Powered By Blogger

Tuesday, May 8, 2012

Tuduhan TGNA Sebagai Bapa Kafir: Rahim Nor Diberi Masa 24 Jam Tarik Balik Kenyataan Atau Akan Disaman

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KOTA BHARU, 8 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor diberi tempoh 24 jam menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi (gambar) berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

“Oleh itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,” katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.

Oleh itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Komen Penulis:- Tak menghairankan kerana latar belakang Tan Sri Rahim Noor bukanlah dari golongan ahli agama. Beliau tidak memahami persoalan 'khilafiah' yang mana pada pandangan penulis, persoalan yang disebutkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah merupakan persoalan 'khilafiah' yang tidak akan menggugurkan keislaman seseorang itu. Terpulanglah pada tafsiran masing-masing untuk menilai kenyataan Tuan Guru samada mahu menyutujuinya ataupun tidak tapi tidak perlu untuk mengkafirkan orang lain yang tidak sama pendapat.

Tidak menghairankan juga, orang seperti Rahim Noor boleh mengatakan Tuan Guru sebagai 'bapa kafir' kerana beliau gagal untuk menyatakan pendirian beliau berhubung kenyataan Tan Sri Hanif Omar yang juga bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan tidak pernah jumpa ayat Al-Qur'an yang mengharamkan judi begitu juga dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan hukum hudud tiada dalam Al-Qur'an tetapi sebaliknya hanya rekaan ahli fiqh yang mana pada perkiraan Penulis, kenyataan tersebut lebih bahaya dan boleh menggugurkan iman dan aqidah seseorang itu.

Jadi, Penulis berpendapat, Tan Sri Rahim Noor perlu menarik balik kenyataan beliau dalam tempoh yang ditetapkan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan seluruh umat Islam atas kenyataan beliau yang boleh mengelirukan umat Islam. Beliau juga perlu kembali kepada ajaran agama Islam dan menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada dengan mempelajari lebih mendalam ilmu-ilmu agama dan menambahkan amal ibadah beliau sebelum Malaikat Izrail datang untuk mencabut nyawa beliau. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...