Powered By Blogger

Saturday, October 29, 2011

Siasat Menteri Yang Bantu Yahudi Masuk Malaysia

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENTERI Belia Dan Sukan di dakwa telah membantu seorang peninju warga Israel, Ilya Grad untuk masuk ke Malaysia bagi menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk siaran stesen TV AXN.

Sehubungan dengan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel berkenaan. Rujuk sini

Di samping itu juga PAS menuntut agar menteri terbabit disiasat dan digantung tugas kerana isu ini melibatkan isu jenayah keselamatan. Rujuk sini

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa, kemasukan warga Israel ke Malaysia adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan khas dari Menteri. Dalam konteks ini, menteri yang dimaksudkan boleh memberi kelulusan khas adalah Menteri Dalam Negeri. 
Minda Penulis tidak nampak, apakah keperluan penting yang yang membolehkan warga Israel itu memasuki Malaysia dengan kebenaran khas. Minda Penulis juga tidak nampak, di bawah kuasa apakah Menteri Belia Dan Sukan boleh membenarkan atlit dari Israel itu memasuki Malaysia.

Dalam soal ini, Minda Penulis berpendapat, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan juga Menteri Belia Dan Sukan terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kerana isu ini adalah suatu isu yang besar yang mana semua kita tahu Malaysia tidak mengiktiraf negara haram tersebut.

Kita rakyat Malaysia yang amat bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, tidak mahu apa yang dihajatkan oleh peninju tersebut iaitu untuk mengibarkan bendera negara haram tersebut di Malaysia daripada berlaku.

Thursday, October 27, 2011

Hudud : Lagi Penghinaan Mahathir Terhadap Syariat Allah SWT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.

10 Wasiat Hassan Al-Banna

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1. Apabila mendengar AZAN, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah AL-QURAN,tatapilah buku2 ilmu,pergilah ke majlis2 ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5. Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8. Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang,mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9. BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Kebenaran Al-Quran

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

BUKTI Al-Quran wahyu daripada ALLAH YANG MAHA ESA...bukti2 yang terdapat dalam AL_QURAN memang tidak dapat dinafikan lagi..ALLAHUAKBAR..

1.LAPISAN ATMOSFERA

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

2.PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)

3.ANGIN PENYUBURAN

Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;

Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.

4.KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN

Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.

5.KEMENANGAN BYZANTIN.

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SEMUA orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Berhati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

Ini Dia Kisah Siapa Zul Kulim Sebenarnya

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi PAS sejak dahulu lagi sedia maklum dan mengenali keperibadian sebenar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Kerana itulah, pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004 ditolak Majlis Syura PAS walaupun ketika itu beliau ialah pimpinan PAS di Bandar Tun Razak.


Malah sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga menolak pencalonan PAS Kawasan Baling untuk meletakkan Zulkifli bagi bertanding kerusi parlimen tersebut.

“Maksudnya keperibadian dia sudah diketahui. Dia ditolak dari bertanding. Dia nampak hebat ketika itu, tetapi kita kenal keperibadiannya. Dia bercakap macam mana dan perbuatannya macam mana, kita tahu.

“Tetapi tidak perlulah kita dedahkan (kepada umum) siapa dia. Kita tak mahu layan dia, lagipun dia wakil rakyat yang tiada maruah,” demikian didedahkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemangku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh berkata, walaupun Zulkifli cuba mendakwa dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, hakikatnya dia membawa suara Umno-BN.

Ujarnya, Zulkifli sememangnya seorang yang beramal dengan pembohongan di mana beliau sering menggambarkan pada penulisannya di blog, kononnya beliau turun melawat masalah rakyat di parlimen diwakilinya sedangkan dia sebenarnya tidak berbuat demikian.

Khairi juga menempelak Zulkifli yang sibuk mencabar orang lain bertanding pada pilihan raya akan datang sedangkan kedudukannya sendiri sebagai calon mana-mana parti dilihat mustahil.

“Parti mana hendak ambil dia calon? Pakatan Rakyat tak mungkin. Tidak ada calon mampu bertanding melainkan dengan kekuatan dari jentera parti.

“Jadi Zulkifli ini sekarang aktif menonjolkan diri sebenarnya berharap-harap kalau Umno boleh bagi jawatan Senator pada dia,” ujar Khairi pada Taklimat Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah di Pejabat PAS Kulim-Bandar Baharu, Serdang, 24 Oktober lalu.

Read more: sini

Berhati Hati Ketika Hadapan Cermin Tempat Awam

 بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERKOSAAN VISUAL)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Musuh Kita Semua... Musuh ISLAM!

