بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MENTERI Belia Dan Sukan di dakwa telah membantu seorang peninju warga Israel, Ilya Grad untuk masuk ke Malaysia bagi menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk siaran stesen TV AXN.
Sehubungan dengan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel berkenaan. Rujuk sini
Di samping itu juga PAS menuntut agar menteri terbabit disiasat dan digantung tugas kerana isu ini melibatkan isu jenayah keselamatan. Rujuk sini
Semua rakyat Malaysia tahu bahawa, kemasukan warga Israel ke Malaysia adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan khas dari Menteri. Dalam konteks ini, menteri yang dimaksudkan boleh memberi kelulusan khas adalah Menteri Dalam Negeri.
Minda Penulis tidak nampak, apakah keperluan penting yang yang membolehkan warga Israel itu memasuki Malaysia dengan kebenaran khas. Minda Penulis juga tidak nampak, di bawah kuasa apakah Menteri Belia Dan Sukan boleh membenarkan atlit dari Israel itu memasuki Malaysia.
Dalam soal ini, Minda Penulis berpendapat, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan juga Menteri Belia Dan Sukan terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kerana isu ini adalah suatu isu yang besar yang mana semua kita tahu Malaysia tidak mengiktiraf negara haram tersebut.
Kita rakyat Malaysia yang amat bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, tidak mahu apa yang dihajatkan oleh peninju tersebut iaitu untuk mengibarkan bendera negara haram tersebut di Malaysia daripada berlaku.
No comments:
Post a Comment