Powered By Blogger

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah Diisytiharkan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke 14


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SULTAN Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah diisytihar sebagai yang Yang Di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011, manakala Sultan Kelantan pula sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong - sumber Bernama.

Dengan pengisytiharan tersebut, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi sultan yang diangkat menjadi Yang Di-Pertuan Agong dua kali dalam sejarah Malaysia.

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Info berkenaan tentang Sultan kedah ialah:
1) Mencemar duli menziarah makam As-syahid ustz Ibrahim Libya dan sahabatnya ketika Umno memfitnah mereka sebagai sesat.
2) Menganugerahkan gelaran Datuk pada ustaz Fadzil Noor walaupun tiada jawatan dalam kerajaan
3) Terbang menziarahi kematian Datuk Fadzil dari kedah ke kuala lumpur dan hingga dikebumikan
4) Tidak melayan tuntutan Umno ketika berhimpun di Istana Anak Bukit.
5) Pernah menjadi Agong ketika Tun Razak (kini Najib Razak).
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:- Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.


Sultan Muhammad ke-V



Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V (lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelumnya baginda bergelar Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra.

Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah. Sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pemangku Sultan pada ketika itu, Baginda telah mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri. 3 pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan telah digantung tugas bagi memudahkan siasatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...