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

BIODATA
Iblis = (Akwan, Hafaf, Wamurah, Zailatun, Wawatsin, Laqwal, A’war, al-wasnan dan Dasim)
PENGENALAN DIRI
Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT
STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah - setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambang korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks
Rujukan : Khairul Ghazali. 2001. Rupa dan Wajah Iblis Laknatullah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man Majalah BERNAS edisi 11 (1999), hlmn 111

Tuesday, October 25, 2011

Akta Murtad: Kelantan Dan Terengganu Telah Mendahului

 بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TERUJA juga Minda Penulis bila kerajaan Malaysia yang diperintah oleh UMNO-BN mengatakan ingin mewujudkan suatu akta untuk mencegah atau mengatasi gejala murtad di kalangan umat Islam negara kita.

Satu tindakan yang sepatutnya sudah lama difikirkan oleh kerajaan memerintah kerana gejala ini sesungguhnya telah sekian lama berlaku di kalangan umat Islam negara kita sehinggakan ianya pernah didedahkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria namun ketika perkara ini didedahkan oleh mufti terbabit, pendedahan tersebut dipandang ringan oleh pemerintah dan dianggap sebagai suatu situasi yang tidak membimbangkan.

Namun begitu, Minda Penulis ucapkan tahniah kepada kerajaan memerintah yang diterajui oleh sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam kerana baru tersedar dari lena dan baru menyedari bahawa gejala murtad di kalangan umat Islam bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan walaupun jumlah yang terlibat boleh disifatkan sebagai jumlah yang kecil sekalipun. Tahniah juga kerana kerajaan memerintah baru sedar bahawa peri pentingnya melakukan suatu tindakan untuk mencegah gejala murtad ini dari berleluasa.

Namun begitu dalam keghairahan kerajaan memerintah untuk mewujudkan akta ini, Minda Penulis rasa kerajaan memerintah perlu memberi penjelasan kepada masyarakat, di bawah perundangan manakah akta ini akan dimasukkan. Adakah di bawah perundangan sivil atau perundangan syariah?

Minda Penulis bukannya arif sangat dalam soal perundangan sivil ini tapi, Minda Penulis terfikir, adakah boleh akta murtad ini diletakkan di bawah perundangan sivil? Sekiranya ada yang mengatakan boleh, apakah bentuk hukuman dan tindakan yang bakal dikenakan ke atas pesalah-pesalah murtad ini?

Sebaliknya, jika akta murtad ini hendak dimasukkan ke dalam perundangan syariah, Minda Penulis bersetuju dan rasa amat sesuai kerana Minda Penulis rasa semua sudah jelas bahawa ianya telahpun digariskan di dalam Al-Quran. Dan ingin Minda Penulis ingatkan bahawa Allah SWT telah menetapkan hukuman dan tindakan ke atas pesalah murtad ini di bawah ‘HUKUM HUDUD’.

Minda Penulis tidak pasti samada kerajaan memerintah sedar atau tidak bahawa hukuman dan tindakan ke atas pesalah murtad ini telah dimasukkan ke dalam draf Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan selaras dengan perintah Allah SWT dan telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS tapi masih belum dapat dijadikan undang-undang kerana terdapat halangan dari kerajaan persekutuan.

Begitu juga dengan Terengganu. Sebaik sahaja PAS mengambil alih pentadbiran negeri dari UMNO-BN pada tahun 1999, Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Terengganu segera di bentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diluluskan serta sempat untuk dijadikan undang-undang dan perlu dijelaskan bahawa di dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Terengganu juga terdapat peruntukan bagi kesalahan murtad dan ianya juga selaras dengan perintah Allah SWT sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran.

Mungkin kerajaan memerintah tidak perasan dengan peruntukan bagi kesalahan murtad yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu kerana kerajaan memerintah mungkin hanya nampak hudud ini hanyalah hukuman bagi kesalahan mencuri dan zina sahaja. Dan kerana itulah apabila bicara soal hudud ini apa yang sering keluar dari mulut pemerintah dan penyokongnya hanyalah potong tangan, sebat dan rejam sahaja. Mungkin hanya itu yang ada dalam kotak fikiran pemerintah dan para penyokong setia mereka.

