TINDAKAN Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mempertikaikan pertemuan BERSIH 2.0 dengan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong pada pandangan Minda Penulis boleh dikira sebagai satu penderhakaan kepada baginda.
Rujuk link http://www.malaysiakini.com/news/168982
Ini adalah kerana pertemuan yang dilakukan lebih kurang jam 1.55 petang tadi adalah dengan perkenan baginda sendiri dan Ibrahim langsung tidak mempunyai hak untuk membantah keputusan baginda.
Sehubungan itu, Minda Penulis memohon dan mencadangkan agar anugerah dan gelaran Datuk yang masih dimiliki oleh Ibrahim dilucutkan keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment