DALAM entri saya sebelum ini yang bertajuk 'RELA: Kerajaan Perlu Buat Tapisan Keselamatan Yang Ketat', saya ada nyatakan antara kesalahan yang sering dilakukan oleh anggota RELA adalah berkaitan dengan masalah penagihan dadah. (Sila rujuk link:- http://nasronhashim.blogspot.com/2011/05/rela-kerajaan-perlu-buat-tapisan.html?spref=fb )
Entri tersebut adalah berkaitan penglibatan sebahagian anggota RELA dalam gejala rempit yang menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang kanak-kanak yang tidak berdosa di Kuala Terengganu, hari ini Selasa 17 Mei 2011 beberapa buah akhbar tempatan pula telah melaporkan seorang lelaki yang juga merupakan seorang anggota RELA telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Klang, Selangor kerana disyaki menjadi pengedar dadah. Dalam laporan tersebut menyatakan anggota RELA tersebut ditangkap di dalam sebuah van sekolah yang digunakan untuk mengangkut kanak-kanak pra sekolah dan hasil pemeriksaan yang dilakukan dadah telah dijumpai di bawah pelapik kaki pemandu. Hasil ujian air kencing juga mendapati anggota RELA tersebut positif dadah. (Sumber:- My Metro http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gunavansekolahedardadah/Article/index_html)
Insiden-insiden yang melibatkan anggota RELA ini menuntut kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri untuk melakukan suatu tindakan bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat tidak di pertanggungjawabkan kepada pihak yang tidak mempunyai kelayakan. Kerajaan sebelum ini dikatakan berura-ura untuk menjadikan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebagai sebuah jabatan kerajaan. Dengan insiden-insiden yang memalukan ini, saya rasa kerajaan patut untuk mengkaji balik cadangan tersebut dan tidak meletakkan keselamatan negara dan rakyat di tangan pihak yang tidak mempunyai kelayakan.
No comments:
Post a Comment