Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Sejak Bila Pula Umno Sayangkan Ulama?

MENGULAS mengenai Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 57, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa DAP dan PKR berjaya mempengaruhi PAS sehingga prinsip untuk menubuhkan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sejak sekian lama kini ditukar kepada konsep negara berkebajikan. Beliau juga turut meluahkan kebimbangan dan kesedihan beliau apabila golongan ulama tidak terpilih menjawat jawatan tinggi PAS.


"Pada mulanya saya rasa terharu dan gembira apabila saya mendengar ucapan-ucapan dari Dewan Ulama PAS, tetapi hari ini perasaan gembira itu bertukar menjadi bimbang dan sedih kerana golongan itu (ulama) dipinggirkan dan sekali gus membuang prinsip penubuhan negara Islam," - Mukhriz

PAS tetap menjadikan ulama sumber rujukan
Penulis merasa agak hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz ini. Dalam benak fikiran penulis, tertanya-tanya, sejak bila pula pemimpin Umno sayangkan ulama yang ada dalam PAS ini? Setahu penulis, selama ini, yang begitu galak menghentam dan menyerang ulama-ulama dalam PAS ini adalah terdiri dari kalangan Umno juga. Mungkin selepas ini, ada pula di kalangan pemimpin Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pula akan mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang sama dengan Mukhriz kononnya kecewa dengan kekalahan golongan ulama dalam PAS.

Selain itu juga, Mukhriz turut menyatakan bahawa Umno akan teruskan usaha untuk mengajak PAS menyertai kerjasama politik walaupun PAS menolaknya. Beliau menyatakan usaha itu akan tetap diteruskan kerana perpaduan itu adalah satu yang dituntut oleh agama.

Beliau berkata, walaupun PAS tidak mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno, tetapi usaha untuk perpaduan itu tetap Umno teruskan.

"Itu sudah menjadi tekad kita dan kita tak akan ubah pendirian kerana perpaduan itu adalah satu yang dituntut oleh agama dan kita akan tetap laksanakan," katanya.
PAS perlu berhati-hati dengan permainan Perpaduan yang dimainkan oleh Umno

Terpulanglah pada Umno samada nak teruskan atau tidak usaha mereka itu. Pada pandangan penulis, kenyataan Mukhriz tersebut tidak lebih dari kenyataan politik. Penulis berpandangan dalam soal ini, Umno tidak ikhlas untuk mengajak PAS bersatu. Pada pandangan penulis juga, agenda Umno tersebut bukannya berpaksikan kepada tuntutan agama tapi tidak lebih hanya untuk mempertahankan survival politik Umno sahaja yang sekarang ini dilihat semakin kehilangan sokongan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...