بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TIDAK lama selepas pembunuhan terhadap Hassan Al-Banna, terjadilah penangkapan besar-besaran terhadap anggota Ikhwanul Muslimin oleh Rejim Masser, yang beliau waktu itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Ketua Dewan Revolusi Mesir. Anggota Ikhwanul Muslimin yang ditangkap ketika itu seramai 10,000 anggota dan seluruhnya dimasukkan ke dalam penjara, termasuk mereka yang berjasa dalam peperangan menentang Ingeris di Suez.
Baru 20 hari sejak penangkapan besar-besaran itu, terdapat 1,000 orang tahanan Ikhawanul Muslimin yang gugur syahid akibat seksaan dan penganiyaan dan 6 orang yang dijatuhi hukuman mati.
Di antara anggota-anggota Ikhwanul Muslimin yang ditangkap dan ditahan di dalam penjara itu adalah Hakim Dr. Abdul Qadir audah, Muhammad Faraghali dan Sayyid Quthub. Para tahanan itu tidak sedikit yang dijatuhi hukuman penjara antara 15 tahun sehingga seumur hidup, dan juga hukuman mati, dan kerja paksa memotong dan memecah batu-batu di gunung-ganang. Mereka yang membangkang mogok tidak mahu kerja paksa kemudiannya ditembak. Pernah kejadian yang mogok itu ditembak sekaligus 22 orang dalam penjara mereka. Kejadian itu pada tahun 1977.
Adapun Sayyid Quthub, beliau pernah dihebahkan oleh pihak Inggeris, barangsiapa yang dapat menangkapnya akan mendapat hadiah 2000 Pound Sterling.
Sayyid Quthub dilahirkan pada tahun 1903 di Musha, sebuah kota kecil di Asyut, Mesir. Beliau telah hafal Al-Quran 30 Juz sejak masih kanak-kanak. Meraih gelaran sarjana dalam tahun 1933 dari Universiti Kaherah, kemudian bekerja pada Kementerian Pendidikan. Oleh Kementerian Pendidikan, beliau dikirim untuk belajar di Amerika Syarikat selama dua tahun.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, beliau ke Inggeris, Swis dan Itali. Sekembalinya dari luar negara beliau menyatakan keyakinannya bahawa Mesir harus membebaskan diri dari kebudayaan asing yang negatif dan merosak keperibadian Islam serta ketimuran itu.
Beliau adalah seorang penyair dan sasterawan yang hasil karyanya diperhatikan orang. Pada tahun 1946 beliau menulis buku berjudul Al-'Adatul Ijtima'iyah Fil Islam (Keadilan Sosial Di Dalam Islam). Buku ini amat popular dan cemerlang sehingga menjadikan beliau termasyhur. Apalagi setelah buku ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa., beliau benar-benar seorang tokoh yang berwawasan. Terutama buku ini sebagai jawapan dari sikap Nasser yang mengumandangkan Sosialisme Arab itu.
Sebenarnya Sayyid Quthub ditahan jauh sebelum peristiwa "Sandiwara Penentangan" terhadap Nasser tanggal 26 Oktober 1954, iaitu dua hari selepas Ikhwanul Muslimin diharamkan oleh Nasser. Adapun kesalahan beliau yang paling banyak ialah kerana beliau mengarang dan menulis beberapa buku yang bersifat semangat Islam. Selain "Keadilan Sosial Dalam Islam", juga buku "Mu'alimut Thar" (Tonggak-Tonggak Jalan yang isinya menolak kebudayaan jahiliyah moden dalam segala bentuk dan praktiknya.
Kekejaman terhadap para tahanan dan terhadap beliau dari penguasa Mesir tidak terkira. Melebihi Nazi Jerman.
Hal ini telah diungkapkan oleh para bekas tahanan yang kemudian selamat kembali kepada keluarga mereka. Mereka banyak berkisah tentang kekejaman penguasa zaman Raja Farouk mahupun oleh pemerintah Nasser. Ramai para bekas tahanan itu yang bercerita sambil bercucuran air mata bila teringat kawan-kawannya yang mati diseksa dan dbantai di hadapan mata kepala mereka sendiri. Hukuman cambuk, cucian otak dengan alat-alat elektronik sehingga para korban menjadi hilang akal dan sebagainya.
Bermacam-macam tududhan yang dilontarkan. Tuduhan palsu, fitnah yang dibuat-buat, yang kesemuanya itu tidak ada kesempatan bagi para anggota Ikhwan untuk membela diri. Mereka tetap mengatakan Ikhwanul Muslimin salah, mengkhianati negara dan bangsa dan sebagainya serta tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.
Adik Saiyyid Quthub yang bernama Muhammad Quthub meninggal dalam penjara. Dan Saiyyid Quthub sendiri dibebaskan oleh penguasa pada tahun 1964 atas usaha Presiden Iraq, Almarhum Abdus Salam Aref. Selepas dari tahanan ini, keluarlah buku beliau berjudul "Tonggak-Tonggak Islam", sehingga pada bulan Ogos 1965 beliau ditangkap dan ditahan lagi bersama 46,000 anggota Ikhwanul Muslimin.
Ketika beliau di mahkamah pada tahun 1954 juga berkata: "Apabila tuan-tuan menghendaki kepada saya, inilah aku dengan kepalaku di atas tapak tanganku sendiri!"
Pada bulan Ogos 1966, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman gantung kepada tokoh Ikhwanul Muslimin termasuk beliau. Dengan sebuah senyuman pada hari Isnin, di waktu fajar menyinsing tanggal 29 Ogos 1966, beliau meninggal dunia di tali gantung sebagai jalan untuk menemui Allah.
Demikianlah hukum yang terjadi di dunia ini. Yang benar belum tentu menang dan yang salah belum tentu kalah. Namun pada mumnya yang berkuasa itulah yang dibenar-benarkan, kerana pihak yang tidak mendapat kesempatan untuk berbicara kerana bukan penguasa, walau tidak berkuasa berkata bahawa dirinya benar. Dan Nasser merasa dirinya di pihak yang benar sehingga Ikhwanul Muslimin dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Padahal setiap kali Mesir ditimpa bahaya, penguasa selalu minta tolong kepada para anggota Ikhwanul Muslimin untuk tampil ke hadapan membela tanah air, tetapi setelah keadaan aman, Ikhwanul Muslimin dijauhkan dari kebenaran, diketepikan, dianggap sebagai organisasi yang najis dan ekstrim.
Demikianlah nasib para pejuang dalam membela kebenaran, bahawa risiko yang dihadapinya tidak sedikit dan bahkan sering membawa korban, diseksa, dianiaya dan demikian itulah cara Allah untuk mengetahui keimana dan ketaqwaan seseorang. Dengan demikian, jelaslah bahawa siapa saja yang tidak mahu berjuang untuk membela kebenaran adalah orang yang lemah mentalnya, dan akan mendapat seksa di akhirat nanti.

No comments:
Post a Comment