DISEBALIK berita yang mengatakan kematian Baharudin Ahmad 56 tahun semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah berpunca dari sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu, timbul pula kisah lain sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
Salah seorang demonstran yang ditahan polis |
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar, pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan. "Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
Diziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sekembalinya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari menunaikan ibadah Umrah, beliau sempat meluangkan sedikit masa untuk menziarahi keluarga Allahyarham.
Tuan Guru tiba di kediaman Allahyarham |
Tuan Guru turut ditemani isteri, Datin Tuan Sabariah |
Diberi penghormatan untuk memberi ucapan |
Isteri dan anak Allahyarham |
Mengetuai bacaan doa atas permintaan keluarga Allahyarham |
Dua anak lelaki Allahyarham dalam bersedih |
Datin Tuan Sabariah memeluk isteri Allahyarham |
Memeluk dan menenangkan anak lelaki Allahyarham |
Memeluk dan menenangkan anak lelaki Allahyarham |
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Tuan Guru
Turut bersama Tuan Guru adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru pulang dari menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan tiga orang anaknya.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Tuan Guru dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Tuan Guru juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Anak Allahyarham, Nazrul Baharudin.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Tuan Guru terharu dengan sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Tuan Guru dan selalu bercakap mengenai tokoh tersebut.
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan Tuan Guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.
No comments:
Post a Comment