BEBERAPA buah masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini dikesan menyampaikan khutbah Jumaat yang menyentuh persoalan perhimpunan BERSIH yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai 2011.
Dalam Khutbah yang mana teks khutbah tersebut disediakan oleh JAKIM, Khatib-Khatib yang menyampaikan Khutbah tersebut telah mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.
"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik.
Paling malang, menurut khutbah Jakim, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing.

Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah.
"Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik.
"Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah."

Minda Penulis tidak pasti, apakah kayu ukur yang digunapakai untuk mentafsirkan perhimpunan BERSIH sebagai sesuatu yang haram dari segi syariat. Sekiranya perhimpunan tersebut dikatakan boleh "mencampakkan manusia di dalam kebinasaan" maka Minda Penulis rasa tafsiran tersebut adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, perhimpunan tersebut dirancang untuk dilaksanakan secara aman. Tidak timbul sama sekali, penganjur dan peserta perhimpunan tersebut untuk mencetuskan keganasan sebagaimana yang dimomokkan oleh Umno.
Pada pandangan Minda Penulis, apa yang pasti sekiranya tidak berlaku tindakan berbentuk provokasi atau tindakan kasar dari pihak berkuasa atau sekelompok golongan yang cuba untuk mencetuskan kekacauan, maka perhimpunan tersebut pasti akan berlangsung dengan aman.
Dalam pada masa yang sama Minda Penulis tertanya-tanya, sekiranya pihak yang lantang mendakwa perhimpunan ini sebagai haram sehinggakan dijadikan bahan untuk Khutbah Jumaat, maka Minda Penulis ingin bertanyakan beberapa soalan.
Soalan pertama Minda Penulis, apakah hukumnya artis-artis tanahair kita terutamanya yang beragama Islam berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian?
Soalan kedua Minda Penulis, apakah hukumnya mengadakan dan menyertai konsert-konsert hiburan yang melalaikan?
Soalan ketiga, apakah hukumnya para wanita menyertai pertandingan ratu cantik sehinggakan berlakunya pendedahan aurat melampau secara sengaja?
Soalan keempat, apakah hukumnya menganiaya mufti yang tegas mengambil tindakan terhadap peserta ratu cantik?
Soalan kelima, apakah hukumnya mendedahkan aurat termasuklah yang dilakukan oleh isteri pembesar-pembesar negara?
Soalan keenam, apakah hukumnya bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram?
Soalan ketujuh, apakah hukumnya seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat, bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan lelaki yang bukan mahram?
Soalan kelapan, apakah hukumnya seorang pemimpin yang membazirkan begitu banyak wang rakyat hanya untuk kepentingan dan kemewahan peribadi?
Soalan kesembilan, apakah hukumnya seorang ulama yang membiarkan maksiat berlaku di hadapannya termasuk yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negara dan kaum kerabatnya tanpa sebarang usaha untuk membuat teguran?
Sebenarnya banyak lagi soalan yang boleh ditanyakan tentang persoalan hukum halal atau haram tapi rasanya soalan-soalan tadi sudah tidak termampu untuk dijawab oleh pihak berkenaan kerana bimbang periuk nasinya tertutup.
Minda Penulis berpandangan sebenarnya persoalan itulah yang sepatutnya terlebih dahulu di perjelaskan termasuk melalui Khutbah Jumaat kerana semua persoalan yang Minda Penulis ajukan di atas sudah terlalu lama dibiarkan oleh golongan agama dalam kerajaan tanpa ada yang berani untuk bersuara.
No comments:
Post a Comment