بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TERUJA juga Minda Penulis bila kerajaan Malaysia yang diperintah oleh UMNO-BN mengatakan ingin mewujudkan suatu akta untuk mencegah atau mengatasi gejala murtad di kalangan umat Islam negara kita.
Satu tindakan yang sepatutnya sudah lama difikirkan oleh kerajaan memerintah kerana gejala ini sesungguhnya telah sekian lama berlaku di kalangan umat Islam negara kita sehinggakan ianya pernah didedahkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria namun ketika perkara ini didedahkan oleh mufti terbabit, pendedahan tersebut dipandang ringan oleh pemerintah dan dianggap sebagai suatu situasi yang tidak membimbangkan.
Namun begitu, Minda Penulis ucapkan tahniah kepada kerajaan memerintah yang diterajui oleh sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam kerana baru tersedar dari lena dan baru menyedari bahawa gejala murtad di kalangan umat Islam bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan walaupun jumlah yang terlibat boleh disifatkan sebagai jumlah yang kecil sekalipun. Tahniah juga kerana kerajaan memerintah baru sedar bahawa peri pentingnya melakukan suatu tindakan untuk mencegah gejala murtad ini dari berleluasa.
Namun begitu dalam keghairahan kerajaan memerintah untuk mewujudkan akta ini, Minda Penulis rasa kerajaan memerintah perlu memberi penjelasan kepada masyarakat, di bawah perundangan manakah akta ini akan dimasukkan. Adakah di bawah perundangan sivil atau perundangan syariah?
Minda Penulis bukannya arif sangat dalam soal perundangan sivil ini tapi, Minda Penulis terfikir, adakah boleh akta murtad ini diletakkan di bawah perundangan sivil? Sekiranya ada yang mengatakan boleh, apakah bentuk hukuman dan tindakan yang bakal dikenakan ke atas pesalah-pesalah murtad ini?
Sebaliknya, jika akta murtad ini hendak dimasukkan ke dalam perundangan syariah, Minda Penulis bersetuju dan rasa amat sesuai kerana Minda Penulis rasa semua sudah jelas bahawa ianya telahpun digariskan di dalam Al-Quran. Dan ingin Minda Penulis ingatkan bahawa Allah SWT telah menetapkan hukuman dan tindakan ke atas pesalah murtad ini di bawah ‘HUKUM HUDUD’.
Minda Penulis tidak pasti samada kerajaan memerintah sedar atau tidak bahawa hukuman dan tindakan ke atas pesalah murtad ini telah dimasukkan ke dalam draf Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan selaras dengan perintah Allah SWT dan telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS tapi masih belum dapat dijadikan undang-undang kerana terdapat halangan dari kerajaan persekutuan.
Begitu juga dengan Terengganu. Sebaik sahaja PAS mengambil alih pentadbiran negeri dari UMNO-BN pada tahun 1999, Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Terengganu segera di bentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diluluskan serta sempat untuk dijadikan undang-undang dan perlu dijelaskan bahawa di dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Terengganu juga terdapat peruntukan bagi kesalahan murtad dan ianya juga selaras dengan perintah Allah SWT sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran.
Mungkin kerajaan memerintah tidak perasan dengan peruntukan bagi kesalahan murtad yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu kerana kerajaan memerintah mungkin hanya nampak hudud ini hanyalah hukuman bagi kesalahan mencuri dan zina sahaja. Dan kerana itulah apabila bicara soal hudud ini apa yang sering keluar dari mulut pemerintah dan penyokongnya hanyalah potong tangan, sebat dan rejam sahaja. Mungkin hanya itu yang ada dalam kotak fikiran pemerintah dan para penyokong setia mereka.
Jadi dengan adanya Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu yang turut memasukkan murtad sebagai salah satu kesalahan, maka rasanya cadangan kerajaan memerintah negara untuk mewujudkan akta murtad ini agak ketinggalan zaman. Maksud Minda Penulis, bukannya akta itu yang ketinggalan zaman, tetapi yang ketinggalan zaman pada pandangan Minda Penulis adalah cadangan tersebut yang baru nak terlintas dalam fikiran kerajaan memerintah.
Namun begitu tidak mengapalah. Walaupun agak ketinggalan, namun setidak-tidaknya ada juga kesedaran timbul dalam diri kerajaan memerintah. Jadi sekiranya benar-benar kerajaan memerintah ini ikhlas untuk mewujudkan akta murtad ini, Minda Penulis rasa tidak adalah kewajaran bagi kerajaan memerintah untuk menentang perlaksanaan hukum hudud kerana jenayah murtad adalah salah satu elemen dalam hukum hudud. Sekiranya kerajaan memerintah masih lagi tetap untuk menentang hukum hudud ini bermakna kerajaan memerintah sebenarnya tidak ikhlas untuk membenteras gejala murtad ini. Dan apa yang nyatanya kerajaan memerintah ini tidak mengikhlaskan segala perbuatan dan perancangan kerana Allah SWT.
Jadi kepada Dr Mashitah Ibrahim, rasanya tuduhan bahawa PAS menentang akta murtad ini sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ini nyata tidak tepat dan sama sekali tidak benar. Sekiranya PAS menentang akta murtad sebagaimana yang ditohmahkan oleh Mashitah, sudah tentu dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu tidak akan ada peruntukan mengenai kesalahan murtad. Di samping itu juga, PAS sudah berkali-kali (tidak kurang dari tiga kali) membawa usul di Parlimen untuk mewujudkan satu undang-undang pencegahan murtad tapi kesemua usul tersebut ditolak.
Jadi rasanya, memang sudah tiba masanya kerajaan memerintah dan segala bala tenteranya berhenti dari cuba untuk menghodohkan wajah PAS sebagai sebuah wadah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam di negara ini. Sekiranya perbuatan jahat kerajaan memerintah dan segala bala tenteranya itu diteruskan maka akan semakin hodohlah wajah kerajaan memerintah yang kini sudah sedia dalam keadaan hodoh pada pandangan mata masyarakat.

No comments:
Post a Comment