DIKESAN hari ini tersebar berita yang mengatakan Dr. Lo' Lo' binti Mohd Ghazali telah kembali ke rahmatullah. Namun setelah disiasat, disahkan bahawa berita berkenaan adalah tidak benar dan palsu.
Kepada semua masyarakat, dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu apa jua berita yang diterima kerana setiap apa yang disampaikan kepada kita sekarang ini ada kemungkinan merupakan berita palsu yang disebarkan oleh golongan yang fasiq.
Kepada mereka yang menyebarkan berita palsu dan tidak benar pula dinasihatkan agar segera bertaubat kepada Allah SWT dan segera memohon kemaafan dari orang dan keluarga yang difitnah tersebut sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment