Powered By Blogger

Sunday, June 5, 2011

Muktamar PAS ke 57: PAS Kekal Mantap, Umno/BN Makin Gusar

KETUA menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilaporkan mendakwa PAS gadai prinsip negara Islam. Dakwaan tersebut dibuat oleh beliau ekoran PAS meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan. Beliau juga turut mengeluarkan andaian mengatakan kemungkinan PAS akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (PAS) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa.

Beliau turut dilaporkan berkata "Rakyat kini sudah boleh menilai PAS berjuang bukan kerana Allah tetapi PAS berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN. PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi menyakinkan rakyat untuk menolak BN dan ini apa yang sedang mereka (PAS) lakukan,"

Mohd Ali juga turut mengulas mengenai kemenangan Mohammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Mohd Ali berkata kemenangan Mohamad telah mengetepikan pemikiran ulama dalam PAS dan ini akan menguatkan lagi bahawa mereka tidak akan mengguna pakai prinsip kerajaan Islam lagi.

"Mereka kata kita (BN) sekular tapi pemilihan Muktamar (PAS) kali ini jelas menunjukkan mereka telah menolak ulama...demi kekal berkuasa dalam Pakatan Rakyat mungkin PAS akan jadi parti sekular juga," katanya

Selain Mohd Ali, turut bermurah hati memberikan pandangan adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menyifatkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar PAS ke 57 ini sebagai hilangnya kepimpinan ulama

"Kita tidak terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan tetapi apa pun dalam PAS sudah mula hilangnya taring ulama dalam kepimpinan parti itu dan ini sesuatu yang malang dalam PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pasir Mas. 

Di Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meramalkan PAS akan ditinggal oleh orang ramai yang menyokong parti itu berikutan keputusannya meninggalkan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangannya selama ini.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pendirian PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai komitmen yang kuat dan jitu dalam perjuangan mereka.

Dasar PAS ini amat berbeza dengan Umno, walaupun Umno bergabung dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional tetapi parti itu tidak pernah mengadai prinsip perjuangan mereka untuk membela Melayu dan Islam, katanya.

Menurutnya PAS dilihat hanya mahu mengejar kuasa dan kerana itu sanggup menukar pendirian mereka hanya kerana mahu mendapatkan sokongan orang bukan Islam.


Komen penulis:- Dakwaan Mohd Ali Rustam adalah tidak benar sama sekali dan penulis beranggapan apa yang didakwa oleh Mohd Ali hanyalah bersifat kenyataan orang yang tidak faham konsep. Pada pandangan penulis, PAS tidak menggadaikan matlamat negara Islam walaupun parti tersebut telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan. Ini adalah kerana, kebajikan adalah merupakan salah satu tuntutan Islam tidak kiralah kepada siapa waima kepada masyarakat bukan Islam sekalipun. 

Andaian Mohd Ali yang mengatakan kemungkinan PAS akan akan kata negara Islam sudah tidak relevan lagi mungkin mereka (PAS) akan kata Malaysia perlu jadi negara sekular dengan mengeluarkan macam-macam fatwa adalah merupakan satu andaian dari seorang yang mempunyai penyakit sakit hati dan dengki. Adalah tidak masuk akal sama sekali PAS akan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Penulis walaubagaimanapun boleh bersetuju bahawa rakyat kini boleh menilai PAS. Namun demikian penilaian rakyat tidak sama dengan penilaian yang dibuat oleh Mohd Ali. Beliau juga perlu sedar bahawa rakyat juga kini boleh menilai Umno/BN kerana perjuangan Umno/BN adalah teramat jauh dari perjuangan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah SWT sebaliknya perjuangan Umno/BN adalah perjuangan untuk mengekalkan kuasa dan menambahkan kekayaan pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni Umno/BN. Mereka (Umno/BN) juga akan mengeluarkan berbagai-bagai cerita dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat termasuklah fitnah seks dan inilah yang sedang dilakukan oleh Umno/BN.

Mengenai ulasan Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkenaan kemenangan Haji Mohammad Sabu pula, sebenarnya tidak timbul langsung soal PAS sudah mengenepikan golongan ulama dan juga tidak timbul soal ulama hilang taring. Ini adalah kerana ulama masih lagi menerajui kepimpinan tertinggi dalam parti, contohnya jawatan Presiden masih lagi dipegang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sudah pasti jawatan Mursyidul Am PAS akan kekal dipegang oleh golongan ulama sampai bila-bila pun. Disamping itu juga, golongan yang beraliran agama itu juga masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting dalam parti. Soal jawatan Timbalan Presiden yang kini dipegang oleh Mohammad Sabu itu bukanlah satu permasalahan kerana dalam PAS, samada golongan ulama, profesional mahupun aktivis, masing-masing mempunyai peranan untuk sama-sama memperkasakan parti dan lebih-lebih lagi untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam dengan Islam. Kemenangan Mohamad Sabu dan beberapa orang pemimpin yang bukan dari aliran agama bukan bererti PAS sudah menolak ulama dan yang pastinya PAS sama sekali tidak akan mengambil dasar sekular sebagai dasar perjuangan parti.

Penulis juga menolak ramalan yang dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Penulis melihat dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang ini, rakyat akan tetap menyokong parti PAS. Bagi penyokong-penyokong PAS, tidak ada apa yang hendak digusarkan kerana walau siapa sekalipun pemimpin yang dilantik, selagimana pemimpin-pemimpin tersebut tidak mengkhianati amanah rakyat, maka rakyat akan terus kekal memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Jika adapun yang dilaporkan meninggalkan parti, golongan tersebut bukanlah dari golongan yang mempunyai pendirian yang tetap ataupun mereka itu terdiri dari golongan yang hanya menyamar sebagai penyokong-penyokong PAS dan golongan tersebut sebenarnya hanyalah segelintir sahaja dan sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan PAS.

Mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin pula, penulis ingin nyatakan bahawa PAS tetap istiqomah dalam perjuangan parti dan PAS akan tetap dengan komitmen semenjak dari awal penubuhannya untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia. Dakwaan Khairy yang mengatakan Umno tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan mereka untuk membela Melayu dan Islam adalah satu dakwaan yang bercanggah dengan kenyataan sebenar. Banyak bukti Umno menggadaikan prinsip perjuangan mereka untuk membela melayu dan Islam, contohnya apa yang telah Umno lakukan kepada rakyat Kelantan yang sehingga kini dilihat masih lagi disisihkan oleh kerajaan pusat walaupun majoriti rakyat Kelantan adalah melayu Islam.

Dakwaan Khairy yang mengatakan PAS hanya mahu mengejar kuasa sama sekali tidak berasas dan dilihat sebagai satu dakwaan lucu. Kenyataannya jika benar PAS mahu mengejar kuasa pemerintahan, untuk apa PAS menyertai Pakatan Rakyat yang masih belum pasti akan memerintah pusat. Bukankah lebih baik PAS menyertai Umno dalam Barisan Nasional. Dan jika benar PAS inginkan kuasa, sudah pasti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menolak sekurang-kurangnya lima kali tawaran untuk memberi tiga jawatan menteri dari beberapa pimpinan Umno.

Apa yang pasti penulis melihat kini hasil dari pemilihan dalam Muktamar PAS yang ke 57, PAS tetap kekal mantap dan Umno serta BN semakin gusar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...