PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggesa rakyat yang menjadi 'majoriti senyap' agar bangun untuk menyuarakan pandangan masing-masing melalui media-media alternatif. Menurut beliau, sudah tiba masanya, golongan ini bangkit menyuarakan pendirian mereka untuk menentang apa yang beliau tafsirkan sebagai menentang himpunan BERSIH 2.0 semalam.
Rujuk link:- http://www.malaysiakini.com/news/169483
Minda Penulis berpandangan, mungkin Najib masih lagi tidak menyedari bahawa majoriti senyap yang beliau maksudkan tersebut sudahpun menyuarakan pandangan masing-masing di ruangan siber seperti yang beliau minta. Namun begitu, anggapan beliau bahawa majoriti senyap ini menyokong pentadbiran beliau sebenarnya pada pandangan Minda Penulis adalah tidak tepat.
Najib seharusnya sedar bahawa mereka yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 semalam sebahagian besarnya adalah terdiri dari kalangan majoriti senyap yang selama ini berdiam diri atas segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah.
Apapun, Minda Penulis menyeru agar majoriti senyap ini menyahut seruan dan cabaran Najib untuk menyuarakan pandangan mereka. Marilah kita semua bangkit dari tidur kita dan sama-sama bersatu untuk menentang penyelewengan da salahguna kuasa pemerintah. Gunakan segala kemudahan yang ada sekarang ini untuk menyuarakan pandangan dan pedapat kita
Dan akhirnya, marilah semua majoriti senyap ini untuk bersama-sama menggunakan keramat kuasa rakyat pada PRU13 nanti untuk memilih tampuk kepimpinan baru. dan menolak kepimpinan rosak yang ada sekarang ini. Sesungguhnya masa depan kita terletak di tangan kita sendiri untuk mencorakkannya.
No comments:
Post a Comment