MERUJUK kepada entri Minda Penulis sebelum ini berkenaan dengan rampasan beberapa barangan oleh Polis yang cuba untuk dikaitkan dengan BERSIH 2.0, Minda Penulis ingin mengulas mengenai 'Bom Petrol' yang merupakan antara barangan yang dirampas.
dah rupa macam minyak masaklah pulak |
Dalam rampasan tersebut, pihak Polis mendakwa bahawa antara barang rampasan tersebut adalah 36 botol bom petrol atau molotov cocktail (gambar di atas). Namun apa yang menimbulkan persoalan dalam fikiran Minda Penulis adalah berkenaan botol-botol yang digunakan tersebut.
Jika diperhatikan dengan teliti dapat kita lihat botol-botol tersebut adalah botol-botol plastik. Minda Penulis bukanlah seorang yang pakar dengan bom petrol ini. Namun sepanjang pengetahuan Minda Penulis, bom petrol tidak boleh diperbuat dengan menggunakan botol plastik. Dalam pembuatan bahan letupan tersebut, apa yang Minda Penulis ketahui hanya botol yang diperbuat dari kaca sahaja boleh digunakan.
Penggunaan botol plastik dalam pembuatan bom petrol adalah merupakan satu perbuatan yang bodoh. Ini adalah kerana selain dari letupan yang tidak menjadi, botol plastik yang digunakan tersebut akan cepat terbakar dan akan mencederakan diri sendiri apabila sumbu dinyalakan. Dan jika ianya terjadi, sipengguna bom petrol tersebut juga bakal berdepan dengan kecederaan parah ataupun boleh membawa maut.
Jadi kesimpulan yang dapat Minda Penulis berikan ialah, taktik Polis untuk memburuk-burukkan BERSIH 2.0 adalah satu taktik yang bangang dan menunjukkan kebodohan pihak Polis sendiri. Jadi dapat juga disimpulkan di sini ialah apa yang di dakwa rampasan tersebut mempunyai kaitan dengan BERSIH adalah sama sekali tidak berasas dan tidak dapat diterima. Ini juga menunjukkan bahawa andaian mengatakan rampasan tersebut merupakan taktik kotor dari Polis dan kerajaan adalah hampir 100% benar.
Minda Penulis berpandangan, keputusan Gabungan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium adalah merupakan satu keputusan yang bijak dan secara tidak langsung dengan keputusan tersebut, Polis dan pentadbiran Najib kini terperangkap dengan mainan sendiri kerana Minda Penulis percaya Najib sendiri sama sekali tidak sangka bahawa BERSIH akan bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di stadium dan tawaran beliau sebelum ini hanyalah satu tawaran berpura-pura ataupun bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'.
1 comment:
hahaha..kot ye pun nak buat2 bahan bukti jangan nampak bongok sangat kakakaka..bom petrol mane nak meletup guna botol plastik kakaka kantoi la depa ni..tak berapa cerdik
Post a Comment