Jadi dengan adanya Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu yang turut memasukkan murtad sebagai salah satu kesalahan, maka rasanya cadangan kerajaan memerintah negara untuk mewujudkan akta murtad ini agak ketinggalan zaman. Maksud Minda Penulis, bukannya akta itu yang ketinggalan zaman, tetapi yang ketinggalan zaman pada pandangan Minda Penulis adalah cadangan tersebut yang baru nak terlintas dalam fikiran kerajaan memerintah.

Namun begitu tidak mengapalah. Walaupun agak ketinggalan, namun setidak-tidaknya ada juga kesedaran timbul dalam diri kerajaan memerintah. Jadi sekiranya benar-benar kerajaan memerintah ini ikhlas untuk mewujudkan akta murtad ini, Minda Penulis rasa tidak adalah kewajaran bagi kerajaan memerintah untuk menentang perlaksanaan hukum hudud kerana jenayah murtad adalah salah satu elemen dalam hukum hudud. Sekiranya kerajaan memerintah masih lagi tetap untuk menentang hukum hudud ini bermakna kerajaan memerintah sebenarnya tidak ikhlas untuk membenteras gejala murtad ini. Dan apa yang nyatanya kerajaan memerintah ini tidak mengikhlaskan segala perbuatan dan perancangan kerana Allah SWT.

Jadi kepada Dr Mashitah Ibrahim, rasanya tuduhan bahawa PAS menentang akta murtad ini sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ini nyata tidak tepat dan sama sekali tidak benar. Sekiranya PAS menentang akta murtad sebagaimana yang ditohmahkan oleh Mashitah, sudah tentu dalam Enakmen Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Ta’zir Negeri Kelantan dan Terengganu tidak akan ada peruntukan mengenai kesalahan murtad. Di samping itu juga, PAS sudah berkali-kali (tidak kurang dari tiga kali) membawa usul di Parlimen untuk mewujudkan satu undang-undang pencegahan murtad tapi kesemua usul tersebut ditolak. 

Jadi rasanya, memang sudah tiba masanya kerajaan memerintah dan segala bala tenteranya berhenti dari cuba untuk menghodohkan wajah PAS sebagai sebuah wadah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam di negara ini. Sekiranya perbuatan jahat kerajaan memerintah dan segala bala tenteranya itu diteruskan maka akan semakin hodohlah wajah kerajaan memerintah yang kini sudah sedia dalam keadaan hodoh pada pandangan mata masyarakat.

10 Perkara Yahudi Taknak Kita Tahu

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TAHUKAH kamu sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum, 10 antaranya adalah:

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ssgghnya ini juga merupakan sunnah Nabi Saw. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak lima puluh tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Berhentilah Merapu Wahai Mashitah..

 بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEBENARNYA laporan yang Minda Penulis siarkan di bawah adalah laporan berita dari Malaysiakini yang telah disiarkan sudah agak lama, tapi Minda Penulis siarkan kembali sebagai peringatan kepada umum bahawa siapakah yang sebenarnya tidak mempunyai kesungguhan untuk membenteras gejala murtad di kalangan umat Islam. Minda Penulis berikan peringatan ini kerana dalam akhbar Utusan hari ini, Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah membuat tuduhan dan tohmahan (fitnah) bahawa PAS menolak akta hudud.


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamanya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktiviti aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. - Malaysiakini

Sebagai menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh Mashitah, Minda Penulis ingatkan di sini bahawa adalah tidak masuk akal bagi pihak yang memperjuangkan untuk melihat perlaksanaan hukum syariat supaya dapat ditegakkan di negara ini, menolak akan akta untuk menghalang gejala murtad. Ini  adalah kerana di dalam hukum hudud, Qisas dan Ta'zir itu sendiri telah memperuntukkan tindakan serta hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah murtad. Jadi pada pandangan Minda Penulis, tohmahan Mashitah tersebut tidak lebih dari satu percubaan jahat beliau untuk menghodohkan wajah PAS pada pandangan mata umat Islam.

Mashitah seharusnya menghentikan tindakan bodoh beliau untuk membodoh-bodohkan umat Islam kerana umumnya masyarakat negara ini termasuk umat Islam sudah mempunyai cukup kematangan untuk membuat penilaian. Tak perlulah Mashitah terus-terusan menunjukkan kebodohan diri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh kerana masyarakat sekarang tidak mudah untuk tertipu. Dalam isu ini, kalau adapun yang masih lagi boleh tertipu dengan tuduhan Mashitah itu, mereka itu adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bodoh.

Syarat Syarat Taubat

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syarat-syarat taubat:
1. Ikhlas.
2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.
3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.
4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.
5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)
6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.
7. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat:
- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).

