Powered By Blogger

Friday, November 4, 2011

Ibu Pejabat MCA Disimbah Cat Merah, PAS Cuba DiKaitkan..

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


BARU-BARU ini, Ibu pejabat Parti MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah disimbah dengan cat berwarna merah. Ekoran insiden tersebut, presiden parti perkauman tersebut telah mengarahkan pihak pentadbiran parti tersebut membuat laporan polis.

Mengulas insiden tersebut, presiden parti perkauman tersebut, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak walaupun katanya wujud spekulasi mengatakan insiden itu mempunyai kaitan dengan penentangan parti tersebut terhadap perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau dipetik sebagai berkata, "Adakah ia berhubung kait dengan PAS, kita tidak tahu." Rujuk sini

Walaupun mengatakan bahawa beliau tidak mahu mengaitkan mana-mana pihak dengan insiden tersebut, jelas dari kata-kata yang keluar dari mulut beliau itu boleh difahami bahawa beliau cuba untuk mengaitkan PAS dengan insiden tersebut.

Sekiranya beliau benar-benar tidak mahu mengaitkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak termasuk PAS, beliau seharusnya tidak perlu untuk menyebut nama PAS. Bila beliau menyebut dengan jelas nama PAS, ini membawa makna yang jelas bahawa beliau menuduh PAS sebagai dalang kepada insiden tersebut.

Presiden MCA tersebut seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana kenyataan beliau tersebut boleh memburukkan imej parti PAS sedangkan kita masih belum lagi mengetahui siapa atau pihak manakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Presiden MCA itu seharusnya memohon maaf kepada PAS kerana tuduhan liar beliau tersebut dan Minda Penulis amat berkeyakinan bahawa dalam hal ini, PAS tidaklah sebegitu bodoh untuk mengambil tindakan sebegitu. 

Namun begitu, Minda Penulis kurang yakin bahawa presiden MCA tersebut akan memohon maaf kerana sebelum inipun sudah banyak kenyataan biadap beliau termasuk yang berkaitan dengan kemurnian agama Islam masih belum lagi beliau membuat permohonan maaf. Pada pendapat Minda Penulis, orang yang benar-benar biadap pasti tidak akan memohon maaf kerana beliau pastinya merasa seronok melakukan perbuatan biadap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...