Powered By Blogger

Sunday, July 3, 2011

Siapa Raja Abdullah Raja Mahmud?

PADA program himpunan pemimpin bersama rakyat yang dijalankan oleh Umno di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan 2 Julai 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan seorang lelaki yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Mursyidul Am PAS telah meninggalkan PAS untuk menyertai Umno.

Lelaki yang dimaksudkan tersebut adalah Raja Abdullah Raja Mahmud.  Beliau adalah merupakan seorang bekas anggota keselamatan mendakwa kononnya ahli keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun begitu siapakah sebenarnya Raja Abdullah tersebut? Sebenarnya, ramai penduduk di Pasir Puteh mengenali siapa sebenarnya Raja Abdullah itu. Menurut maklumat, Raja Abdullah adalah merupakan pesara tentera dan sekarang menjalankan perniagaan di pasar malam. Mengikut maklumat juga, Raja Abdullah sengaja cuba hendak mengaibkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana ingin mempopularkan diri sendiri.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu. Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46. 

Adun tersebut berkata bahawa PAS Pasir Puteh kesal kerana Raja Abdullah cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz dan beliau percaya sekiranya ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...