Powered By Blogger

Monday, April 2, 2012

Masyarakat India Sokong Pelaksanaan Hudud

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HARAKAH bilangan 1730 melaporkan bahawa masyarakat India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebulat suara menyokong pelaksanaan hudud dilaksanakan di Malaysia.

Menurut kata jurucakapnya, Surianarayanan a/l Sannasy Naidu, 48, beliau beserta rakan-rakan masyarakat India dalam DHPP amat memahami tentang hukum hudud tidak akan dilaksanakan terhadap orang bukan Islam. Namun begitu beliau bersetuju sekiranya PAS memerintah, pelaksanaan hukum tersebut turut dilaksanakan terhadap masyarakat India.

Beliau menjelaskan bahawa, pada 100 atau 200 tahun yang lampau, hukuman seperti hudud ini telah dilaksanakan oleh raja-raja di India. Jadi, mungkin atas sebab itulah maka beliau amat bersetuju hudud turut dilaksanakan terhadap masyarakat India di Malaysia.


Beliau juga turut mengambil kesempatan memberikan kiasan bahawa sekiranya seorang pencuri masuk ke rumah kita sendiri, bukan setakat tangan yang akan dipotong untuk mempertahankan harta benda dan nyawa, bahkan mungkin pencuri tersebut akan dipotong leher (dibunuh).


Beliau menyatakan bahawa dengan perlaksanaan hudud tersebut, bukannya akan menjadikan negara tidak aman dan tenteram tetapi sebaliknya akan lebih membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara dan masyarakat keseluruhannya.


Beliau juga turut menegaskan bahawa pelaksanaan hudud akan mampu menghilangkan ketakutan dan perasaan was-was serta bimbang terhadap suasana sekeliling terutamanya ketika premis atau kediaman ditinggalkan.


Walaupun hudud tidak diwajibkan ke atas orang bukan Islam katanya, beliau menyokong agar ianya dilaksanakan hatta ke atas dirinya sendiri sekiranya beliau melakukan kesalahan di bawah hukum tersebut.


Penulis merasa terharu dengan sokongan dari masyarakat India tersebut dan penulis jelaskan di sini bahawa mengikut syariat Islam, hukum hudud tidak diwajibkan pelaksanaannya ke atas orang bukan Islam. Namun begitu, sekiranya ada dikalangan orang bukan Islam yang sedia untuk memilih pelaksanaan hudud dilaksanakan ke atas mereka, maka hudud boleh dilaksanakan atas pilihan diri mereka sendiri kerana masyarakat bukan Islam diberi pilihan untuk memilih samada mahu hudud dilaksanakan atau tidak ke atas diri mereka. Dan sekiranya mereka tidak bersedia untuk dihudud maka, perlaksanaan hukum/undang-undang akan dijalankan ke atas mereka atas kebijaksanaan pemerintah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...