Powered By Blogger

Friday, April 20, 2012

Memang Wujud IC Ada Tarikh Luput

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KECOH dalam laman sosial bila didedahkan terdapat kad pengenalan (IC) yang mempunyai tarikh luput. Penulis rasa dalam hal ini, ramai yang masih belum memahami dan mengetahui akan hal ini jadi atas rasa tanggungjawab supaya kita tidak jadi bahan ketawa orang lain. Dan Penulis berharap agar kita tidak terlalu cepat melatah dalam hal ini.

Untuk makluman, terdapat lima (5) katagori IC di Malaysia ini. Katagori yang pertama adalah IC Warganegara atau lebih kita kenali sebagai IC biru. IC ini dikeluarkan untuk warganegara Malaysia yang sah dan sebagai warganegara yang sah, pemegangnya layak untuk menjadi pemilih dalam pilihanraya di negara kita.

Untuk Katagori yang kedua pula adalah IC Pemastautin Tetap (PR) atau lebih dikenali sebagai IC merah. IC ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang telah tinggal di Malaysia untuk suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, IC ini juga dikeluarkan kepada beberapa katagori warga asing di Malaysia antaranya, isteri atau suami kepada warganegara, golongan profesional yang memberi sumbangan kepada negara dan beberapa lagi katagori warga asing. Pemegang IC ini apabila cukup suatu tempoh masa yang ditetapkan layak untuk memohon untuk mendapatkan taraf warganegara. Dalam tempoh memegang IC merah ini, pemegangnya tidak layak untuk menjadi pemilih dalam pilihanraya di negara kita.

Katagori yang ketiga pula adalah IC Penduduk Sementara atau dikenali sebagai IC hijau. IC ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang lahir di Malaysia di mana kedua-dua orang tua pemegangnya adalah warga asing. IC ini mempunyai tarikh luput. Untuk mendapatkan IC ini, pemohon perlu mendapatkan seorang penaja dari kalangan warganegara dan perlu mendapat pengesahan dari ketua kampung atau orang-orang penting di mana beliau tinggal yang mengesahkan bahawa beliau ini lahir di Malaysia. Untuk IC ini, pemegangnya perlu meninggalkan negara ini apabila IC beliau tamat tempoh sahlaku atau akan di katagorikan pula sebagai PATI. Untuk katagori ini, pemiliknya tidak layak untuk menjadi pemilih berdaftar. Cuma satu perkara yang memusykilkan penulis dalam hal ini. Kalau tak silap penulis IC ini pernah dimansuhkan suatu ketika dulu. Penulis tak berapa ingat pada tahun berapa. Atas alasan apa pula IC ini diwujudkan kembali oleh Kerajaan Malaysia?

Katagori yang keempat pula adalah IC untuk bekas banduan. Untuk katagori ini, warna yang ditetapkan adalah warna coklat. IC ini dikeluarkan kepada bekas banduan warganegara Malaysia sahaja dan beliau mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih yang sah.

Katagori kelima pula adalah IC untuk kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai Mykid. Yang ini takkan tak tahu lagi kot. Hehehe….

Apapun, Penulis harap kita tidak terlalu cepat melatah jika ada sesuatu yang meragukan. Cuba rujuk terlebih dahulu dengan orang-orang yang berkenaan dengan isu tersebut yang mana kita boleh percayai integriti beliau. Kalau kita terlalu cepat melatah sedangkan kita tidak arif dengan sesuatu isu tersebut, takut nanti kita sendiri akan malu dan diketawakan oleh lawan kita.

3 comments:

Anonymous said...

i.c coklat bukan MyTentera ke?

Anonymous said...

2la ramai yg tak tahu. sedangkan dah lama ic bg pduduk smentara s'akan sama dgn ic w/negara. mcm ic dulu. just jalur yg mbezakan. bila kerajaan bt ic mykad ni. yg bezakan ada tarikh tamat tempoh dan ad tulis pduduk sementara kt bawah gambar.

Anonymouns yg komen kt atas, ic MyTentera (ic baru) berwarna kelabu. ic lama bwarna kuning air/muda

Anonymous said...

Dulu semua ic sama warna jak selepas ic lama cuma datanya yg tertera cam awk katakn tu yg berbeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...