Powered By Blogger

Friday, November 4, 2011

Cara Kubur Menyambut Orang Mu'min Dan Kafir

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




DICERITAKAN dalam sebuah hadis dari Sa'id Al-Khudri ra, suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke tempat solatnya, tiba-tiba melihat orang-orang yang sedang berbicara. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Ingatlah, andaikata kamu sekelian memperbanyakkan untuk ingat kepada suatu perkara yang memutuskan kelazatan dunia, sudah tentu ingatmu sekelian itu dapat menyibukkan perkara yang saya lihat ini, iaitu memperbanyak bicara di tempat solat." Adapun yang dimaksudkan "perkara yang memutuskan beberapa kelazatan dunia" adalah maut. Sebab tidak akan datang pada suatu hari di dalam kubur, melainkan kubur itu berbicara dengan enam ucapan, iaitu kubur berkata:
Aku adalah rumah orang yang merantau.
Akulah menjadi rumah orang terpencil (seorang diri).
Aku adalah menjadi rumah orang yang susah, gelisah dan cemas.
Akulah rumah yang gelap.
Akulah menjadi rumah debu.
Akulah menjadi rumah binatang berbisa.
Apabila seorang mu'min dikuburkan dala kuburnya, maka kubur itu menyambut baik dengan ucapan "Marhaban Wa Ahlan Wasahlan, memang engkaulah bagiku sebagai orang yang lebih saya senangi dalam berjalan di permukaanku. Ketika saya telah menguasai engkau pada hari ini, dan dirimu telah kembali kepadaku, maka dirimu akan menyaksikan pekerjaanku terhadap dirimu." Kubur lalu diperluaskan seluas (sejauh) pandangan mata, dan dibukakan pintu Syurga.

Ketika seorang kafir dikuburkan dalam kuburnya, maka kubur itu menyambutnya dengan ucapan, "Laa Marhaman Wala Ahlan Wala Sahlan, ketahuilah bahawa dirimu terhadapku adalah merupakan orang yang sangat saya benci. Bagi orang yang berjalan di atas punggungku. Di waktu kamu sudah saya kuasai pada hari ini, kamu telah berada dalam perutku. Maka kamu akan mengetahui pekerjaanku terhadap dirimu." Kubur seketika menghimpit dan mengepit, sehingga tulanga rusuknya putus keluar.

Rasulullah SAW bersabda sambil mengisyaratkan jari-jarinya dengan memasukkan sebahagian jari-jari pada jari-jari yang lain. Hal itu menunjukkan bahawa menghimpitnya kubur itu sama dengan masuknya satu jari dengan jari yang lain. Setelah disambut oleh kuburnya, lalu Allah Taala mendatangkan ular sebanyak 70 ekor. Andaikata seekor ular saja mengeluarkan bisa di bumi ini, maka bumi tidak dapat menumbuhkan sesuatu tumbuhan apapun selamanya. Ular itu lalu menggigit dan mencakar hingga datangnya pengadilan di Padang Mahsyar.

Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Bahawa kubur itu merupakan satu taman dari taman-taman Syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang Neraka."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...