بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
UMAR ABDUL AZIZ adalah seorang hafiz, mujtahid, zuhud dan juga sebagai Amirul Mu'minin. Beliau merupakan khalifah kelima setelah masa Khalifah al-Rasyidin.
Dikisahkan bahawa di waktu kecil, dia pernah menangis. Lalu ibunya bertanya: "Mengapa kamu menangis, wahai Umar anakku?" Maka Umar menjawab: "Saya ingat mati." Mendengar ungkapan puteranya itu, ibunya pun turut menangis. Ketika itu Umar telah menghimpunkan ayat-ayat Al-Quran.
Isterinya, Fathimah pernah berkata: "Memang ramai orang yang solat dan puasanya melebihi ketekunan Umar suamiku, tetapi aku tidak temui orang yang paling takut kepada Tuhannya melebihi suamiku, Umar Abdul Aziz. Bila masuk rumah, dia segera bertimpuh di tempat solatnya dan menangis tersedu-sedu bermunajat kepada Allah, hingga tertidur dan bangun dari tidurnya. Begitulah yang dikerjakan bila malam telah larut hingga fajar menyinsing."
Dalam khutbah terakhir yang disampaikannya, Umar berkata: "Di tangan kalian terdapat harta rampasan. Kelak akan ditinggalkan oleh generasi masa kini sebagaimana telah ditinggalkan generasi terdahulu.
Tidakkah engkau tahu, bahawa setiap hari mulai terbit hingga tenggelamnya matahari, selalu kalian menghantar jasad yang beku, dan kalian semayamkan dikegelapan perut bumi tanpa tikar ataupun bantal.
Jasad yang beku, ia tanggalkan segala kemewahan dan perhiasan keduniaan, berupa harta, takhta, isteri jelita, sanak saudara dan pangkat. Kini dia terbaring tiada berdaya, kepadanya datang malaikat yang siap menghisab amal perbuatannya di dunia. Dalam kedudukannya yang demikian, ia tidak memerlukan lagi apa yang telah ditinggalkannya di alam fana, namun yang dinantinya adalah simpanan amal kebajikan yang pernah dikerjakannya.
Demi Allah, ini kukatakan bukan semata-mata untuk menakutkan kalian! Aku sama sekali tidak tahu menahu isi lubuk hati kalian melebihi pengetahuanku tentang diriku sendiri."
Kemudian Amirul Mu'minin Umar Abdul Aziz menarik hujung bajunya dan mengusapkan di kedua matanya, sejenak kemudian menangis tersedu dan meninggalkan mimbar. Sejak peristiwa itu, Umar Abdul Aziz tidak pernah keluar dari rumahnya hingga menjelang wafatnya.
Abdus Salam, sahaya Musallamah bin Abdul Malik berkata: "Suatu ketika Umar Abdul Aziz menangis, lalu Fathimah bertanya, "Amirul Mu'minin, mengapa anda menangis?" Umar menjawab, "Ya Fathimah, aku teringat pada persimpangan golongan manusia kelak di hadapan Allah, ada yang masuk syurga dan ada pula yang ke neraka."

No comments:
Post a Comment