SELEPAS solat Jumaat 1 Julai 2011, satu perhimpunan dan demonstrasi telah diadakan di Pulau Pinang bertujuan untuk membantah sokongan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadap BERSIH. Demo dan perhimpunan tersebut dipercayai dianjurkan oleh Umno walaupun media-media tunggangan Umno-BN melaporkan bahawa demo dan perhimpunan tersebut dianjurkan oleh NGO dan rakyat Pulau Pinang.
Namun begitu, adalah dipercayai ramai yang terlibat dengan demo dan perhimpunan tersebut hanyalah peserta upahan bukannya sepenuhnya dihadiri oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Guan Eng.
Ramai anak muda dipercayai masih menuntut dilibatkan sama |
Polis Penang semua tidur kah? |
Umno menghalalkan apa yang mereka katakan sebagai haram |
Kesesakan jalan berlaku |
Tiada anggota polis dilihat mengawal perhimpunan |
Peserta Upahan. Seorang warga Indonesia yang memakai lilit kepala secara terbalik |
Apa yang Minda Penulis kesalkan ialah, pihak berkuasa terutamanya PDRM dilihat bersikap double standard dalam soal ini. Ini adalah kerana tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap peserta himpunan tersebut yang sudah semestinya tidak mempunyai permit untuk berhimpun. Dalam masa yang sama pula, pihak polis pula melaung-laungkan amaran terhadap penganjur dan bakal peserta himpunan BERSIH agar tidak terlibat dengan himpunan tersebut ataupun berhadapan dengan tindakan tegas dari pihak berkuasa.
Minda Penulis lihat, ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa bersikap pilih bulu. Sebelum inipun sudah banyak himpunan dan demonstrasi yang dilakukan oleh puak-puak Umno dan mereka yang sebulu dengan Umno tapi tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Tapi di pihak rakyat dan Pakatan Rakyat pula, pihak berkuasa dilihat terlalu cepat mengambil tindakan termasuklah secara kekerasan sekiranya terlibat dalam sebarang himpunan.
Jika inilah sikap yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa, maka Minda Penulis percaya bahawa rakyat akan semakin membenci pemerintah yang sedia ada dan tidak dapat tidak suatu hari nanti pemimpin ini akan diturunkan oleh rakyat dari kerusi pemerintahan.
No comments:
Post a Comment