بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
AKHBAR Utusan Malaysia menuduh PAS sebagai punca kegagalan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN). Ini adalah kerana dakwa akhbar milik BN itu, keengganan PAS untuk menyertai perhimpunan tersebut menyebabkan ramai penyokong PAS tidak menghadiri perhimpunan tersebut walaupun PAS telah menjelaskan pendirian tersebut adalah sebagai menghormati pendirian penganjur himpunan tersebut yang tidak mahu perhimpunan tersebut dimasuki unsur-unsur politik.
Mungkin Utusan terlupa bahawa bukan sahaja PAS, tetapi UMNO juga mengambil pendirian untuk tidak menyertai himpunan tersebut atas alasan yang sama atau Utusan hanya nampak kuman di seberang laut tapi tidak nampak gajah di depan mata. Dengan pendirian UMNO yang sama dengan pendirian PAS kenapa tidak Utusan menuduh UMNO bersekongkol dengan PAS untuk menggagalkan himpunan tersebut?

Kita tidaklah hairan sangat dengan perangai Utusan ini kerana memang dah diketahui sejak sekian lama, akhbar Utusan ini tidak boleh dipakai kerana pada realitinya akhbar ini sebenarnya tidak pernah mengambil endah dengan permasalahan umat Islam terutamanya dalam persoalan akidah. Apa yang penting bagi akhbar ini adalah mengampu tuannya dan soal keduniaan semata-mata.
Tapi tak mengapalah sebab dah memang itu perangai dan akhlak Utusan sejak sekian lama (bukan sejak asal). Apa yang penting sekarang, masyarakat Islam kita tidak terjebak dengan tipu daya dan helah kotor akhbar ini.
No comments:
Post a Comment