بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Al-Fatihah buat Almarhum Ust. Hassan Shukri |
DALAM suatu riwayat disebutkan, tatkala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan:
Jika mayat diletakkan di tempat permandian, maka ia dipanggil tiga kali teriakan:
Dikala mayat diletakkan di tempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan:
Sewaktu mayat itu dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan:
Sewaktu mayat diletakkan untuk disolatkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan:
Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur, maka ia dipanggil lagi tiga teriakan:
Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur, maka iapun dipanggil dengan jeritan tiga kali lagi:
Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu, lalu Allah SWT berfirman: "Wahai hamba-hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepada-Ku kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun, Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpahan Rahmat, yang dengannya para makhluk semua kagum. Dan aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya.
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan-teriakan yang ditujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya hingga mayat itu diusung ke tanah perkuburan.
Wahai anak Adam, Apakah kamu meninggalkan dunia, ataukah dunia meninggalkan kamu? Apakah kamu mengumpulkan dunia, ataukah dunia mengumpulkan kamu? Apakah kamu mematikan dunia, ataukah dunia mematikan kamu?
Jika mayat diletakkan di tempat permandian, maka ia dipanggil tiga kali teriakan:
Wahai anak Adam, Dimana tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi lemah? Dimana mulutmu yang bijak, bukankah sekarang kamu menjadi diam? Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang mengasingkanmu?
Dikala mayat diletakkan di tempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan:
Wahai anak Adam, pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal! Keluarlah kamu dari rumahmu, dan tidak usah kembali! Naiklah kuda, dan kamu tidak akan naik seperti itu selamanya, kamu akan menjadi sesuatu di dalam rumahyang penuh kesedihan!
Sewaktu mayat itu dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan:
Wahai anak Adam, sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat. Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik. Sangat berbahagialah kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.
Sewaktu mayat diletakkan untuk disolatkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan:
Wahai anak Adam, segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat! Jika amal perbuatanmu baik, maka kamu akan melihat baik! Jika amal perbuatanmu buruk, kamu pun akan melihat buruk.
Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur, maka ia dipanggil lagi tiga teriakan:
Wahai anak Adam, bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini? Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini? Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat gelap ini?
Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur, maka iapun dipanggil dengan jeritan tiga kali lagi:
Wahai anak Adam, kamu di atas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perutku menjadi menangis. Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka. Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.
Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu, lalu Allah SWT berfirman: "Wahai hamba-hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepada-Ku kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun, Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpahan Rahmat, yang dengannya para makhluk semua kagum. Dan aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya.
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan-teriakan yang ditujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya hingga mayat itu diusung ke tanah perkuburan.
No comments:
Post a Comment