DILAPORKAN bahawa pihak Polis telah merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.
Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik. Rujuk link http://www.malaysiakini.com/news/168945
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik. Rujuk link http://www.malaysiakini.com/news/168945
Minda Penulis walaubagaimanapun meragui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tersebut berdasarkan beberapa fakta. Pertamanya, dalam serbuan tersebut dilaporkan tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak Polis. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh meletakkan semua barangan tersebut di tempat kejadian dan yang pastinya kita tidak tahu siapa individu atau kumpulan tersebut. Boleh jadi ada pihak yang cuba dengan niat jahat untuk melakukan sabotaj terhadap penganjuran kempen perhimpunan tersebut.
Keduanya, kita semua sedia maklum bahawa sejak kempen tersebut dirancang oleh pihak penganjur dan di sokong oleh beberapa buah parti politik dan NGO telah berlaku beberapa tangkapan oleh polis terhadap individu-individu yang dipercayai menyokong perhimpunan tersebut. Di samping tangkapan, pihak Polis juga telah membuat banyak rampasan terhadap baju serta barangan lain yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tersebut. Ini menunjukkkan pada pandangan Minda Penulis, boleh jadi juga pihak polis sendiri yang meletakkan kesemua barangan tersebut. 'Tidak sahih tetapi ada kemungkinan'.
Ketiganya, telah sedia semua maklum bahawa baju kuning bertulis perkataan BERSIH dan lilitan kepala boleh dibeli dan ditempah dimana-mana oleh siapa sahaja. Begitu juga dengan barangan lain seperti parang dan bebola besi. Siapa sahaja boleh membeli dan memilikinya kerana banyak dijual di pasaran secara terbuka. Manakala bom petrol (Molotov Cocktail) pula, siapa sahaja boleh membuatnya sendiri kerana bahan-bahan untuk membuatnya mudah untuk diperolehi dan ianya juga amat mudah untuk dibuat. Ini membuktikan bahawa tidak dapat untuk dinafikan bahawa terdapat kemungkinan kesemua barang yang dirampas itu diletakkan untuk tujuan melakukan sabotaj terhadap penganjuran perhimpunan tersebut dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan ancaman keselamatan.
Keempat, Semua pihak tahu bahawa kerajaan dan pihak Polis sedang berusaha bermati-matian untuk menggagalkan perhimpunan tersebut. Sehubungan itu, pelbagai cara terpaksa digunakan untuk tujuan tersebut termasuklah dengan menggunakan taktik kotor dan taktik-taktik yang boleh jadi telah digunakan oleh kerajaan dan Polis itu sebenarnya turut menjadi taktik yang lazim digunapakai oleh komunis bahkan zionis untuk menggagalkan penentangan dan kebangkitan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah sepatutnya tidak menjadi begitu celupar dengan sesuka hati membuat tuduhan dan tohmahan bahawa NGO dan parti politik yang terbabit dengan BERSIH menggunakan taktik yang sama sepertimana yang pernah digunapakai oleh komunis semasa darurat.
Minda Penulis menggesa dan amat berharap semua pihak 'tidak terkecuali' kerajaan memerintah dan pihak keselamatan supaya dapat menghormati, menjunjung tinggi dan mengambil perhatian terhadap titah perintah Duli Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini. Jangan hanya memaksa pihak yang terlibat dengan BERSIH sahaja untuk akur dengan titah Yang Di Pertuan Agong tetapi dalam masa sama kerajaan dan pihak keselamatan sendiri pula tidak hormat dan mengabaikan titah yang telah dititahkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Sehubungan itu, pihak berkuasa diminta agar segera menghentikan tindakan kasar terhadap penganjur BERSIH dan rakyat.
No comments:
Post a Comment