Monday, October 24, 2011

HIMPUN Kurang Sambutan, PAS Pula Disalahkan..


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

AKHBAR Utusan Malaysia menuduh PAS sebagai punca kegagalan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN). Ini adalah kerana dakwa akhbar milik BN itu, keengganan PAS untuk menyertai perhimpunan tersebut menyebabkan ramai penyokong PAS tidak menghadiri perhimpunan tersebut walaupun PAS telah menjelaskan pendirian tersebut adalah sebagai menghormati pendirian penganjur himpunan tersebut yang tidak mahu perhimpunan tersebut dimasuki unsur-unsur politik.

Mungkin Utusan terlupa bahawa bukan sahaja PAS, tetapi UMNO juga mengambil pendirian untuk tidak menyertai himpunan tersebut atas alasan yang sama atau Utusan hanya nampak kuman di seberang laut tapi tidak nampak gajah di depan mata. Dengan pendirian UMNO yang sama dengan pendirian PAS kenapa tidak Utusan menuduh UMNO bersekongkol dengan PAS untuk menggagalkan himpunan tersebut?

Tinggalkan sementara sahaja soal HIMPUN. Dalam pada Utusan menyerang PAS sebagai punca kegagalan HIMPUN, pemilik syarikat akhbar tersebut yang berlagak kononnya seolah-olah begitu sensitif dengan isu-isu membabitkan akidah umat Islam telah berkelakuan sebaliknya pula apabila turut menyiarkan gambar-gambar artis-artis luar dan tempatan yang berpakaian mendedahkan aurat serta menjolok mata (dalam akhbar yang sama dan juga akhbar yang lain tapi terbitan syarikat yang sama). Apakah Utusan lupa bahawa mereka telah menyiarkan perkara yang amat bertentangan sama sekali (satu ruang menyuarakan kebimbangan dengan keruntuhan akidah umat Islam manakala satu ruang lagi mempromosikan keruntuhan akidah umat Islam).

Kita tidaklah hairan sangat dengan perangai Utusan ini kerana memang dah diketahui sejak sekian lama, akhbar Utusan ini tidak boleh dipakai kerana pada realitinya akhbar ini sebenarnya tidak pernah mengambil endah dengan permasalahan umat Islam terutamanya dalam persoalan akidah. Apa yang penting bagi akhbar ini adalah mengampu tuannya dan soal keduniaan semata-mata.

Tapi tak mengapalah sebab dah memang itu perangai dan akhlak Utusan sejak sekian lama (bukan sejak asal). Apa yang penting sekarang, masyarakat Islam kita tidak terjebak dengan tipu daya dan helah kotor akhbar ini.

Kelantan Tubuh Jawatankuasa Kajian Perlaksanaan Hudud

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KOTA BHARU, 24 Okt: Kelantan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) berkata, jawatankuasa yang dianggotai seramai 19 orang ahli itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini tengah hari ini.

Amar pula memberitahu beliau diamanahkan timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Beliau seterusnya memberitahu, peranan jawatankuasa itu untuk melihat beberapa sudut tertentu bagi membolehkan hukuman berkenaan dapat dijalankan di negeri ini mengikut peruntukan undang-undang.

“Ada pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada.

“Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, latar belakang mereka yang dilantik dalam anggota itu mengikut kesesuaian dalam bidang professional masing-masing khususnya dalam bidang agama, keselamatan seperti polis dan Jabatan Penjara.

Selain itu, katanya anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi satu-satunya dilantik dalam jawatankuasa itu dari kalangan wanita.

“Apa yang penting sekarang setiap apa yang ingin dilakukan mengikut kerangka undang-undang,” ujarnya.

Antara anggota jawatankuasa yang dilantik ialah Penasihat Undang-Undang Kerajaan negeri, dua orang anggota exco kerajaan negeri dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud. - Harakahdaily

Abu Yazid al-Bustami Dan Kunci Syurga

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ABU YAZID AL BUSTAMI seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan dan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahwa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahawa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahwa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
- Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya.
- Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
- Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya.
- Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
- Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
- Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
- Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
- Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (artinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
- Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadikan kerusakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (artinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perusak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
- Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (artinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
- Saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.

