بِسْــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dimaklumkan secara umumnya lebih 70 peratus gerai di Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis, sudah diisi peniaga.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dua premis itu turut menitikberatkan aspek keselesaan untuk peniaga.
"Pemindahan peniaga ke Bazar Tok Guru yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kini menjadi rebutan di kalangan peniaga.
Malah, gerai disediakan untuk peniaga di Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis mengambil kira aspek keselesaan selain bangunan premis perniagaan itu dilengkapi lif," katanya pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Darul Naim, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN - Kuala Balah) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri sudah mengadakan 'Feasibility Study' (kajian kebolehlaksanaan) sebelum melaksanakan projek seperti Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis yang menemui kegagalan.
Soalan sama turut diajukan Abdul Aziz yang mahu mengetahui langkah kerajaan negeri mencari penyelesaian supaya dua projek itu dapat diselamatkan dan berdaya maju.
Takiyuddin bagaimanapun menyangkal soalan itu kerana menganggapnya tidak relevan memandangkan dua premis berkenaan semakin mendapat sambutan daripada peniaga.
Malah katanya, peniaga diarahkan berpindah ke Bazar Tok Guru turut diberikan keistimewaan dengan pengecualian bayaran sewa setahun untuk operasi di gerai tingkat bawah, manakala dua tahun bagi gerai di tingkat dua dan tiga tahun untuk gerai di tingkat tiga bangunan itu.
Katanya, isu perpindahan peniaga di Bazar Tok Guru yang mencetuskan kontroversi kerana wujudnya campur tangan pihak tertentu dengan cuba menghasut peniaga supaya tidak berpindah dari tempat lama iaitu di Pasar Besar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

No comments:
Post a Comment