Powered By Blogger

Monday, November 7, 2011

Dikatakan Pupus Tetapi Sebenarnya Tidak

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BANYAK haiwan di dunia ini yang berada dalam senarai haiwan-haiwan yang sedang mengalami proses kepupusan ataupun pupus terus. Namun ada juga andaian yang salah dibuat tentang sesetengah haiwan yang dikatakan telah pupus tapi sebenarnya masih wujud di muka bumi kita. Antara haiwan yang telah dikenalpasti masih belum pupus adalah:-

Tikus New Holland
Tikus ini ialah jenis tikus yang pertama sekali diceritakan pada tahun 1843. Namun ia telah menghilang daripada penglihatan selepas tarikh tersebut dan dianggap sebagai telah pupus sehinggalah pada tahun 1967 ia ditemui semula. Namun begitu tikus jenis ini hanya boleh ditemui di Australia. Tikus jenis ini kini disenaraikan sebagai haiwan perlindungan dan jumlah populasinya semakin mengurang dan sesetengahnya adalah disebabkan kebakaran 'Liar Ash Wednesday' pada tahun 1983 yang berlaku di Australia.

 Terror Skink
Terror Skink ataupun nama saintifiknya 'phoboscincus bocourti' telah lama dikatakan pupus sehinggalah satu spesimen telah ditemui di New Caledonia pada tahun 2003. Skink itu berukuran sekitar 50 sentimeter dan mempunyai gigi berpusing yang tajam dan tidak normal bagi seekor skink kerana mereka sebenarnya adalah haiwan omnivor. Satu lagi jenis skink yang telah berjaya ditemui ialah pada tahun 1876 juga di New Caledonia.

Cacing Tanah Giant Palouse
Cacing ini berasal dari Amerika Utara. Ia telah dianggap sebagai pupus pada tahun 1980an, namun baru-baru ini telah muncul semula. Tidak banayk maklumat yang diketahui tentang cacing tanah ini, namun maklumat yang ada adalah sangat menghairankan. Cacing tanah ini boleh membesar ke saiz 3 kaki dan jika dipegang akan mengeluarkan bau seperti bunga lili. Malahan cacing jenis ini juga dikatakan mampu untuk meludah sebagai salah satu cara ia membuat pertahanan diri melawan musuh. Cacing ini adalah satu haiwan albino.


Takahe
Takahe ialah sejenis burung yang tidak boleh terbang dan merupakan penduduk asal Pulau Selatan di New Zealand. Selepas 4 spesimen yang terakhir diambil pada tahun 1898, spesis burung ini dikatakan telah pupus. Namun setelah beberapa pencarian yang ekstensif dilakukan untuk mencari burung tersebut, ia berjaya ditemui semula berdekatan dengan Tasik De Anau pada tahun 1948. Namun kini haiwan itu sekali lagi berada di ambang kepupusan.


Pygmy Possum Pergunungan
Haiwan ini mula-mula sekali diceritakan sebagai sebuah fosil Pleistocene pada tahun 1896. Ia berjaya ditemui semula dalam keadaan hidup pada tahun 1966 dalam sebuah rumah ski di Gunung Hotham, Australia. Possum itu bersaiz seekor tikus dan dijumpai di kawasan pergunungan berbatu. Possum betinanya akan tinggal di bahagian atas pergunungan manakalan possum jantan pula akan tinggal di bahagian yang lebih ke bawah di pergunungan tersebut. Dalam usaha untuk mengawan, possum jantan akan mengembara mendaki ke atas untuk bertemu possum betina. Dalam perjalanan tersebut, mereka terpaksa melintasi sebahagian jalanraya menjadikan nyawa mereka dalam keadaan bahaya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan Australia telah membinakan mereka sebuah 'terowong cinta' di bawah laluan jalanraya tersebut.


Gracilidris
sejenis semut noktunal yang sebelum ini hanya diketahui kewujudannya melalui rekod fosil. Malahan satu-satunya fosil yang diketahui wujud tentang semut ini ialah spesimen amber. Namun semut jenis ini telah berjaya ditemui hidup pada tahun 2006 namun sehingga ke hari ini, hanya sedikit maklumat diketahui tentangnya. semut-semut ini hidup dalam koloni-koloni kecil dan akan bersarang di dalam tanah.

 Petrel Bermuda
Sejenis burung laut nocturnal yang akan membuat sarangnya di kawasan tanah. Ia telah dianggap pupus kira-kira selama 330 tahun. Ia sebenarnya ialah burung rasi bagi Bermuda dan berjaya ditemui semula dalam keadaan hidup pada tahun 1951 apabila 18 pasangan berjaya ditemui. Ia kononnya dipupuskan selepas kerajaan Inggeris tinggal di Bermuda dan telah memperkenalkan kucing, tikus dan anjing. Burung ini mempunyai bunyian panggilan yang menakutkan yang menyebabkan para pelayar dari Sepanyol percaya yang pulau tersebuta dihantui oleh syaitan. Oleh sebab itu, pihak Sepanyol tidak pernah tinggal di pulau tersebut.


Tikus Batu Laotian
Turut dikenali sebagi tikus tupai pertama sekali diketahui kewujudannya ialah pada tahun 2005 oleh seorang saintis yang telah meletakkan haiwan tersebut dalam kumpulan yang satu spesis dengannya iaitu dari jenis Laoanastidae. setahun kemudian, klasifikasi itu telah dicabut oleh orang lain yang mempercayai bahawa tikus batu itu sebenarnya ialah sebahagian daripada kumpulan keluarga Diatomyidae yang telah pupus di zaman Micene. Haiwan tersebut ialah seperti tikus gelap yang besar tetapi mempunyai ekor seperti seekor tupai. Apa yang mengejutkan ialah spesimen pertama yang ditemui ialah ketika dijual sebagai daging di sebuah pasar di Laos.


Cicak Besar La Palma
Cicak ini dikatakan telah pupus bermula sejak tahun 1500. Ia sebelumnya tinggal di La Palma di pulau Canary dan dipercayai pengenalan kucing-kucing telah menyebabkan kejutan atau kepupusannya. Namun pada tahun 2007, ia berjaya ditemui semula di lokasi asalnya walaupun kepercayaan bahawa satu-satunya cicak yang masih ada di Pulau Canary ialah di Gran Canaria.


Coelacanth
Ikan jenis ini dianggap telah pupus sejak zaman Cretaceous lagi. Namun pada tahun 1938 ia ditemui semula di beberapa lokasi di negara-negara Afrika dan ia sebahagian daripada 'Lazarus Taxon' iaitu salah satu kumpulan organisma yang telah menghilang dari rekod fosil hanya untuk muncul semula kemudiannya. Coelacanth mula-mula sekali diketahui wujud kira-kira 410 juta tahun yang lalu. Ikan-ikan ini biasanya tinggal di bawah lautan berdekatan lantai lautan namun dalam sesetengah keadaan akan berada di permukaan air. Ia diketahui pernah hidup sehingga mencecah ke 15 kaki panjang namun tidak terdapat satu pun catatan yang menunjukkan ia pernah menyerang manusia kerana ia tinggal begitu dalam sekali di laut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...