Powered By Blogger

Wednesday, October 12, 2011

Rakyat Mahukan Komitmen Tinggi Bukannya Alasan

بِسْــــمِ االرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KERAJAAN Persekutuan pada 5 Oktober baru-baru ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 melalui undian yang mana ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua.

Hak kaum melayu di Kg Baru digadai oleh pemimpin yang sebangsa
Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius".

Mengulas kegagalan untuk membantah pelaksanaan rang undang-undang tersebut yang telah dicadangkan dan dibentangkan di Parlimen itu, Naib Presiden Parti Keadilan, Tian Chua dilaporkan berkata bahawa, selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

"Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu."

Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut.

"Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua.

Salah satu warisan Kg Baru yang bakal hilang
Minda Penulis berpandangan dalam hal yang membabitkan kepentingan rakyat ini, mencari dan memberi alasan kegagalan bukanlah sesuatu yang sesuai dan bijak dilakukan. Rakyat tidak mahu mendengar sebarang alasan diberi akibat kegagalan kerana rakyat boleh membuat penilaian sendiri.

Rakyat tidak persoalkan kegagalan Pakatan Rakyat halang rang undang-undang tersebut tetapi apa yang dipersoalkan ialah kenapa hanya 28 orang wakil Pakatan hadir pada waktu pengundian dijalankan. Rakyat mahu tahu kemana lagi selebihnya wakil dari Pakatan Rakyat.

Rakyat tidak akan mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat sekiranya kesemua atau sekurang-kurangnya hampir kesemua ahli parlimen dari Pakatan Rakyat hadir ke Parlimen untuk mengundi. Rakyat akan tetap memberi sokongan kepada Pakatan walaupun mengalami kegagalan setelah semua ahli parlimen memberikan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan hak rakyat.

Dalam soal ini, rakyat terutamanya penduduk Kampung Baru faham dan sedar bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah minoriti dan Umno BN pula adalah majoriti dan rakyat sedar dan tahu bahawa minoriti tidak mampu untuk menghalang yang majoriti tetapi rakyat hanya menuntut komitmen yang tinggi dari semua ahli parlimen Pakatan untuk membela nasib mereka.

Perjalanan terakhir Mutiara Kg Baru. Kehilangan yang amat dirasai
Minda Penulis merasa agak terkilan dan sedih kerana perjuangan Almarhumah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali semasa hayatnya gagal diteruskan oleh pemimpin yang lain. Segala perjuangan dan penat lelah Almarhumah selama ini seolah-olah tidak dihargai oleh rakan-rakan sendiri dalam Pakatan.

Minda Penulis amat mengharapkan agar semua ahli parlimen dari Pakatan Rakyat agar menyedari serta mengakui kesilapan yang dilakukan. Mulai dari hari ini, semua wakil rakyat yang dipilih untuk menjadi ahli parlimen perlu menanam tekad yang tinggi untuk memperjuangkan dan membela nasib rakyat. Rakyat tidak mahu wakil rakyat yang dipilih hanya memperjuangkan hak rakyat hanya untuk kepentingan politik masing-masing.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...