Powered By Blogger

Wednesday, November 9, 2011

Awan Mengikuti Dan Menaungi Orang Yang Bertaubat

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DIRIWAYATKAN bahawa seorang tukang sembelih terpesona kepada anak gadis jirannya. Pada suatu hari gadis itu mempunyai urusan keluarganya di kampung lain. Si tukang sembelih lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemui gadis tersebut. Si tukang sembelih lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya melakukan maksiat. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang sembelih merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di pertengahan jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah kampung. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di kampung tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang sembelih itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang sembelih tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...