Powered By Blogger

Monday, July 4, 2011

Anak Lelaki Ustazah Nuridah Meninggal Dunia Di Cape Town, Afrika Selatan

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Anak kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, diberitakan telah kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata  Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hamba-NYA yang soleh," kata kenyataan itu.

Minda Penulis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah buat Ustazah Nuridah sekeluarga atas kehilangan insan yang disayangi tersebut. Diharapkan semoga Ustazah Nuridah sekeluarga tabah dan redha dengan ujian serta ketentuan dari Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi arwah. Sama-samalah kita mendoakan agar roh arwah ditempatkan oleh Allah di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...