12. Yang dua belas.
- Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
- Mimpi Nabi Yusuf Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga.
- Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahwa Yusuf telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
- Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala (artinya) : telah berkata, Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mau tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai penyempurna agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
- Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (artinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
- Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
- Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
- Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
- Malaikat-malaikat yang bertugas membagi-bagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
- Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya yaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
- Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
- Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
- Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol yaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
- Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya. Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
- Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
- Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
- Muslihat kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu muslihat wanita adalah suatu tipu muslihat besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
- Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama.
- Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
- Gunung Tursina

32. Binatang paling utama.
- Kuda

33. Bulan yang paling utama.
- Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
- Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
- Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
- Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
- Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
- Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
- Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
- Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
- Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keledai Makwak.
- Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
- Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
- Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
- Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
- Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
- Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
- Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
- Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (artinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
- Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit

Perdebatan Antara Imam Abu Hanifah Dengan Dahri

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PADA suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri (ada yang mengatakan kaum ad dahr iaitu kaum yang mengatakan semua terjadi kerana masa). Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yangbenar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah. ... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya.Tiba- tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

"Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulama'. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ) . Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau dibawah.. .?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jarimu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari kelingkingmu itu, ada lagikah jari yang selepasnya.. ." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. "

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

Pusara Imam Abu Hanifah di Baghdad, Iraq
"Ini soalan yang terakhir buatmu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, katamu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai

"ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR"....

Sunday, October 23, 2011

Kenali Pengasas Sister In Islam (SIS)


بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DR AMINA WADUD pemegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku 'Quran And Woman" dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah.

Beliau seolah-olah menganjurkan penentangan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita. Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.

Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.

Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS.

Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS.

Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.

Tiga Pihak Bakal Disaman Prof Abdul Aziz Bari

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz (gambar).

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. - Harakahdaily

Keingkaran Anak Nabi Nuh Alaihissalam

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IMAN dan hidayah itu urusan Allah. Jangankan manusia biasa, seorang nabi seperti Nabi Nuh as pun tidak mampu membuka iman seseorang termasuk Kan'an anak baginda sendiri. Ini dibuktikan dalam satu riwayat ketika banjir melanda negeri itu sebagai kutukan Allah terhadap umat Nabi Nuh yang ingkar.

Saat itu Nabi Nuh dan beberapa orang umatnya yang beriman kepada Nabi Nuh sudah naik ke atas bahtera menyelamatkan diri. Perlahan-lahan air itu mula menggenangi negeri dan menenggelamkan rumah-rumah dan tanam-tanaman.

Meskipun genangan air semakin meninggi, Kan'an putera Nabi Nuh tetap tidak mahu mengikuti ayah dan kaumnya yang lain dalam bahtera. Dengan sombongnya, Kan'an naik ke gunung dan mengatakan dengan sombongnya bahawa tak mungkin air sampai pada puncak gunung yang tinggi itu.

"Marilah anakku ikut kami ke dalam bahtera bersama orang-orang beriman lainnya. Bala Tuhan telah datang ke negeri ini," rayu Nabi Nuh kepada anaknya. Dasar iman masih tertutup, Kan'an yang sombong itu tetap memilih berdiam di gunung bersama orang kafir yang lain.

"Aku akan selamat berada di gunung ini," jawabnya sombong. Kerana sudah tidak boleh dinasihati lagi, dengan sedih, Nabi Nuh membiarkan anaknya tidak ikut  bersama dalam bahteranya. Ia menyerah diri kepada Allah bahawa hanya Allah yang berhak membuka iman dan hidayah seseorang walaupun itu anaknya sendiri.

Benar juga, air banjir itu makin lama makin menenggelamkan Kan'an yang berlindung di puncak gunung itu. Kan'an anak kandung Nabi Nuh akhirnya tewas ditelan air banjir dalam kekafiran di hadapan ayahnya yang tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya kepiluan menyelubungi hati Nabi Nuh as.

Untuk Kaum Hawa.

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Kedasyatan Neraka

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Wahai manusia yang durhaka dan senantiasa bergelumang dengan maksiat dan dosa, tidakkah kedahsyatan jahannam menggetarkan hatimu? Allah menyediakan bagi hamba-hamba-Nya yang ingkar lagi sombong. Ingatlah tatkala jahannam ditarik dengan 70.000 tali kekang dan setiap tali ditarik oleh 70.000 malaikat, saat itu orang-orang kafir dalam kehinaan, mereka berharap seandainya dapat menebus semua itu dengan emas sebesar dunia.

Sungguh besar kehinaan dan kecelakaan para penghuninya. Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak, minumannya adalah air yang mendidih, naungannya adalah awan hitam yang panas, anginnya adalah samum yang membawa hawa panas, makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, niscaya hancurlah dunia dan seisinya, bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati, pakaiannya adalah baju ter yang membakar, kedalamannya sejauh batu yang diluncurkan selama 70 tahun. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya. Mereka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung niscaya gunung tesebut akan menjadi abu, wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat. Duhai . kecelakaan apalagi yang pedih besar dari itu semua. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam . Amiin.

