Powered By Blogger

Tuesday, October 25, 2011

Berhentilah Merapu Wahai Mashitah..

 بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEBENARNYA laporan yang Minda Penulis siarkan di bawah adalah laporan berita dari Malaysiakini yang telah disiarkan sudah agak lama, tapi Minda Penulis siarkan kembali sebagai peringatan kepada umum bahawa siapakah yang sebenarnya tidak mempunyai kesungguhan untuk membenteras gejala murtad di kalangan umat Islam. Minda Penulis berikan peringatan ini kerana dalam akhbar Utusan hari ini, Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah membuat tuduhan dan tohmahan (fitnah) bahawa PAS menolak akta hudud.


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamanya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktiviti aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. - Malaysiakini

Sebagai menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh Mashitah, Minda Penulis ingatkan di sini bahawa adalah tidak masuk akal bagi pihak yang memperjuangkan untuk melihat perlaksanaan hukum syariat supaya dapat ditegakkan di negara ini, menolak akan akta untuk menghalang gejala murtad. Ini  adalah kerana di dalam hukum hudud, Qisas dan Ta'zir itu sendiri telah memperuntukkan tindakan serta hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah murtad. Jadi pada pandangan Minda Penulis, tohmahan Mashitah tersebut tidak lebih dari satu percubaan jahat beliau untuk menghodohkan wajah PAS pada pandangan mata umat Islam.

Mashitah seharusnya menghentikan tindakan bodoh beliau untuk membodoh-bodohkan umat Islam kerana umumnya masyarakat negara ini termasuk umat Islam sudah mempunyai cukup kematangan untuk membuat penilaian. Tak perlulah Mashitah terus-terusan menunjukkan kebodohan diri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh kerana masyarakat sekarang tidak mudah untuk tertipu. Dalam isu ini, kalau adapun yang masih lagi boleh tertipu dengan tuduhan Mashitah itu, mereka itu adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...