EKORAN dari cadangan untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran iaitu BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan juga ekoran situasi semasa yang berlaku ekoran tindakbalas dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Umno dan Kerajaan Persekutuan sendiri, Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong telah mengeluarkan satu titah khas kepada semua pihak yang berkenaan.
Ekoran dari titah perintah khas yang dikeluarkan oleh Ke Bawah Duli YDP Agong tersebut, DAP telah menggesa agar Perdana Menteri agar segera bertemu dan berbincang secara baik bagi merungkai permasalahan yang timbul. DAP juga turut membuat tuntutan agar Menteri Dalam Negeri segera menarik balik pengharaman BERSIH dan membebaskan semua tahanan yang berkaitan yang ditahan oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu juga, PAS melalui Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan lewat petang semalam. Menurut Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, mesyuarat diadakan jam 11 pagi manakala sidang media pula diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari.
Bagi pihak jawatankuasa penganjur BERSIH pula, usaha akan dibuat oleh pihak jawatankuasa terbabit untuk menghadap YDP Agong sebelum 9 Julai 2011 sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung perhimpunan tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum membuat keputusan akhir."
Dalam pada itu juga Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.
“Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Rujuk Link http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4172-bersih-20-pas-junjung-tinggi-titah-agong
Minda Penulis berpendapat, titah khas yang dikeluarkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah tepat pada masanya. Minda Penulis amat berharap agar dengan titah khas tersebut akan dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.
Minda Penulis juga amat berharap agar semua pihak yang terlibat tidak kira pihak Umno-BN, Pakatan Rakyat, pihak berkuasa, dan semua NGO dapat menghormati titah yang telah dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong.
Minda Penulis berharap Umno-BN melalui NGO-NGO pro Umno dan pihak berkuasa termasuk polis dan SPR agar dapat membuang segala keegoan dan keangkuhan diri untuk bertemu dan berbincang dengan jawatankuasa penganjur BERSIH 2.0.
Minda Penulis juga berharap agar segala penipuan dan penyelewengan yang telah berlaku sekian lama dalam pilihanraya dapat dihentikan. Umno-BN juga di minta agar berani untuk bertanding secara anak jantan dan secara adil dalam pilihanraya yang akan datang.
Minda Penulis amat berharap agar segala kekusutan akan dapat dileraikan dan segala kekotoran dapat dijernihkan selepas ini walaupun dalam hati Minda Penulis berat meyakini bahawa Umno-BN tidak akan berubah sikap
No comments:
Post a Comment