LOKASI NERAKA
Jika surga terletak di langit ke tujuh, maka sebagian salaf berkata neraka terletak di dasar bumi yang ke tujuh (begitu pendapat Ibnu Mas’ud dan lainnya). Namun para jumhur tawaqquf (berdiam diri) dalam masalah ini, dan inilah pendapat yang dipilih oleh As-Suyuthi dan Waliyullah Ad-Dahlawi.

PEMANDANGAN LAIN DI JAHANNAM
Di Jahannam terdapat sebuah gunung api Shu’uda yang Allah memerintahkan orang kafir (Al-Walid bin Mughirah) untuk mendakinya. (Lihat QS. Al-Muddatstsir: 17). Menurut riwayat Imam Ahmad, setiap kali dia meletakkan tangannya di atas gunung tersebut, maka tangannya langsung meleleh. Dan ketika diangkat kembali seperti semula. Dia akan menghabiskan waktu selama 70 tahun untuk mendakinya, dan menuruninya selama 70 tahun juga.

Di Jahannam juga terdapat lembah Al-Ghayy, yaitu lembah di dasar Jahannam yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan shalat dan mengikuti syahwatnya. (Lihat QS. Maryam: 59).

Juga lembah Atsam yang berisi ular dan kalajengking, adzab di dalamnya berlipat-lipat. Lembah ini diperuntukkan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina dan membunuh jiwa tanpa hak. (Lihat QS. Al-Furqan: 68).

Ada juga lembah Maubiqa yang berisi nanah di dalam neraka Jahannam. Allah menyiapkannya untuk para penyembah berhala. (Lihat QS. Al-Kahfi: 51-52).

Ada juga sebuah rumah bernama Al-Falaq, Ibnu Rajab mengatakan jika pintunya dibuka, maka seluruh penduduk neraka akan menjerit karena tidak mampu menahan panasnya. Wallahu a’lam.

Di Jahannam juga terdapat penjara Bulas dimana orang-orang yang menyombongkan diri akan digiring seperti semut-semut kecil berbentuk manusia, mereka diselimuti dengan kobaran api dan terbenam dalam keringat dan nanah yang bercampur darah penduduk neraka. (HR. Ahmad, hasan).

Belenggu Jahannam. Di dalam Jahannam ada tiga belenggu; Al-Aghlal, yaitu belenggu dari besi membara yang dipasang dileher penduduk neraka. (QS. Saba: 33), Al-Ashfad, yaitu tali api yang sangat kuat sehingga membuat seseorang tak berdaya. (QS. Ibrahim: 49) dan As-Salasil, yaitu rantai besi yang panjangnya 70 hasta. (QS. Al-Haqqah: 32).

Cambuk Jahannam. Allah berfirman: "Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi." (QS. Al-Hajj: 21).

PARA PENJAGA NERAKA
Allah menggambarkan tentang karakter malaikat penjaga neraka, mereka adalah makhluk yang sangat keras dan kasar. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At-Tahrim: 6).

MAKANAN DAN MINUMAN DI NERAKA
Pohon Zaqqum, mayangnya seperti kepala syetan, tumbuh di bawah dasarneraka Jahim, setiap yang memakannya, maka ususnya akan terburai. (QS. Ash-Shaffat: 62-68).

Pohon Dhari, yaitu pohon duri yang sangat keras, tidak dapat menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, karena ia menyumbat tenggorokan, tidak keluar dan tidak juga masuk ke dalam perut, demikian menurut Ibnu Abbas. (QS. Al-Ghasiyah: 6).

Ghislin, yaitu nanah bercampur darah yang keluar dari tubuh pendudukneraka. (QS. Al-Haqqah: 35-37).

Al-Hamim, yaitu air yang sangat panas yang akan disuguhkan dengan besi panas yang ujungnya dibengkokkan. (QS. An-Naba’: 24-25).

Al-Ghassaq, air yang sangat dingin. Menurut Ibnu Umar ia adalah nanah kental yang jika setetesnya ditumpahkan di barat bumi, niscaya penduduk timur akan mencium baunya yang sangat busuk.

Ash-Shadid, (QS. Ibrahim: 16), yaitu air nanah bercampur darah. Ibnu Rajab berkata, air shadid akan membuat wajah mereka hangus, sekaligus membuat seluruh kulit kepala dan rambutnya mengelupas.

