. Dia kemudiannya diletakkan dalam keadaan koma dan kemudiannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.



Tarikh nahas: 27 Ogos 2007
Jenis kapal terbang: Bombardier Canadair Regional Jet (CRJ) DRj-100ER
Operator: Comair (d/b/a Delta Connection
Tempat nahas: Lapangan Terbang Blue Grass, Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat
Jumlah penumpang dan krew: 50 orang
Kematian: 49 orang
Mangsa terselamat: James Polehinke
Sebab nahas: Kesilapan juruterbang

KAPAL TERBANG ini sepatutnya menggunakan landasan 22 untuk berlepas tetapi sebaliknya telah menggunakan landasan 26. Landasan 26 tidak sesuai digunakan kerana terlalu pendek untuk melakukan pelepasan yang selamat dan telah menyebabkan pesawat tersebut tidak sempat diterbangkan dan melebihi had dan kejadian itu telah menyebabkan kematian kepada 47 orang penumpangnya dan 2 dari 3 orang krewnya. Pegawai pertama bagi penerbangan tersebut iaitu James Polehinke ialah satu-satunya mangsa yang terselamat.

James juga mengalami kecederaan yang teruk termasuk beberapa tulang yang patah, paru-paru rosak dan pendarahan yang teruk. Kemudiannya doktor mengesahkan yang James mengalami kerosakan otak dan akan hilang memori tentang kejadian nahas itu mahupun sebarang perkara yang ada kaitan dengannya. Walaupun James yang sedang menerbangkan pesawat tersebut ketika kemalangan tetapi beliau menerima arahan dari kaptennya iaitu Jeffrey Clay yang mengarahkan agar beliau menerbangkan pesawat di landasan yang salah.


Tarikh nahas: 14 Jun 1943 
Jenis kapal terbang: B-17C Flying Fortress 
Tempat nahas: Bakers Creek berdekatan Mackay Queensland, Australia 
Jumlah penumpang dan krew: 41 orang 
Kematian: 40 orang 
Mangsa terselamat: Foye Kenneth Roberts 
Sebab nahas: Tidak diketahui

UNTUK sebab-sebab keselamatan tentera dan tanggunjawab moral, kemalangan ini telah dirahsiakan oleh pihak Amerika Syarikat dan pihak berkuasa awam Australia untuk tempoh yang agak lama. Kapal terbang itu telah membawa seramai 41 orang pekerja dari Amerika Syarikat yang sedang pulang dari percutian selama 10 hari. Pesawat itu telah berlepas dalam keadaan berkabus dan telah berada pada ketinggian altitud melebihi 300 kaki. Dalam tempoh beberapa minit sahaja pesawat tersebut telah terbakar di udara dan semasa ia sedang menjunam menuju ke arah pokok-pokok, salah satu daripada sayapnya telah tertanggal menyebabkan bukaan yang luas menyebabkan para penumpangnya telah terkeluar daripada pesawat sebelum sempat ia mencecah ke kawasan nahas.

Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Foye Kenneth Roberts. Dia mengalami kecederaan di kepala yang gagal didiagnos pada masa kejadian nahas tersebut dan telah kehilangan keupayaan untuk bercakap untuk beberapa tahun setelah menjalani pembedahan otak untuk menyelamatkannya. Malahan Foye juga tidak dapat mengingati semula sebarang kejadian pada masa nahas tersebut berlaku. Pada bulan Februari 2004, Foye telah meninggal dunia. Dan sehingga ke hari ini nahas tersebut telah disenaraikan sebagai nahas paling buruk dalam sejarah negara Australia.


Tarikh nahas: 17 Mac 1957 
Jenis kapal terbang: C-47 Skytrain 
Operator: Philippine Air Force 
Tempat nahas: 22 batu dari Barat Laut Cebu City, Filipina 
Jumlah penumpang dan krew: 26 orang 
Kematian: 25 orang 
Mangsa terselamat: Nestor Mata 
Sebab nahas: Kelemahan logam

KEMALANGAN udara ini telah membunuh Presiden Filipina yang ke 7 iaitu Ramon Magsaysay dan begitu juga beberapa orang tertinggi dalam tentera. Menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat ialah seorang wartawan untuk Philippine Herald iaitu Nestor Mata. Pesawat ini berlepas dari Lapangan Terbang Lahug dan sedang menuju ke Nichols Field. Pesawat tidak mencapai altitud yang mencukupi semasa ia sedang menghampiri pergunungan di Balamban. Nestor yang duduk di baris kedua dan bersebelahan dengan compartmen Presiden apabila kemalangan itu berlaku dan beliau teringat yang berlaku satu cahaya memancar yang menggelapkan mata untuk seketika dan seterusnya dia terus pengsan.

Setelah dia sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya berada pada tebing yang curam di antara semak dan pokok-pokok. Walaupun berada dalam keadaan sakit yang amat sangat, dia mula menjerit untuk mencari presiden. Bila para petani menjumpainya, mereka telah membawanya pulang ke kawasan perkampungan sebelum mendapatkan sebuah buaian baring untuk membawanya selama 18 jam melalui kawasan yang berliku-liku. Sebaik sahaja sampai di Southern Island Hospital di Cebu, dia dirawat untuk trauma yang teruk dan kesakitan untuk kesan terbakar tahap dua dan tiga.


Tarikh nahas: 13 Januari 1995 
Jenis kapal terbang: DC-9 
Operator: Intercontinental Airlines 
Tempat nahas: Maria La Baja, 500 batu ke arah barat laut Bogota 
Jumlah penumpang dan krew: 52 orang
Kematian: 51 orang 
Mangsa terselamat: Erika Delgado 
Sebab nahas: Tidak Diketahui


KAPAL TERBANG ini telah meletup di tengah angkasa apabila juruterbangnya sedang dalam usaha untuk melakukan pendaratan kecemasan berdekatan sebuah paya tetapi telah sampai ke kawasan yang berpadang hijau dan telah meletup lalu termasuk de dalam sebuah lagun. Seorang petani berkata yang dia telah mendengar laungan meminta pertolongan dan akhirnya telah menjumpai Erika Delgado dalam timbunan rumpai laut yang menyelamatkannya dari maut. Erika berusia 9 tahun ketika itu. Dia sedang dalam perjalanan bersama-sama kedua-dua ibu bapanya dan seorang adik lelaki dari Bogota dan sedang menuju ke bandar pelancongan Carribean iaitu Cartagena.

Dia berkata kepada para penyelamat bahawa ibunya telah menolaknya keluar dari pesawat itu setelah ia terpecah dan terbakar. Dia telah dibawa ke hospital dalam keadaan yang terkejut serta patah tangan. Erika juga telah menceritakan semula bahawa seseorang telah menghampirinya tetapi telah membiarkannya dalam tangisan sebaliknya telah menarik rantai leher dari lehernya dan terus melarikan diri. Erika telah mengeluarkan satu rayuan untuk sesiapa yang mengambil rantai lehernya agar memulangkan kepadanya semula kerana itulah satu-satunya kenangan yang tinggal tentang ayahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...