Powered By Blogger

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0 Di Stadium

MENERUSI blog Anak Sungai Derhaka, dimaklumkan bahawa pihak penganjur BERSIH dan Pakatan Rakyat setelah selesai menghadap Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong memutuskan untuk menerima tawaran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meneruskan perhimpunan BERSIH di Stadium.

Sehubungan itu, Pentadbiran Datuk Seri Najib diminta segera berhenti menggunakan kekerasan terhadap penganjur dan peserta himpunan. Najib juga digesa agar menghormati hak berhimpun sebagaimana yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan dan segera membebaskan semua tahanan yang berkaitan. Begitu juga halangan oleh pihak Polis, Minda Penulis berpandangan semua itu tidak sepatutnya berlaku selepas ini kerana kerajaan sudah tidak mempunyai alasan lagi untuk menghalang BERSIH. "ADA FAHAM KA.....?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...