PINTU-PINTU NERAKA
Jahannam memiliki 7 pintu yang tiap-tiap pintu telah ditetapkan golongan yang akan memasukinya. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka." (QS. Al-Hijr: 43-44).

Ibnu Juraij berkata tentang ayat tersebut: "Yang pertama adalah Jahannam, kemudian neraka Ladza, neraka Huthamah, neraka Sa’ir, neraka Saqar, Jahim dan Hawiyah".

Pintu-pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana firman Allah: "Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka." (QS. Al-Humazah:.

"Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat." (QS. Al-Balad: 20).

Ibnu Rajab berkata: "Pintu-pintu neraka akan selalu tertutup sebelum dimasuki oleh penghuninya nanti pada hari kiamat. Hal ini sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an: "Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya." (QS. Az-Zumar: 71).

GAUNG KEGERAMAN SUARA NERAKA
Orang-orang kafir dapat mendengar raungan suara neraka yang penuh dengan kegeraman dari jarak yang jauh. Allah berfirman: "Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara nyalanya." (QS. Al-Furqan: 11).

Juga firman-Nya: "Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah." (QS. Al-Mulk: 7).

Ka’ab pernah berkata kepada Umar bin Khaththab: "Demi Allah, Neraka Jahannam akan mengeluarkan gaung suaranya. Tidak ada satu malaikat yang dekat kepada Allah atau makhluk yang lain kecuali akan terjatuh di atas kedua lututnya sambil berkata: "Ya Allah, pada hari ini hendaklah manusia mengurus dirinya sendiri-sendiri."

KADAR HAWA DAN PANAS NERAKA
Rasulullah saw. bersabda: "Api kalian yang ada sekarang ini yang digunakan bani Adam untuk membakar hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam. (HR. Bukhari dan Muslim).

Ibnu Rajab menukil pendapat Ka’ab kepada Umar bin Khaththab: "Seandainya neraka Jahannam dibuka seukuran hidung lembu di bumi sebelah timur, dan ada seseorang di belahan bumi bagian barat, pasti otaknya akan meleleh karena tidak mampu menahan panasnya".

Di antara penyebab hawa dan panas neraka sedemikian memuncak adalah tidak berfungsinya 3 unsur pendingin dari panas bagi manusia, yaitu air, angin dan naungan untuk berteduh. Air di jahannam adalah hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang juga panas). (Lihat QS. Al-Waqi’ah: 41-44).

PERMOHONAN PENDUDUK NERAKA KEPADA PENDUDUK SURGA
Para penduduk neraka merasa iri dengan apa yang Allah berikan kepada penduduk surga berupa makanan dan minuman yang sangat nikmat, mereka merengek sekiranya di antara penduduk surga ada yang mau memberikan sedikit saja kepada mereka. Di antara penduduk surga ada yang merasa iba, hingga hampir-hampir memberikannya. Namun Allah mengharamkan manakan dan minuman itu bagi penduduk neraka. (Lihat QS. Al-A’raf: 44-50).

BAHAN BAKAR NERAKA
Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;" (QS. At-Tahrim: 6).

Sebagian mufassir mengatakan bahwa batu tersebut adalah batu korek atau belerang, ada yang mengatakan batu berhala yang dahulu disembah orang musyrik, mereka menjadi bahan bakar neraka sebagai penghinaan atas sesembahan mereka, begitu pula para penyembahnya. (Lihat QS. Al-Anbiya’: 98-99).

KONDISI PENGHUNI NERAKA
Wajah mereka cacat dan terbakar. (QS. Al-Mukminun: 104).

Setiap kulit mereka matang karena terbakar, maka Allah akan mengganti kulit yang baru, begitulah seterusnya. (QS. An-Nisa’: 56).

Wajah yang hangus menghitam, karena kepala mereka akan disematkan mahkota api.

Penduduk neraka akan mengeluarkan bau yang sangat busuk dari tubuh mereka.

PAKAIAN DI NERAKA
Pakaian dari Qathiran yang terbuat dari tembaga yang dilebur. (QS. Ibrahim: 49-50).

Tikar dan selimut api (Mihad dan Ghawasy). (QS. Al-A’raf: 41).

SUMUR DAN JURANG NERAKA
Kedalamannya sebagaimana yang digambarkan Rasulullah saw. dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah: "Pada suatu hari kami bersama Nabi saw. Lantas kami mendengar suara benda jatuh, kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kalian, suara apakah itu?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Nabi saw. bersabda: "Itu adalah suara batu yang dikirim dari neraka jahannam sejak 70 tahun yang lalu. Dan sekarang baru sampai ke dasar neraka."

