Powered By Blogger

Monday, October 10, 2011

Doakanlah Kedua Ibu Bapamu

بِسْــــمِ ا الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
   اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

”Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.…tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.. …InsyaAllah, rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahu Akbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...