بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hiasan sahaja |
Orang itu berkata: “Ya Amirul Mu’minin, sesungguhnya anakku ini pernah mengalami kejadian yang menakjubkan, iaitu ia terpendam dalam tanah selama sembilan bulan. Kemudian dengan kuasa Allah SWT ia hidup kembali di permukaan bumi.”
Umar terkejut mendengar cerita tersebut. Kemudian ia berkata: “Apa yang sedang engkau ucapkan?”
Orang itu menjawab: “Ketika anak ini berada dalam kandungan ibunya, aku berhasrat pergi belayar. Sebelum berangkat, aku berwudhu’ dan menunaikan solat dua rakaat dan setelah itu aku berdoa: Tuhanku, aku serahkan anakku yang ada dalam perut ibunya ini kepada Engkau dan serahkanlah kepadaku dengan selamat bila aku kembali kelak.”
“Kemudian aku belayar selama sembilan bulan. Ketika aku pulang dari belayar, dikhabarkan kepadaku bahawa isteriku telah meninggal dunia. Dengan air mata yang berlinang dan perasaan yang pilu aku pergi ke kuburnya. Aku merasa hairan, kerana mendengar suara yang datangnya dari dalam kubur isteriku itu, sehingga aku mengambil keputusan untuk menggalinya.”
“Ketika kubur itu digali maka terlihatlah mayat isteriku telah busuk dan hancur kecuali susunya masih tetap dalam keadaan sempurna dan di saat itu anakku sedang menyusu. Akhirnya aku selamatkan anakku dan aku berkata: Ya Tuhanku, Engkau telah mengurniakan kepadaku dengan mengembalikan anakku ini. Maka jika Engkau kembalikan pula isteriku, alangkah besarnya kurnia Mu kepadaku.”
“Tiba-tiba terdengar suara tanpa wajah (Hatif) berkata: Engkau dahulu telah menyerahkan anakmu kepada Allah, maka sekarang Ia kembaliakan kepadamu. Seandainya dulu engkau juga menyerahkan isterimu, sudah tentu sekarang akan dikembalikan Nya pula seperti Allah mengembalikan anakmu dengan selamat.”
No comments:
Post a Comment