LUAS JAHANNAM
Untuk mengetahui luas dan besarnya jahannam, dapat dibayangkan seandainya jahannam itu memiliki 70.000 tali kekang dan setiap tali kekang dipegang oleh 70.000 malaikat (Shahihul Jami’ 7.878). Juga dengan mengetahui besarnya tubuh para penghuninya, yang gerahamnya sebesar gunug Uhud, jarak antara kedua pundaknya sama dengan perjalanan 3 hari, tempat duduknya sejauh Makkah dan Madinah, bahkan seandainya seorang penduduk neraka menangis, maka air matanya yang menetes dapat menjadikan sebuah perahu berlayar di atasnya.

BERBAGAI BENTUK SIKSAAN BAGI PENDUDUK NERAKA
Seringan-ringan siksa adalah seseorang yang memakai terompah dari bara api, sehingga menyebabkan otaknya mendidih. (HR. Bukhari dan Muslim).

Kepala mereka akan disiram dengan air panas sehingga melelehkan otak mereka, begitu pula isi perut dan kulit mereka. (QS. Al-Hajj: 19-21).

Wajah mereka akan diseret di atas bara api, juga dibolak-balik seperti daging bakar. (QS. Al-Ahzab: 66).

Wajahnya akan dihitamkan seperti tertutup kepingan malam yang gelap gulita. (QS. Yunus: 27).

Dikepung api dari segala penjuru. (QS. Al-Ankabut: 55 dan Az-Zumar: 16).

Api membakar hati penduduk neraka, sehingga dari hati mereka keluar api.

Isi perut manusia akan terburai (menimpa kepada Amru bin Luhay, orang yang pertama kali merubah ajaran tauhid nabi Ibrahim menjadi penyembahan terhadap berhala).

Terjun dari atas neraka, yaitu bagi mereka yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari tempat yang tinggi.

Tidak pernah mati selamanya. (QS. Ibrahim: 17).

Siksaannya tidak pernah berhenti. (QS. Al-Mukmin: 49-50).

ULAR DAN KALAJENGKING JAHANNAM
Dalam menjelaskan firman Allah: "Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan." (QS. An-Nahl: 88).

Ibnu Mas’ud berkata: "Yaitu kalajengking yang taringnya seperti pohon kurma yang panjang."

Imam As-Sudi mengatakan bahwa ia adalah ular-ular di dalam neraka. Riwayat tentang ular dan kalajengking di neraka tidak ada yang marfu’ sampai ke Nabi saw, kebanyakan mauquf pada sahabat dan sebagian israiliyat. Wallahu a’lam.

JERITAN, RINTIHAN DAN LOLONGAN PENDUDUK NERAKA
Di antara kengerian neraka; penduduknya merintih dan menjerit serta melolong seperti keledai yang meringkik keras, yang demikian itu karena saking pedihnya siksa yang dirasakan. (Lihat QS. Al-Anbiya’: 100, Hud: 106 dan Fathir: 37). Penduduk nerakaakan menangis sampai air mata mereka habis, sehingga yang keluar dari matanya adalah darah, ya darah, bukan air lagi!

Mereka merintih dan memohon agar dapat dikeluarkan dari siksa neraka, mereka berjanji akan beramal shalih jika dikembalikan di dunia. Namun harapan mereka adalah harapan kosong dan doa mereka adalah doa yang sia-sia. Malaikat berkata: "Sesungguhnya kalian akan tetap berada di neraka ini." (QS. Az-Zukhruf: 77).

SIAPAKAH PENDUDUK NERAKA?

Dari Al-Qur’an dan Sunnah yang shahih disimpulkan bahwa penduduk neraka adalah orang yang musyrik, kafir, munafik, orang-orang sombong, orang-orang yang tidak mengingkari Thaghut (sesembahan yang disembah selain Allah) dan pemimpin zalim, para pezina dan homoseks, peminum khamer (minuman keras), pemakan riba (seperti bunga Bank), uang judi (seperti togel, siji, Asuransi dll) dan harta anak yatim tanpa alasan yang benar, pembunuh orang mukmin tanpa hak, pelaku bunuh diri, orang yang tidak mau berjihad dan tidak mau membantu kaum muslimin yang tertindas dan diperangi, orang yang meninggalkan shalat, zakat, dan shaum (puasa), para dayyuts (orang yang membiarkan perbuatan maksiat terjadi di hadapannya) dan orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, dll. Wallahu a’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...