بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rasulullah SAW bersabda:
"Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab; "Tentulah sahaja kami suka". Maka Rasulullah SAW bersabda, "iaitu setiap isteri yang kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "inilah tanganku terserah kepadamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku. (Hadis Riwayat Thabrani)
Isteri yang solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha untuk menghilangkan kesusahan suami dan ikut serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu yang pertama di Gua Hira', dia menceritakan kepada isterinya Khadijah tentang semua suka duka yang dialaminya, supaya mendapat sokongan, bantuan dan hiburan dari isteri tercinta. Isteri yang terkenal sebagai seorang wanita Quraisy yang paling cerdas akalnya dan luhur budi pekertinya itu, sangat mengerti apa yang diharapkan oleh kekasihnya (suaminya). Dengan penuh kehangatan dan kasih sayang dia berusaha menghiburkan dan meyakinkan hati suaminya itu.
Dia pula manusia pertama yang percaya pada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dialah yang menghiburkan Rasulullah SAW ketika pulang dari Gua Hira', sedangkan pada waktu itu Rasulullah dalam keadaan ketakutan yang luar biasa. Kerana secara tiba-tiba sewaktu ia berada di Gua Hira', iaitu pada bulan Ramadhan, ia didatangi oleh malaikat yang berkata: "Hai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah!"
RASULULLAH SAW bersabda:
"Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan tanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil. Tergopoh-gapah aku masuk ke rumah menemui Khadijah, sambil berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku". Akhirnya rasa takutku beransur hilang". Aku ceritakan semuanya yang aku alami kepada Khadijah. Lalu dengan penuh rasa percaya dan mesra dia berkata: "Bergembiralah wahai sayangku! Demi Allah, Dia tidak akan menghinakanmu sedikitpun. Demi Allah sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sentiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bercakap benar, menunaikan amanah, tabah dalam menanggung musibah, suka menerima tamu, dan senang menolong orang yang ditimpa bencana". (Hadis Riwayat Thabrani)
Itulah Khadijah seorang wanita mulia, ia selalu menguatkan semangat dan meringankan beban penderitaan suaminya. Ia selalu berusaha untuk mengecilkan beban dan musibah yang sedang dialami si suami dalam perjuangan, hingga akhir hayatnya.
Khadijah mengetahui betul sifat dan akhlak kekasihnya (suaminya) baik di dalam mahupun di luar rumah. Kata-kata "bergembiralah" sebagaimana yang disebutkan di atas, adalah satu ucapan yang keluar dari lubuk hati seorang isteri yang sudah menempuh perjalanan hidup yang sangat panjang baik senang mahupun susah dengan buah hatinya. Diucapkannya kata-kata penghibur dengan penuh rasa percaya dan sukacita, kerana dia sudah melihat cahaya terang sudah mulai menghalau kegelapan.
Kemuliaan jiwa Khadijah itu, membuatkan Rasulullah SAW tidak dapat melupakan isterinya itu, sehingga ketika Khadijah sakit, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalnya. Sewaktu Khadijah sudah meninggal dunia, Rasulullah selalu mengingat dan mengenang isteri tercintanya yang berani dan tabah dalam menghadapi suka duka kehidupan. Rasulullah juga tidak dapat melupakan kasih mesra yang diberikan Khadijah, sehingga ia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

1 comment:
saya juga selalu mendambakan seorang Isteri yang sentiasa menyenangkan suami..susah senang bersama dan bukannya mencipta masalah dan kesusahan pada suami...
Post a Comment