Powered By Blogger

Tuesday, October 18, 2011

Aktivis Jamaat Dihukum Mati

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Moulana Delwar Hossain Sayedi
DHAKA: Mahkamah Tinggi Bangladesh dalam kenyataannya pada Isnin 10 Oktober lalu, memutuskan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemimpin Jamaat-e-Islami negara itu, merangkap ketua Parti Islam Pembangkang, Moulana Delwar Hossain Sayedi yang dituduh terlibat dalam kancah peperangan melibatkan pemisahan antara Pakistan dan Bangladesh pada 1971.

Moulana Delwar Hossain Sayedi, 71, walaubagaimanapun membantah keputusan yang dibacakan di hadapannya kerana beliau mengaku tidak bersalah. Walaupun sedia menerima hukuman gantung, beliau mempertikaikan keputusan itu yang menyifatkannya sebagai tidak adil kerana mahkamah gagal mengemukakan bukti yang beliau bersalah terlibat dalam perang saudara yang membawa kepada pemisahan Pakistan-Bangladesh.

Parti Islam terbesar di Bangladesh
Jamaat-e-Islami yang merupakan sebuah parti politik Islam terbesar di Bangladesh ketika ini, disabitkan menentang kemerdekaan Bangladesh daripada Pakistan dan bertempur bersama dengan tentera Pakistan untuk memisahkan wilayah yang kemudian menjadi Pakistan Timur, yang dikenali sekarang sebagai Bangladesh.

Tuduhan ke atas Moulana Delwar Hossain Sayedi bukanlah perkara baru dalam sejarah Bangladesh, kerana beliau telah didahului dengan ribuan pimpinan Jamaat-e-Islami yang dipenjara tanpa bukti seperti Maulana Motiur Rahman Nizami dan Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami, Ali Ahsan Mujahid yang disabitkan dengan kesalahan yang sama.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri Bangladesh, Maulana Delwar Hossain Sayedi bukanlah orang pertama menjalani hukuman seumpama itu, malah terdahulu daripadanya di kalangan pimpinan tertinggi Jamaat-e-Islami yang dituduh melakukan kesalahan yang sama, malah akan ada lagi individu yang dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima nasib yang sama.

Peguambela Moulana Delwar Hossain Sayedi, Tajul Islam walaubagaimanapun menolak dakwaan itu dan mendakwa ia sebagai satu unsur politik untuk menyekat pengaruh Jamaat-e-Islami yang semakin dapat diterima di kalangan rakyat yang mula menampakkan kebencian mereka kepada parti pemerintah iaitu Parti Nasionalis Bangladesh yang sejak akhir-akhir ini merancang pelbagai pendekatan untuk menyekat kemaraan parti Islam itu. - Alsahaab

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...