ARMSTERDAM: Sebuah mahkamah di Belanda baru-baru ini telah membebaskan seorang penduduk berketurunan Algeria dari tuduhan melibatkan diri dengan Jemaah Islamiah. Walaubagaimanapun beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun atas kesalahan Imigresen iaitu memalsukan pasport dan beberapa dokumen perjalanan lain yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Empat orang rakan serumahnya juga ditahan kerana dituduh merancang pengeboman ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Paris tahun lalu, walaubagaimanapun mereka dibebaskan tanpa sebarang syarat dan boleh memulakan hidup baru di Belanda sama seperti warganegara yang lain.
Idogy ketika tangkapan dibuat tidak berada di situ, namun pihak polis antarabangsa (Interpol) dapat menjejakinya dan beliau berada di Jerman semasa tangkapan dibuat untuk dibicarakan di mahkamah Belanda kerana beliau lebih lama menetap di bandar Armsterdam berbanding di Jerman.
Pihak pendakwa raya tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam aktiviti keganasan hanya disabitkan sebagai salah seorang anggota Jemaah Islamiah yang disebut oleh pentadbiran Washington sebagai salah satu kumpulan yang perlu diberi perhatian sewajarnya - Aljazeera
Komen penulis:- pihak berkuasa Belanda nampaknya lebih adil dan telus dalam melaksanakan undang-undang berbanding di Malaysia. Tertuduh dalam kes ini masih lagi diberikan hak untuk membela diri di mahkamah. Kalau di Malaysia, sudah tentu tertuduh dalam kes-kes sebegini akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa diberi peluang membela diri.
No comments:
Post a Comment