SAUDARA Mohd Firdaus Madzlan tau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ustaz Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir.
Tindakan pembuangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan BERSIH di Mesir kerana Ustaz Alang adalah penganjur perhimpunan di Mesir tersebut
Ustaz Alang adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Pada pandangan Minda Penulis, sekiranya benar tindakan pembuangan yang dikenakan terhadap Ustaz Alang tersebut adalah kerana tekanan dari Kedutaan Malaysia di Mesir hanya kerana satu perhimpunan aman, ianya adalah satu perbuatan pengecut dan zalim dari Kerajaan Malaysia melalui pihak kedutaan.
Minda Penulis difahamkan bahawa pelajar-pelajar kita di luar negara sebenarnya tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU). Ini bermakna, sekiranya pelajar-pelajar di luar negara ingin berpolitik dan menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik sekalipun adalah bukan merupakan satu kesalahan. Jadi dalam soal ini, tidak wajar Kedutaan Malaysia di Mesir mengenakan takanan terhadap Darul Ifta' Misriyyah.
Pada pandangan Minda Penulis, tindakan tidak bijak serta tanpa sikap kemanusiaan tersebut akan merugikan pihak Kerajaan Malaysia sendiri terutamanya parti yang memerintah iaitu Umno kerana dengan tindakan tersebut pasti akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno.
Dan yang pastinya, kebencian tersebut akan diluahkan melalui kertas-kertas undi pada Pilihan Raya Umum akan datang.
No comments:
Post a Comment